Panduan Mendaftar sebagai Pemborong TudungSiComel

Untuk menjadi Rakan Pemborong / Mini Stokis TudungSiComel, anda perlu mendaftar di web pukal TudungSiComel untuk dapatkan harga istimewa sebagai pemborong.

Boleh rujuk langkah di bawah:

Langkah 1

Klik link dibawah untuk pendaftaran dan isi maklumat yang diperlukan.

Langkah 2

Setelah mendaftar, hubungi admin Mira untuk aktifkan akaun yang didaftar kan bagi mendapat harga istimewa. Sila whatsapp Mira email yang digunakan semasa mendaftar.

Langkah 3

Baca Selanjutnya >>

FAQ Product TudungSiComel

Soalan lazim(FAQ) yang selalu diterima oleh dropship daripada pelanggan yang ingin membuat pembelian.

Jadi kita akan membantu para dropship dengan mengumpulkan soalan dan jawapan bagi memudahkan proses closing sale.

1. Macam mana saya nak refer umur dan saiz tudung model berdasarkan gambar / testimoni TudungSiComel?

Untuk gambar-gambar ini, jemput join channel Telegram Panduan Saiz TudungSiComel. Admin akan update dari masa ke semasa untuk setiap gambar/testimoni umur dan saiz yang baru:

2. Apa perbezaan warna tudung putih nila dan mutiara / perbezaan krim 1.0 dan krim 2.0 serta lain-lain persoalan.

Haa ini antara salah satu soalan paling famous yang ditanya oleh pelanggan melalui wakil jualan sah TudungSiComel, jadi untuk tahu lebih lanjut soalan – soalan yang lain, jemput join channel:

Semoga dapat membantu dan memudahkan rakan usahawan kita dan untuk setiap pertambahan soalan dan rujukan admin akan update dari masa ke semasa di dalam group channel tersebut.

Sekiranya masih ada soalan yang belum terjawap atau ingin mencadangkan pada HQ, boleh nyatakan pada ruangan komen di bawah ya.

Terima kasih
Mira

Shopee Shocking Sale

Buat masa sekarang untuk jualan di Shopee Shocking Sale kita hanya fokus kepada Tudung Sekolah Awning Scuba dan juga Inner Rainbow sahaja.

Pihak HQ dalam process untuk memastikan agar stock bagi kedua-dua jenis produk ini tidak terputus supaya rakan-rakan usahawan dapat berniaga di shopee dengan tenang.

Shopee Shocking Sale terdiri dari dua jenis iaitu Personal Shopee Shop Shocking Sale dan Official Shopee (by nomination).

1. Shopee Shop Shocking Sale

Promosi ini boleh dibuat(optional) seminggu sekali pada setiap hari Rabu agar ianya seragam.

Untuk diskaun promosi yang ditetapkan adalah sebanyak 10% daripada harga jualan dan tiada kupon promosi dari HQ bagi Dropship untuk submit tempahan di website.

Boleh rujuk paparan harga bagi item di bawah.

Baca Selanjutnya >>

Panduan Jualan Harga Mini Stokis (Pemborong) Kepada Dropship

Untuk Mini Stokis (Pemborong) yang membeli stock dan membuat jualan kepada Dropship TudungSiComel mestilah mengikut harga yang telah di selaraskan untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.

Disini Mira akan tunjukkan kiraan bagi contoh item tudung sekolah awning scuba.

This image has an empty alt attribute; its file name is BORONG-AWNING-SCUBA-1024x791.png
Harga Borong Tudung Sekolah Awning Scuba
Harga Jualan Tudung Sekolah Scuba

Harga Jualan – Total Keuntungan = Harga Jual MS kepada DS

RM19.90 – RM 7.18 = RM12.72 ( RM12.70)

Keuntungan MS Jual Pada DS (Scuba saiz SS)

RM12.70 – RM8.40 = RM4.30

Jadi contoh di atas adalah kiraan jualan item dari Mini Stokis kepada Dropship tanpa affiliate kerana pembelian adalah secara manual tanpa sistem.

Kepada MS boleh tekan link dibawah untuk rujukan harga item TudungSicomel.

