Keyword

Salah satu faktor penting untuk produk kita muncul apabila dicari(search) oleh prospek di enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo, Shopee dan Lazada adalah KEYWORD.

APA ITU KEYWORD?

Keyword adalah kata kunci atau perkataan yang ditaip di search box untuk mencari sesuatu produk.

keyword
keyword

Contohnya jika kita nak beli tudung sekolah di shopee, pastinya kita akan taip perkataan seperti Tudung Sekolah, Tudung Sekolah Putih, Tudung Sekolah Rendah dan lain-lain yang bersesuaian.

Untuk memastikan produk kita muncul apabila dicari, kita mestilah Optimizekan Posting kita supaya page atau shop kita muncul apabila keyword itu dicari. Ianya dipanggil Search Engine Optimization(SEO).

Jadi sebagai peniaga tudung sekolah, sebelum kita optimizekan page atau shop kita dengan keywords yang sesuai, mari kita senaraikan dahulu keywords yang selalu orang cari dan sesuai dengan produk kita.

SENARAI KEYWORDS TUDUNGSICOMEL (KEYWORDS BANK)

Baca Selanjutnya >>

FAQ Product TudungSiComel

Soalan lazim(FAQ) yang selalu diterima oleh dropship daripada pelanggan yang ingin membuat pembelian.

Jadi kita akan membantu para dropship dengan mengumpulkan soalan dan jawapan bagi memudahkan proses closing sale.

1. Macam mana saya nak refer umur dan saiz tudung model berdasarkan gambar / testimoni TudungSiComel?

Untuk gambar-gambar ini, jemput join channel Telegram Panduan Saiz TudungSiComel. Admin akan update dari masa ke semasa untuk setiap gambar/testimoni umur dan saiz yang baru:

2. Apa perbezaan warna tudung putih nila dan mutiara / perbezaan krim 1.0 dan krim 2.0 serta lain-lain persoalan.

Haa ini antara salah satu soalan paling famous yang ditanya oleh pelanggan melalui wakil jualan sah TudungSiComel, jadi untuk tahu lebih lanjut soalan – soalan yang lain, jemput join channel:

Semoga dapat membantu dan memudahkan rakan usahawan kita dan untuk setiap pertambahan soalan dan rujukan admin akan update dari masa ke semasa di dalam group channel tersebut.

Sekiranya masih ada soalan yang belum terjawap atau ingin mencadangkan pada HQ, boleh nyatakan pada ruangan komen di bawah ya.

Terima kasih
Mira

Teguran atau Pandangan?

Kami di HQ TudungSiComel sangat-sangat memerlukan teguran anda untuk kami perbaiki servis di HQ demi kelancaran perniagaan kita bersama.

Kadang-kadang kami di HQ tak perasan kesalahan yang kami lakukan, jadi kami perlukan teguran segera.

Mohon tegur ya dan jika ada pandangan membina, sangatlah dialu-alukan.

✔️ Mungkin ada Staff / Admin kita kurang membantu?
✔️ Mungkin staff kurang mesra?
✔️ Mungkin bungkusan lambat dibungkus?
✔️ Mungkin selalu salah hantar barang?
✔️ Mungkin web kurang mesra pengguna?
✔️ Mungkin ada apa-apa yang boleh HQ perbaiki?
✔️ Apa-apa sahaja.

Tegur jer, kami tak ambil hati. Kami sangat memerlukan teguran anda.



Jangan risau, teguran yang dihantar akan terus ke email private saya(Syahruddin) dan in shaa Allah saya akan cuba perbaiki masalah / teguran segera.

Terima kasih ^_^

Perhatian Kepada Rakan Affiliate, Mohon Semak Komisyen

⚠️ Semua Rakan Drosphip dan Affiliate wajib baca serta fahamkan ya. Pihak HQ tidak dapat bertangungjawap sekiranya ianya berlaku.

Untuk mendapatkan komisyen affiliate, rakan-rakan harus membuat belian melalui link affiliate peribadi anda.

Biasanya apabila anda klik pada link affiliate anda, dalam masa 180 hari anda tidak lagi perlu klik pada link affiliate selagi mana anda tidak clear cookies / delate history search engine di telefon / komputer anda.

Namun kadangkala ada telefon / komputer yang auto delate cookies / history, jadi untuk lebih selamat, setiap kali anda membuat tempahan, boleh terus buat semakan komisyen anda samaada ada sistem web generate komisyen ataupun tidak bagi tempahan yang baru dibuat tersebut.

