Keyword

Salah satu faktor penting untuk produk kita muncul apabila dicari(search) oleh prospek di enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo, Shopee dan Lazada adalah KEYWORD.

APA ITU KEYWORD?

Keyword adalah kata kunci atau perkataan yang ditaip di search box untuk mencari sesuatu produk.

keyword
keyword

Contohnya jika kita nak beli tudung sekolah di shopee, pastinya kita akan taip perkataan seperti Tudung Sekolah, Tudung Sekolah Putih, Tudung Sekolah Rendah dan lain-lain yang bersesuaian.

Untuk memastikan produk kita muncul apabila dicari, kita mestilah Optimizekan Posting kita supaya page atau shop kita muncul apabila keyword itu dicari. Ianya dipanggil Search Engine Optimization(SEO).

Jadi sebagai peniaga tudung sekolah, sebelum kita optimizekan page atau shop kita dengan keywords yang sesuai, mari kita senaraikan dahulu keywords yang selalu orang cari dan sesuai dengan produk kita.

SENARAI KEYWORDS TUDUNGSICOMEL (KEYWORDS BANK)

Baca Selanjutnya >>

Apa Pentingnya Keyword atau Katakunci?

Salam rakan-rakan Usahawan TudungSiComel, hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang apa itu Keyword, kepentingannya dan cara asas setting keyword.

1. Keyword atau katakunci adalah perkataan yang akan ditaip pada search engine / facebook/ IG semasa kita mencari sesuatu.

2. Sebagai contoh, apabila kita nak cari tudung sekolah di google, perkataan yang kita akan taip pastinya adalah ‘Tudung Sekolah‘. Ya lah, takkan nak cari tudung sekolah kita taip perkataan ‘kereta‘ pula kan hehe…

3. So perkataan yang ditaip itulah dinamakan sebagai keyword.

Apa pentingnya Keyword?

Jika prospek(orang yang sedang mencari untuk membeli) taip dan cari perkataan ‘tudung sekolah’ dan produk tudung sekolah yang kita jual tak muncul di hadapan mereka, maka rugilah kita ^_^

Macam mana nak buat bagi muncul?

Ianya dipanggil sebagai Search Engine Optimization (SEO). Perkara ini agak rumit jika nak didetailkan namun ada beberapa perkara asas yang kita boleh buat:

1. Tajuk post kita pastikan ada keyword
2. Sub-head tajuk kita juga jika boleh ada keyword.
3. Gambar yang kita sertakan, pastikan juga disave dahulu dengan nama keyword tersebut sebelum diupload.
4. Meta / Taq / Kategori juga letakkan keyword.
5. Letak #hashtaq keyword kita juga di bahagian bawah penerangan produk. Contohnya: #tudungsekolah , #tudungsekolahawninglembut dll
5. Dalam *isi kandungan artikel/ penerangan produk juga perlu ada keyword.

Namun kuantiti keyword dalam isi kandungan / penerangan produk jangan terlalu berlebihan kerana berkemungkinan search engine akan detect sebagai ‘misleading post’ atau ‘manipulating post’. Sedang-sedang sahaja ^_^

Gunakan keyword optimization strategy di semua posting anda. Contohnya jika anda berniaga di Shopee, pastikan Tajuk Produk, dalam penerangan produk, kategori, #hashtaq dan gambar produk(save) ada keyword tersebut.

Jika ada masa lapang, boleh tonton video ini, in shaa Allah ianya sangat bermanfaat.

Apa yang penting?

Langkah-langkah di atas hanyalah teknik optimization sahaja, namun apa yang paling penting adalah isi kandungan kita haruslah bermanfaat.

Google/ Yahoo/ FB mereka nak Good Content… mereka nak beri pengalaman yang baik pada kita semua pengguna search engine mereka.

Jadi mereka akan sentiasa pastikan Isi Kandungan yang bermanfaat akan sentiasa diberi keutamaan.

Banyakkan perkongsian-perkongsian ilmu yang dapat memberi manfaat pada prospek kita membuat keputusan.

Ini adalah contoh post yang dapat memberi manfaat, KLIK SINI. Cuba lihat berapa ramai orang komen dan share…

Akhir sekali, sekiranya puan ada berniaga di Facebook, ini adalah Panduan Memilih Nama Page Jualan . Semoga bermanfaat juga ^_^

Jika ada yang tak faham, mohon komen dan bertanya di ruangan komen di bawah ya, in shaa Allah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. Salam kejayaan =D

Wallahu a`lam