Senarai Harga Product

Jika ada sebarang kekeliruan, boleh ajukan pertanyaan di SINI

P/S: MS (Mini Stokis)
DS (Dropship)

Panduan Membuat Tempahan Rakan Dropship

Untuk yang telah mendaftar sebagai Rakan Dropship TudungSiComel, jika anda ingin membuat tempahan untuk setiap pelanggan di website, anda wajib klik pada link affiliate sendiri terlebih dahulu dan pastikan tertera nama anda sendiri sebagai referral (penaja).

Ini bagi membolehkan system tempahan detect komisyen affiliate anda.

Namun tak perlu klik selalu pun sebenarnya, sebab jika anda tak clear cookies, sekali klik akan bertahan selama 180 hari.

Tapi semasa buat tempahan, anda boleh buat semakan juga samaada nama anda muncul sebagai referal (tajaan) di bahagian shop / cart dan checkout page 😃

Boleh rujuk langkah di bawah cara log in menggunakan link affiliate peribadi rakan-rakan usahawan:

Langkah 1:

-Log in dahulu ke account TudungSiComel anda.

-Klik pada Affiliate Area seperti gambar dibawah

Langkah 2:

-Setelah klik Affiliate Area, copy link Affiliate Peribadi anda seperti contoh dibawah.

Langkah 3:

-Setelah anda copy link affiliate anda, paste kan semula link affiliate yang anda telah copy di search browser /new tab anda dan klik / enter pada link tersebut.

Langkah 4:

-Kemudian tekan menu shop dan akan keluar paparan ‘shop ini ditaja oleh (nama anda)‘.

-Jika tertera nama anda, bermakna anda telah berjaya layari web melalui link affiliate anda.

-Kemudian anda boleh submit tempahan pelanggan seperti biasa.

Langkah 5:

-Setelah anda add to cart item yang pelanggan tempah dan masuk ke process check out, sila semak di bahagian bawah shipping dan pastikan tertera juga paparan nama anda.

-Ini sekadar untuk double check bagi memastikan tempahan adalah atas akaun affiliate anda.

Kemudian, setelah tempahan berjaya disubmit di sistem, anda akan menerima email jumlah komisyen yang anda terima berdasarkan tempahan yang di buat tadi.

Anda juga boleh semak rekod komisyen di dashboard akaun affiliate anda.

Namun sekiranya anda tidak menerima komisyen bagi tempahan anda, boleh hubungi Puan Marina (Klik sini Bah Akaun TSC) dan nyatakan ID Tempahan untuk beliau semak dan update komisyen secara manual.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂

Panduan Generate Link Live Lelong untuk Pelanggan

Memandangkan HQ TudungSiComel kita juga ada menjalankan aktiviti jualan lelong secara live, dan setelah mencuba selama lebih dari satu bulan hampir setiap hari, kita dapati permintaan untuk tudung Lelong ini baik dan banyak permintaan.

Seorang pelanggan berpotensi beli sampai berpuluh-puluh helai dan berulang kali. Mungkin kerana harganya mampu milik dan banyak koleksi-koleksi baru yang menarik.

Mungkin juga ada yang suka membeli secara berdepan seolah-olah beli dari kedai dengan penjual… maklumlah lama tak keluar shoping kan hehe…

Oleh itu, kita ingin juga menjemput Rakan Usahawan TudungSiComel untuk turut jana pendapatan bersama.

Kaedahnya mudah sahaja:

1. Kongsikan link posting khas berkaitan program Live lelong kita. Ini linknya dan pastikan generate kan link ini kepada link affiliate peribadi anda terlebih dahulu sebelum kongsikan:

https://tudungsicomel.com/lelong-tsc-is-live-now/


Jika anda baru dan tak pasti bagaimana untuk generate link peribadi, boleh KLIK SINI

2. Kongsi dan sebarkan sebanyak mungkin. Apabila ada pelanggan yang join live lelong dan turut membeli, rakan-rakan akan turut mendapat komisyen affiliate darinya.

Gambar-gambar teaser promosi live lelong boleh dapatkan di sini dan kita akan update dari masa ke semasa:

https://t.me/live_lelong_tudungsicomel

Itu sahaja, mudahkan hehe…

KADAR KOMISYEN SEMASA (UPDATE 21 SEPT 2021)

Komisyen bagi setiap produk adalah RM0.50. Setiap helai produk yang dibeli walaupun harganya RM1.50 atau RM3.00 , komisyen tetap RM0.50.

