Ini Kaedah Marketing Terbaik Zaman Berzaman

Saya kenal dengan affiliate marketing nie sejak dari 2007/08 lagi.

Zaman tue orang banyak jual eBook, Minisite, Clickbank dan lain-lain.

Satu kaedah terbaik dan evergreen untuk promosikan produk affiliate nie adalah melalui konsep Product Review.

Kita review produk seikhlas mungkin dan kemudian share link affiliate kita.

Jangan nampak sangat nak menjual hehe… Nanti nampak review tue ada udang di sebalik batu… Dan review akan jadi hambar 😅

Biasanya orang akan rasa terpengaruh dengan review ikhlas(ye ke ikhlas hehe) kita 😅

Review yang bagus adalah yang ada cerita kelebihan dan kekurangan produk.. Baru nampak real, tapi kelebihan kena lebihkan la hehe… 😅

Dulu-dulu ramai review guna blog post. Namun zaman sekarang ramai juga gunakan Facebook dan Youtube.. ok juga, tambah-tambah medium review kan.

Ini contoh review yang saya jumpa dan saya kongsikan supaya rakan2 mudah faham.

Boleh baca lanjut DI SINI.

Beliau buat review dan saya yakin beliau juga share link affiliate beliau hehe.

Saya yakin anda akan terpengaruh dengan review beliau 😅

Wallahu a’lam dan semoga bermanfaat 😃

Syahruddin
Rakan Usahawan
TudungSiComel.com
*Bekas Affiliate Marketers Pencen 😅

Tarikh Pembayaran Komisyen Affiliate

In shaa Allah kita akan buat closing account affiliate pada 15hb setiap bulan dan kita akan beri jarak masa 5-7 hari untuk sekiranya ada berlaku refund/cancel order. Jika ada yang refund/cancel order, kita akan tolak(deduct) semula dari komisyen sediaada.

Kita akan mula finalize dan buat bayaran pada 20/22hb setiap bulan. Namun akan ditunda pada Isnin/Selasa jika tarikh tersebut jatuh pada Sabtu/Ahad(hari cuti).

**Kepada yang layak dan cecah RM100.00/payout minima, Bahagian Akaun kita akan hubungi anda untuk dapatkan no akaun bagi proses pembayaran komisyen. Jika tidak layak, nilai komisyen akan dibawa ke bulan hadapan hingga cecah RM100.

Ianya Tak Mustahil

Alhamdulillah, baru-baru ini kita lancarkan Promosi Pelancaran Program Affiliate kita dan dalam masa singkat(Promosi 4 hari), ada rakan-rakan affiliate yang mampu jana komisyen hampir RM1000.00.

Dan alhamdulillah ini antara Top 2 Rakan Affiliate kita…

Dan ramai lagi yang dapat jana komisyen yang baik. Alhamdulillah.

Jadi ini memberi indikasi kepada kita bahawa Program Affiliate di web baru kita berkesan dan mudah-mudahan lancar… aamiin.

Jika anda belum daftar sebagai Rakan Affiliate kita, boleh klik pada butang di bawah untuk mendaftar.

Komisyen Affiliate TudungSiComel

Berikut adalah cara kiraan komisyen bagi program Affiliate TudungSiComel.

Sebagai contoh, jika satu produk yang terjual melalui link affiliate anda berharga RM15.90, maka pecahan komisyennya adalah(Update 17/8/2021):

Lavel 0 – Komisyen DS(anda) 20% x RM15.90
Lavel 1 – Komisyen mak anda 4% x RM15.90
Lavel 2- Komisyen nenek anda 1% x RM15.90

Jadi total komisyen yang pihak HQ sediakan keseluruhan adalah 25%

Mungkin ada yang rasa jika jadi nenek komisyen 1% itu sedikit. Tapi mari kita lihat kiraan ringkas.

Potentsi Keuntungan?