Sekiranya semasa membuat tempahan, nama anda tertera sebagai penaja, in shaa Allah tiada masalah:

Pastikan paparan ‘shop ini ditaja oleh (nama anda)

Dan / atau sebelum anda tekan butang Proceed To Checkout juga ada tertera nama anda.

Semasa anda add to cart item yang pelanggan tempah dan masuk ke process check out, sila semak di bahagian bawah shipping dan pastikan tertera juga paparan nama anda.

Selepas tempahan berjaya di submit, anda akan menerima email jumlah komisyen berdasarkan tempahan yang dibuat.

Bermula 23 Dis 2021, kita tidak lagi dapat bantu semak dan manual approve komisyen sekiranya anda ada banyak ID lama yang tidak generate komisyen.

Sebagai contoh anda sudah banyak buat tempahan dari 1hb sehingga 15hb dan anda baru sedar yang tempahan anda tidak ada komisyen sejak 1hb lagi.

Dan sama juga sekiranya anda tersalah klik link affiliate pihak lain dan komisyen tersebut masuk ke akaun pihak tersebut.

Jika anda tidak semak komisyen anda setiap kali buat tempahan, dan anda baru sedar setelah banyak ID yang dibuat, kita minta maaf dan tidak dapat membantu untuk mendapatkan kembali komisyen tersebut dari pihak lain.

Kita tidak dapat bantu kerana ianya memberikan bebanan tambahan kepada staff akaun dimana sekiranya seorang rakan affiliate ada 50 ID untuk disemak satu persatu dan jika ada 30 orang, bermakna staff akaun perlu semak 30 x 50 ID = 1500 ID. Ianya agak kurang effective.

In shaa Allah, selagi anda menggunakan link affiliate anda dan ada tertera nama anda pada beberapa bahagian semasa proses tempahan(seperti gambarajah di atas), in shaa Allah komisyen akan generate seperti biasa.

Sekiranya ianya belaku selepas 23hb Disember 2021, anda tidak menerima komisyen dan anda tidak membuat semakan segera setiap kali anda membuat tempahan, ianya akan dianggap anda tidak layak menerima komisyen dan hanya mendapat untung runcit sahaja.

Terima kasih ^_^

Updated: 7 FEB 2022

⚠️Sekiranya setelah buat tempahan dan email komisyen tidak diterima dan tiada penambahan di dashboard account affiliate anda, segera hubungi Admin Mira 011-33015034 untuk semakan segera.

Shopee Shocking Sale

Buat masa sekarang untuk jualan di Shopee Shocking Sale kita hanya fokus kepada Tudung Sekolah Awning Scuba dan juga Inner Rainbow sahaja.

Pihak HQ dalam process untuk memastikan agar stock bagi kedua-dua jenis produk ini tidak terputus supaya rakan-rakan usahawan dapat berniaga di shopee dengan tenang.

Shopee Shocking Sale terdiri dari dua jenis iaitu Personal Shopee Shop Shocking Sale dan Official Shopee (by nomination).

1. Shopee Shop Shocking Sale

Promosi ini boleh dibuat(optional) seminggu sekali pada setiap hari Rabu agar ianya seragam.

Untuk diskaun promosi yang ditetapkan adalah sebanyak 10% daripada harga jualan dan tiada kupon promosi dari HQ bagi Dropship untuk submit tempahan di website.

Boleh rujuk paparan harga bagi item di bawah.

Baca Selanjutnya >>

Panduan Borong / Mini Stokis

Berikut kita senaraikan soalan selalu di tanya untuk memudahkan Rakan Pemborong / Mini Stokis membuat tempahan.

Berapakah harga borong semasa untuk produk TudungSiComel?

Untuk harga borong semasa, boleh rujuk di web borong kita atau group Telegram Private kita:

Di manakah boleh saya buat belian borong?

Belian borong boleh dibuat terus di web pukal kita:

Berapa minimum kuantiti untuk order borong?

Untuk tudung dan inner cuma 20 helai sahaja dalam gandaan 5 helai sahaja setiap saiz / warna dan boleh campur-campur jenis. Namun tudung dan inner dijual kuantiti berasingan.

Minimum 20 helai tudung dan / atau 20 helai inner.

Contohnya 20 helai tudung:
5 helai tudung sekolah scuba putih nila size SS,
5 helai tudung sekolah awning lembut hitam size M,
5 helai tudung dua lapis kuning saiz M
5 helai tudung mose biru size M

Contohnya 20 helai Inner
5 putih
5 hitam
5 biru
5 kuning

Baca Selanjutnya >>

Marketing Checklist

Sepanjang saya buat aktiviti marketing nie, saya ada satu tabiat yang kurang baik; saya selalu buat iklan marketing semberono sahaja. Apa yang terfikir di fikiran waktu tersebut, itu yang saya akan buat.