Jika pelanggan beli 20 helai, setiap kali live, potensi untung RM10.00 untuk seorang pelanggan. Jika ada 5 pelanggan hasil dari tajaan anda, potentsi RM50.00 untuk satu sessi live dan kita merancang jika mendapat sambutan baik, kita akan buat sesi pagi dan petang.

Dan untuk ibu komisyen RM0.30 dan nenek RM0.20

Walaupun nampaknya seperti sedikit, tapi mengikut pengalaman kita, hampir setiap kali live lelong(2 jam / sesi) boleh cecah 100-300 helai terjual.

Nota: Kadar komisyen akan dipertimbangkan dari masa ke semasa mengikut penilaian keadaan semasa. Memangdangkan ini baru permulaan, jadi HQ akan lihat kadar keberkesanan program ini bagi rakan affiliate samaada boleh dinaikkan lagi kadar komisyen atau sebaliknya.

Panduan Harga Standard TudungSiComel

Panduan ini digunakan semasa promosi semasa telah tamat. Maksudnya boleh digunakan sebilang masa sepanjang tahun.

Namun jika ada promosi semasa, kita boleh pilih samaada nak guna promosi semasa atau promosi standard ini ya. Terpulang pada rakan-rakan.

Harga jual sama seperti katalog.

  1. Harga belian banyak helai/wholesale – bukan borong

Awning Lembut
1 helai RM16.90
3 helai RM16.00
5 helai RM15.50

Scuba/dua lapis
1 helai RM19.90
3 helai RM19.00
5 helai RM18.50

Inner Rainbow
1 helai RM6.90
3 helai RM6.50
5 helai RM5.90

Inner Rainbow MossCrepe Dewasa
1 helai RM8.90
3 helai RM8.50
5 helai RM7.90

Mose/Sarrung Collection ( Saiz Baby – M)
1 helai RM19.90
3 helai RM19.00
5 helai RM18.50

Mose/Sarrung Collection ( Saiz L-XXL)
1 helai RM22.90
3 helai RM22.00
5 helai RM21.50

Effective 2 Sept 2021 hingga diberitahu kelak 😃😊

*Jika lebih dari 10 helai dan kurang dari 40 helai(Borong), penetapan harga promosi terpulang pada budibicara puan 😊👌🏻

Semoga ianya dapat memudahkan rakan2 berniaga 😃

Harga Promosi Standard
*Jika ingin dapatkan gambar yang lebih terang boleh download melalaui channel Telegram Bahan Promosi

Panduan Rakan Usahawan

Salam rakan-rakan, berikut Mira kongsikan panduan berniaga bersama TudungSiComel. Boleh starkan supaya boleh dibuat rujukan di masa hadapan 😃

DROPSHIP TUDUNGSICOMEL

1. Untuk panduan dropship seperti cara buat tempahan, cara rujuk harga produk, kos postage dan lain-lain, boleh rujuk:

2. Untuk semak struktur harga baru:

3. Untuk dapatkan maklumat / info umum semasa boleh join channel Telegram TudungSiComel.

4. Soalan Lazim Pelanggan berkenaan saiz dan product TudungSiComel

TEMPAHAN PELANGGAN

1. Panduan membuat tempahan rakan dropship di website TudungSiComel

BAHAN PROMOSI / MARKETING / STOK UPDATE

1. Panduan semak promosi semasa yang sedang berlangsung, gambar/video produk, cadangan copywriting dan kuantiti stok semasa(stock update):

2. Panduan Harga Standard setelah promosi tamat

3.Untuk dapatkan perkongsian semasa dan ilmu marketing semasa:

PROGRAM AFFILIATE

1. Panduan dan Kelebihan Affiliate:

2. Apa yang bestnya Program Affiliate?

3. Panduan menukar Display Name

4. Panduan menukar slug.

5. Wajib Baca – Ini PALING PENTING!

BORONG / MINI STOKIS

1. Panduan harga Borong / Mini Stokis

2. Panduan mendaftar sebagai Pemborong / Mini Stokis

3. Panduan Jualan Mini Stokis kepada Dropship

PANDUAN SHOPEE

1. Panduan Tempahan dan join group support Shopee Seller.

2. Panduan Shopee Shocking Sale

KHIDMAT PELANGGAN

1. Directori untuk dihubungi berkaitan masalah tempahan, refund dan lain-lain:

2. Prosedur Pemulangan/ Pertukaran/ Refund:

3. Jika ada sebarang masalah berkaitan tempahan pelanggan, jangan risau. Ini panduan cara untuk mengawal emosi.

Jika ada sebarang permasalahan yang kurang jelas mengenai panduan ini, boleh wasap Mira dengan klik button dibawah:

In shaa Allah kita akan update dari masa ke semasa 🥰

Sentiasa bersama anda ^_^

Updated: 3 Januari 2022

Cash on Delivery TudungSiComel

Memandangkan ramai yang minta servis COD, jadi kita adakan servis nie melalui khidmat Ninjavan.

