TIPS MARKETING 5 – REACH

1. Lebih ramai yang nampak iklan kita, kebarangkalian yang akan membeli akan lebih tinggi.

2. Ini saya kongsikan antara marketing channels yang ada yang boleh kita manfaatkan.

3. Jika satu post iklan kita dilihat oleh 300 orang prospek(reach), bermakna jika kita post ke 20 marketing channels di atas, jumlah prospek yang akan nampak iklan kita adalah 300 x 20 = 6000 orang.

4. Jika sehari kita buat 3 post sahaja di setiap channel, bermakna sehari iklan kita dilihat oleh 3 x 6000 = 18,000 orang

Jika hanya 0.01% yang nampak iklan kita membeli, bermakna 0.01% x 18,000 = 180 pelanggan.

Jika satu tempahan untung RM10 sahaja pun, pendapatan sehari kita boleh cecah RM10 x 180 = RM1800.00

Jika sebulan? pikir lah sendiri.

Selamat mencuba 🙂

Kenapa Hq Tak Sediakan Stok Yang Cukup?

Bismillah…

Kita menerima pertanyaan dari rakan-rakan usahawan terutama yang baru join program Rakan Usahawan TudungSiComel;

Kenapa sejak beberapa minggu nie(Mac 2022) Hq TudungSiComel selalu terputus stok. Ini membuatkan kami sukar nak berniaga

Sebenarnya, kita ‘berperang’ dengan sale tudung sekolah sejak hujung Disember 2021 lagi.

Alhamdulillah, kita menerima tempahan tudung sekolah yang banyak semenjak Disember 2021(dengan izin Allah) semasa kerajaan umumkan tarikh sessi persekolahan penggal 2022.

Sejak itu, tempahan tudung sekolah alhamdulillah tidak putus-putus dan tempahan retail boleh mencecah lebih 2000 helai sehari.

Alhamdulillah, tempahan dari rakan-rakan usahawan juga tidak putus-putus. Tempahan kadangkala masuk hampir setiap minit.

Keadaan ini berlarutan sejak Disember dan apabila masuk Mac 2022, kita sudah terputus stok / tailor pun dah exhausted keletihan dan kita terpaksa buka tempahan pre-order(stok bayangan) memandangkan masih banyak tempahan yang masuk.

Kaedah stok bayangan adalah agar kita boleh fokus jahit tudung-tudung yang sudah ada tempahan sahaja ikut kuantiti yang diperlukan supaya lebih cepat siap.

Baca Selanjutnya >>

Dropship Jiwa Kental

Semangat orang berniaga, pantang undur. Dah nak masuk labor room pun masih sempat berniaga 😁💪

Sempena mengambil keberkatan Jumaat yang mulia ini, mari kita kawan-kawan sama-sama doakan semoga puan Ara selamat melahirkan.

Dimudah lancarkan segala urusannya. Aamiin 🥰

#degil

#usahanitakental

#pantangundur

#sayakagum

Whatsapp Blast Percuma

Memandangkan ada rakan-rakan yang tak ada komputer / laptop, jadi tak boleh nak guna system wasap blaster(hantar wasap promosi pada database).

Jadi HQ rancang membuka servis secara percuma untuk bantu rakan-rakan blast wasap kepada database pelanggan / prospek sediaada anda.

Tak kisah lah bekas pelanggan tudung sekolah atau database anda dari hasil berniaga produk-produk lain.

Apa yang bestnya?

❌ Tidak perlu beli system wasap blast.

❌ Tak perlu komputer / laptop.

❌ Tak perlu risau no tel kena block.

✅ Hanya perlu tunggu pelanggan wasap nak beli tudung sekolah sahaja

Baca Selanjutnya >>

Ada masalah? Jangan risau

Jika kita ada sebarang masalah, jangan risau… Allah kan ada. Berdoalah…

“KepadaMu Kami menyembah / memperhambakan diri dan KepadaMu Kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” ~ Surah Ghafir (60)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ

Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.

Jami’ Tirmizi (3604)

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami al-Tirmizi, 10/52)

Baca Selanjutnya >>

Affiliate Store Credit

Berita baik kepada rakan-rakan Affiliates. Sekarang kita tambah satu lagi cara pembayaran komisyen affiliate iaitu dengan menggunakan kaedah eWallet (STORE CREDIT).

Ini bermaksud, selain kita buat bayaran secara transfer ke Bank Akaun pada 20hb setiap bulan, rakan-rakan juga boleh request credit ke eWallet (Store Credit) masing-masing.

Dan credit tersebut boleh digunakan untuk pembelian produk di web kita.

KELEBIHAN SISTEM E-WALLET / STORE CREDIT

✅ Anda tidak lagi perlu tunggu sehingga payout cecah RM100.00 yang akan dibayar setiap sebulan sekali. Boleh terus request cashout apabila komisyen cecah serendah min RM50 sahaja ke akaun eWallet anda.

✅ Wang komisyen di eWallet boleh terus digunakan untuk membeli produk pelanggan dan anda tak perlu transfer wang ke TSC. Simpan 100% keuntungan anda.

✅ Jika anda jarang buat jualan, anda tidak perlu risau lagi wang komisyen sangkut di web terlalu lama sebelum boleh dimanfaatkan.