Kadang-kadang hanya fokus pada facebook sahaja sedangkan medium marketing nie banyak. Rugi sangat sebab tak manfaatkan kesemuanya.

Bagi mengatasi masalah nie, saya ada hasilkan marketing checklist untuk rujukan diri saya sendiri. Namun kepada rakan-rakan yang nak sama-sama manfaatkannya juga, boleh download Marketing Checklist yang saya buat di bawah.

Ini adalah marketing checklist bagi memudahkan kita sama-sama membuat aktiviti pemasaran dengan lebih tersusun.

Berikut di bawah adalah senarai medium / kaedah pemasaran yang boleh kita gunakan untuk tarik traffict / pelawat untuk melihat produk yang kita jual(iklan).

MEDIUM PEMASARAN DAN POTENSI KEUNTUNGAN

Total medium pemasaran yang tercatat di bawah adalah 28 kaedah. Cuba bayangkan jika setiap kaedah yang kita gunakan, membuatkan iklan kita dilihat(views) oleh sekurang-kurangnya 200 prospek… so ini bermakna sekali iklan kita buat, anggaran 28 x 200 = 5600 prospek yang melihat iklan kita.

Jika hanya 0.5% yang melihat iklan kita membuat belian(menjadi pelanggan), bermakna 5600 x 0.5% = 28 pelanggan.

Jika keuntungan seorang pelanggan RM10.00, ini bermakna 28 pelanggan x RM10.00 = RM280.00 keuntungan dengan hanya untuk sekali posting ke semua medium yang ada sahaja.

Bayangkan kalau sehari kita rajin, kita buat 2 – 3 set posting ke semua medium yang ada? Wow hehe…

Bukan susah pun, copy dan paste jer iklan yang sama ke semua medium marketing dalam checklist kita. Kalau tak tau nak buat ayat iklan, boleh ambil terus di telegram bahan promosi mengikut jenis produk yang kita sediakan.

Cheklist ini penting supaya kita tak terlepas pandang dan boleh set iklan mengikut urutan checklist.

Baca Selanjutnya >>

Panduan Jualan Harga Mini Stokis (Pemborong) Kepada Dropship

Untuk Mini Stokis (Pemborong) yang membeli stock dan membuat jualan kepada Dropship TudungSiComel mestilah mengikut harga yang telah di selaraskan untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.

Disini Mira akan tunjukkan kiraan bagi contoh item tudung sekolah awning scuba.

This image has an empty alt attribute; its file name is BORONG-AWNING-SCUBA-1024x791.png
Harga Borong Tudung Sekolah Awning Scuba
Harga Jualan Tudung Sekolah Scuba

Harga Jualan – Total Keuntungan = Harga Jual MS kepada DS

RM19.90 – RM 7.18 = RM12.72 ( RM12.70)

Keuntungan MS Jual Pada DS (Scuba saiz SS)

RM12.70 – RM8.40 = RM4.30

Jadi contoh di atas adalah kiraan jualan item dari Mini Stokis kepada Dropship tanpa affiliate kerana pembelian adalah secara manual tanpa sistem.

Kepada MS boleh tekan link dibawah untuk rujukan harga item TudungSicomel.

Senarai Harga Product

Jika ada sebarang kekeliruan, boleh ajukan pertanyaan di SINI

P/S: MS (Mini Stokis)
DS (Dropship)

Pendaftaran Dropship

✔ Anda seorang Dropship yang aktif menjual produk?

✔ Anda ingin tambah produk untuk dijual?

✔ Anda ingin tambah pendapatan?

Kita ada produk yang best, permintaan tinggi dan mudah dijual, in shaa Allah. Tak perlu letih-letih terangkan dengan lanjut, semua prospek dah tahu apa itu ‘tudung sekolah’ hehe…

Tudung Sekolah merupakan produk keperluan yang akan sentiasa ada permintaan selagi mana wujudnya sekolah di Malaysia.

Mengikut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar sekolah hampir mencecah 5 juta orang.

dropship - statistik pelajar sekolah di Malaysia

Dan sebahagian besar adalah pelajar perempuan.

Biasanya, mengikut pengalaman kita berniaga tudung sekolah selama hampir 10 tahun, seorang pelajar memerlukan sekurang-kuranya 3-5 helai tudung (sekolah sesi pagi dan petang) dan akan membeli tudung baru setiap 5-6 bulan sekali.