Ini peringkat trial dan mudah-mudahan lancar 😃

Buat masa sekarang kita hanya cover bagi Semenanjung sahaja dan hanya maksimum 7 item sahaja dalam satu-satu tempahan. Kita terpaksa kawal risiko jika ada pelanggan yang tak ambil tempahan yang dihantar.

Kita cuba dulu sebelum kita perluaskan ke Sabah/Sarawak dan juga servis DHL, in shaa Allah.

Harganya sedikit berbeza dari tempahan biasa. RM11.50 untuk seluruh semenanjung bagi 7 items dan ke bawah.

Semoga sedikit sebanyak memudahkan urusan puan berniaga 💪😃

Langkah dan panduan tempahan menggunakan kaedah COD

  1. Tempah menggunakan link affiliate peribadi dan TIDAK PERLU login ke akaun anda(belian secara affiliate).
  2. Ini kerana anda hanya akan terima komisyen affiliate sahaja untuk tempahan secara COD.
  3. Apabila pelanggan terima barangan dan urusan selesai, anda akan terima komisyen. Jika pelanggan tidak ambil barang atau pihak Ninjavan tidak berjaya buat penghantaran, komisyen affiliate akan ditolak semula dari akaun affiliate puan.
  4. Pihak HQ tak dapat uruskan tempahan secara dropship kerana prosesnya agak sukar dan berisiko kepada HQ. Kita belum pasti samaada pelanggan berjaya terima barang atau tidak.
  5. Risiko COD adalah apabila pelanggan tempah secara ‘main-main’ atau tidak berjaya dihubungi oleh pihak Ninjavan untuk penghantaran dan bungkusan akan dipulangkan semula ke HQ.

Hq kurang menggalakan rakan-rakan untuk promosikan program COD ini. Namun ianya adalah kemudahan tambahan yang HQ cuba sediakan sekiranya ada betul-betul pelanggan yang berada di kampung-kampung dan luar kawasan yang sukar untuk akses sistem perbankan dan betul-betul ingin membuat tempahan.

PENGUMUMAN- STRUKTUR HARGA BARU

Memandangkan sekarang kita menggunakan system affiliate dan apabila Rakan Dropship(DS) membeli dari HQ, DS akan mendapat juga Komisyen Affiliate(KA) dari Harga Istimewa DS(20%) selain untung runcit.

Jadi kita terpaksa susun semula struktur harga agar jumlah total untung runcit + komisyen affiliate akan tetap sama dengan jumlah totak untung rakan usahawan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, tudung sek awning scuba dijual pada harga RM19.90, harga special DS adalah RM12.90, jadi untung runcit DS adalah sebanyak RM19.90 – RM12.90 = RM7.00 (untung runcit).

Jadi apabila DS membeli dari web affiliate kita, DS akan dapat lagi tambahan komisyen affiliate 20% dari harga DS 12.90 dan menjadikan keuntungan DS lebih dari yang sepatutnya dan ini menyebabkan HQ mengalami kerugian.

RM7(Untung Runcit) + (20%xRM12.90) (Komisyen Affiliate) = RM9.58

Jadi HQ terpaksa mengstruktur semula harga DS bagi membolehkan untung runcit + untung komisyen = masih tetap RM7 +/-

Ini bermakna mulai sekarang, DS akan dapat 2 jenis pendapatan iaitu dari untung runcit dan komisyen affiliate.

Untung runcit(UR) = dapat terus masa menjual dari perbezaan harga.
Komisyen Affiliate(KA) = akan kita bayar setiap hujung bulan/pertengahan bulan jika cecah RM100 (payout minima).

Boleh rujuk senarai harga baru di bawah ya untuk semakan.