BAGAIMANA UNTUK AKTIFKAN STORE KREDIT?

Baca Selanjutnya >>

Whatsapp Blaster

Salam, memandangkan ramai yang bertanya bagaimana nak blast whatsapp menggunakan whatsapp blaster, berikut saya tunjukan cara untuk wasap kepada semua pelanggan atau bekas pelanggan dengan mudah.

Ini juga yang digunakan oleh HQ TudungSiComel selama ini.

Antara keistimewaan Whatsapp Blaster nie:

✔️ Boleh whatsapp kepada semua contact kita serentak. Tak perlu lagi forward sorang demi seorang.

Kalau ada 6000 bekas pelanggan, jenuh juga nak followup dan hantar promosi baru kepada mereka semua hehe. Rekomendasi set la 100 – 200 orang sekali blast, nanti tangan jadi sotong pulak nak reply hehe

✔️ Boleh sedut no telefon dari group yang kita join. Contohnya kita jual tudung sekolah, kita join group-group sekolah, dan kita sedut no telefon mereka dan kita blast whatsapp promosi serentak kepada mereka.

✔️ Boleh sent whatsapp ke semua group serentak. Jika kita tak nak whatsapp setiap orang, boleh join banyak-banyak group dan boleh blast mesej ke dalam semua group yang kita join juga.

Baca Selanjutnya >>

Road Map Rakan Usahawan TudungSiComel

Kita berniaga, pastinya kena ada target. Apa impian untuk perniagaan kita?

Apa halatuju perniagaan kita? Adakah terus menerus menjadi Dropship selamanya atau bagaimana?

Jadi saya di HQ TudungSiComel sentiasa memikirkan dan merancang untuk memastikan puan tidak selama-lamanya di satu tahap sahaja.

Saya juga ingin melihat perniagaan semua rakan – rakan usahawan TudungSiComel berjaya dan berkembang.

Saya impikan satu hari nanti, puan akan berjaya membina empayar perniagaan tudung sekolah / budak kita dengan lebih baik dan berjaya walau hanya berniaga dari rumah.

Apa planning saya?

1. Bermula dengan Dropship – Ini permulaan yang PALING PENTING. Belajar dahulu bagaimana mencari pelanggan. Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, mencari pelanggan adalah asas utama dan ianya sangat penting.

Banyak perkara yang perlu dipelajari di tahap ini. Antaranya bagaimana nak kenali pelanggan kita(customer avatar), di mana mereka berada, bagaimana nak pastikan mesej iklan kita sampai kepada mereka dan bagaimana nak buatkan mereka tertarik(psychology) untuk membeli dari kita.

Apabila sudah mahir menjual dan mencari pelanggan, barulah boleh ke tahap yang seterusnya.

Kadang-kadang kita ingin terus nak ada produk sendiri tanpa kita belajar bagaimana nak menjual. Ianya agak berisiko, dikuatiri stok akan terlambak di bawah katil.

Saya juga bermula dengan menjadi seorang dropship semenjak 2007 – 2013 sebelum saya menubuhkan TudungSiComel kita ini.

2. Menjadi Ibu kepada anak cucu Affiliate – Bukan sahaja puan belajar menjual, puan juga perlu belajar bagaimana untuk mencari(recruitment) dan mendidik anak cucu supaya mereka juga pandai menjual dan dapat jana pendapatan yang baik.

Di TudungSiComel kita ada sediakan peluang tersebut, mencari dan mendidik anak cucu dengan Program Affiliate kita.

Jika puan dapat belajar dan kuasai kedua-dua kemahiran ini iaitu menjual dan mencari serta mendidik anak cucu, ianya satu bonus dan barulah akan lebih yakin untuk ke tahap yang seterusnya.

3. Menjadi Pemborong / Mini Stokis – Apabila sudah mahir mencari pelanggan dan database pelanggan pun sudah banyak, barulah puan ambil keputusan untuk mula pegang stock dan menjadi Mini Stokis TudungSiComel.

Belajar bagaimana menguruskan stok, proses penghantaran dan pemulangan.

Namun jangan terus beli stok yang banyak, mulalah dengan jumlah minima. 20 – 30 helai dahulu sebagai permulaan.

Kemudian apabila sudah benar-benar yakin, barulah tambah stok dari masa ke semasa.

4. Mula mencari staff admin – Apabila tempahan sudah mulai banyak dan stabil, upah seorang staff untuk bantu membungkus dan mengambil tempahan. Dari sini, puan boleh terus fokus dengan aktiviti marketing.

Baca Selanjutnya >>

Panduan Mendaftar sebagai Pemborong TudungSiComel

Untuk menjadi Rakan Pemborong / Mini Stokis TudungSiComel, anda perlu mendaftar di web pukal TudungSiComel untuk dapatkan harga istimewa sebagai pemborong.

Boleh rujuk langkah di bawah:

Langkah 1

Klik link dibawah untuk pendaftaran dan isi maklumat yang diperlukan.

Langkah 2

Setelah mendaftar, hubungi admin Mira untuk aktifkan akaun yang didaftar kan bagi mendapat harga istimewa. Sila whatsapp Mira email yang digunakan semasa mendaftar.

Langkah 3

Baca Selanjutnya >>