Ya lah kan, tiap hari pakai, pasti cepat lusuh dan kusam… jadi perlu beli lagi.

Potensi Pendapatan Dropship

Tudung sekolah adalah produk yang mudah dijual dan ianya berulang. Customer Lifetime Value (CLV) yang panjang.

Sekiranya anda berjaya membuat reputasi yang baik, pelanggan pasti mencari anda untuk membuat tempahan yang seterusnya dan seterusnya.

Pelanggan memerlukan tudung sekolah seawal anak mereka masuk ke tadika / pra sekolah hinggalah sekolah menengah. Sekali anda berjaya closing sale, boleh dapatkan repeat sale bertahun-tahun, in shaa Allah.

Jika anda closing seawal anak mereka tadika 5 tahun, potensi mereka akan membeli dari anda adalah sehingga anak mereka mencecah 17 tahun(Ting 5).

Ini bermakna sekali anda close sale, anda berpotensi menjana pendapatan selama 12 tahun dari mereka, in shaa Allah.

Dan biasanya satu keluarga ada 2-3 orang anak perempuan ^_^

dropship
dropship rewards

Jemput sertai Program Dropship TudungSiComel dengan klik pada butang biru di bawah untuk sama-sama kita membantu ibu-ibu di Malaysia untuk dapatkan tudung sekolah yang selesa untuk anak-anak mereka.

Saya dan Dropship

Sedar tak sedar dah hampir 9 tahun saya menamatkan perkhidmatan saya sebagai seorang tentera.

Sebelum nie saya berkhidmat sebagai seorang anggota TUDM (Kapten Bersara), berhenti awal sebab nak ‘bekerja dari rumah’ 😅

Impian saya adalah saya nak bekerja dari rumah dan dengan harapan ada lebih masa bersama keluarga.

Sebenarnya sejak dari 2007 lagi saya dah menceburkan diri dengan perniagaan secara online nie, hampir semuanya secara dropship sahaja, tak perlu pegang stok, tak perlu post barang. Layan customer sahaja.

Bermula dengan menjual peralatan golf secara online, apam polkadot, crepe durian dan beberapa lagi perniagaan online hinggalah sekarang perniagaan tudung budak / tudung sekolah menerusi TudungSiComel.com

Saya suka berniaga secara online sebab lebih bebas dan lebih masa bersama keluarga.

Dan yang bestnya berniaga online nie kita boleh automasikan separuh kerja kita (ataupun sepenuhnya), lepak-lepak tiba-tiba duit masuk jer, kecing kecing kecing… bestkan? hehe… 😁

Antara lain jika rasa nak balik kampung atau bercuti, kita boleh terus packing barang dan jalan jer… tak perlu minta cuti, tak perlu minta kawan-kawan tolong cover kan kerja kita… bestkan?

Bayangkan, sambil duduk di rumah, lihat anak membesar depan mata, kita boleh jana pendapatan secara online / automasi.

Cumanya nak berniaga apa pun, online ke offline ke… semua perlukan ilmu la.

Kadang-kadang kita nampak orang buat itu dan ini, tapi kita tak nampak strategy sebenar dia. Semuanya kena ada ilmu.

Saya pun masih menuntut lagi hingga sekarang, ianya tak akan habis… lagi kita belajar, lagi banyak kita tak tahu.

So saya sangat sarankan rakan-rakan yang nak serius berniaga secara online, tuntutlah ilmu.

Banyak sahaja ilmu ‘marketing online’ yang dikongsikan secara percuma di google dan youtube, cuma tinggal nak cari jer hehe….

Tak pun, jemput lah ke blog perkongsian marketing yang saya baru buat nie, mudah-mudahan bermanfaat buat rakan-rakan semua.

https://tudungsicomel.com/usahawan/

Salam kejayaan dan jika nak jadi Dropship dan berniaga secara online, cubalah tuntut llmu dan bersungguh-sungguh.

Saya kenal ramai orang yang hanya berniaga secara dropship tapi boleh jana pendapatan dengan baik. Kenapa? Kerana mereka berniaga dengan ILMU dan pastinya yang paling penting jangan lupa Allah, Pemilik Khazanah Langit dan Bumi… minta lah pada Nya.

Pagi – pagi nie best juga pekena teh tarikh ngan nasi lemak sambil – sambil baca paper kat kedai mamak nie kan… maklumlah kita nie kerja dari rumah jer… jom 😁

Jika anda berminat menjadi seorang Dropshipper Tegar, boleh KLIK SINI hehe

Syahruddin Zainul
Work From Home Dad (WFHD)