Jika kita ada 10 orang anak dan setiap anak ada 10 orang anak(cucu anda) juga di bawah mereka, ini bermakna setiap kali mereka semua menjual dan terima komisyen, puan sebagai nenek akan dapat:

10 orang anak x 4% = 40%
10 orang anak ada 10 orang anak (cucu anda) = 100 orang cucu = 100 x 1% = 100%
Jadi total % yang anda akan terima 140% komisyen.

Jika setiap mereka menjual dengan nilai jualan keseluruhan RM1000 setiap orang, puan sebagai nenek affiliate akan terima:

40% x RM1000 = RM400.00
100% x RM1000 = RM1000.00

So total pendapatan puan RM1400.00.

Cuba bayangkan di musim peperangan tudung sekolah… sale seorang anak cucu boleh cecah RM3,000.00 sehari(bukan dongengan). Cubalah kira sendiri berapa potensi anda hehe.

Mesti best kan hehe… sambil lepak-lepak, duit masuk dalam akaun anda… kecing kecing kecing hehe…

Jangan tunggu, mula recruit anak dari sekarang dan lihat lagi setahun berapa orang anak cucu anda…sedar tak sedar dah berderet hehe… mula sekarang dan selamat meroket.

Program Affiliate TudungSiComel

Apa itu affiliate? Apabila ada pelanggan yang beli di web TudungSiComel melalui link affiliate anda, secara automatik anda akan terima komisyen dari belian mereka.

Best kan ?

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Affiliate kita, boleh baca sini:

  1. Apa bestnya Program Affililate ini ? – KLIK SINI
  1. Panduan mendaftar Affiliate – KLIK SINI

Panduan menukar “SLUG” /URL Link Affiliate

Selepas anda berjaya mendaftar di Program Affiliate TudungSiComel, pastinya anda akan share link affiliate peribadi untuk ditampilkan dimana-mana posting social media bagi pelanggan klik link tersebut untuk membuat pembelian.

Namun jika anda rasa slug anda kurang menarik dan ingin menukarnya, anda boleh rujuk panduan di bawah.

Tapi apa itu SLUG ? Slug adalah bahagian dari URL/permalink website anda yang merujuk pada sebuah konten secara spesifik. Slug berada di bahagian belakang dari permalink, setelah nama domain anda. 

Inilah contohnya:

Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk pertukaran slug tersebut ya.

Langkah 1:

-Log in ke akaun Tudungsicomel.com

-Kemudian klik Affiliate Area —–> Settings

Langkah 2:

– Setelah klik settings, scroll dibahagian bawah dan akan keluar paparan Custom Slug Settings

– Isikan nama yang anda ingin tukarkan dan pastikan nama tersebut hanya satu patah perkataan sahaja dan tidak boleh ada jarak (space) kemudian save profile settings.


Contoh:

Humaira ✔️
Humaira Ahmad ❌

Langkah 3:

-Setelah pertukaran nama baru di save, klik Affiliate URLs untuk dapatkan link URL baru affiliate anda yang telah di edit. Link tersebut boleh digunakan untuk setiap posting anda di social media dan pelanggan boleh klik link tersebut.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂

*PERHATIAN – Slug utama semasa anda mendaftar tidak berubah dan langkah ini hanya untuk menghasilkan slug baharu tambahan sahaja. Kedua-duanya slug lama dan baharu masih berfungsi seperti biasa.

Panduan menukar “Display Name” pada akaun Affiliate

Ramai yang bertanya, “boleh kah saya ingin menukar display name yang dipaparkan di web apabila pelanggan klik link affiliate saya?”

Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk pertukaran display name tersebut ya.

Langkah 1:

  • Kemudian —–> Account Details

Langkah 2:

  • Isikan nama yang anda ingin tukar di ruangan display name, kemudian klik save changes dan paparan nama tersebut akan berubah berdasarkan pertukaran terkini.

Langkah 3:

  • Untuk semakan, klik bahagian/menu shop dan display name yang ditukar akan dipaparkan.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security