WE HIGHLY SUPPORT SHOPEE SELLER

Assalammualaikum semua 😊

Memandangkan ramai juga rakan-rakan usahawan TudungSiComel yang aktif membuat jualan menerusi shopee, oleh itu kita nak cari inisiatif untuk galakkan pelanggan-pelanggan kita membuat belian menerusi akaun shopee rakan-rakan.

Seperti kita sedia maklum, banyak kelebihan berniaga menerusi shopee antaranya adalah:

  1. Percuma pos/kos postage rendah berbanding pengeposan manual kita dari HQ 😊
  2. Prosess Tempahan pelanggan lebih mudah, mereka hanya klik klik klik dan terus bayar secara online.
  3. Rakan Usahawan boleh lihat performance jualan dan database pelanggan tersimpan secara lebih kemas.
  4. Trust – dengan system star rating dan security yang agak ketat – customer lebih yakin untuk berbelanja.
  5. Dan banyak lagi lah… πŸ˜…

Siapa tak suka percuma pos kan? hehe… shopee masih cover shipping/ freeship, so kenapa kita tak gunakan kelebihan tersebut kan hehe

Insyaa Allah jika kita galakkan selling menerusi Shopee, pelanggan akan lebih mudah untuk membuat tempahan dan Repeat Order akan bertambah in syaa Allah.

Kita juga akan kongsikan panduan shopee dari masa ke semasa untuk membantu Rakan Usahawan(RU) yang nak berjinak-jinak dengan shopee😊

SUBSIDI SHOPEE ADS – Selain itu, in shaa Allah dari masa ke semasa kita akan berikan subsidi (RM) Shopee Ads kepada Shopee Seller yang aktif 😊

Kepada Rakan Usahawan TSC yang belum ada akaun shopee, saya cadangkan buka cepat sebab banyak kelebihan berniaga menerusi shopee sekarang… zaman PM PM PM dijangkakan mungkin akan berlalu pergi tak lama lagi. Walaupun masih ada lagi orang PM, tapi kita kena bersedia… baik buat persiapan awal 😊

In shaa Allah, kita sedang merancang untuk adakan kelas bagi seller shopee tak lama lagi, kita cuba cari otai shopee untuk berkongsi in shaa Allah hehe… stay tune.

Rakan sebelah butik kita jual guna shopee juga, dia kata jualan sebulan peribadi dia boleh cecah RM17,000.00 walaupun hanya jual tudung murah-murah sahaja. Dulu dia jual guna Facebook Ads, sekarang dia memang fokus Shopee sahaja katanya, dia buat shopee ads. Tapi FB dan google ads jangan dilupakan, boleh gunakan keduanya πŸ˜ƒ

Jadi untuk itu, Saya minta Rakan Jualan yang sudah ada akaun shopee untuk berikan LINK akaun shopee shop puan pada Borang Shopee Power Seller TudungSiComel di bawah ya.. nanti kita bantu promosikan juga 😊

BORANG DAFTAR SHOPPE POWER SELLER

https://forms.gle/F1UEATsfgXi8f8Pt7

Terima kasih dan welcome to the Shopee Club ^_^

PROSEDUR PEMULANGAN / PERTUKARAN

Sekiranya tempahan puan menghadapi sebarang masalah, ini adalah panduan menyelesaikan masalah tersebut. Jangan panik ^_^

Maklumkan pada 011-56493906 (admin) ID Tempahan dan masalah yang berlaku, penukaran/pemulangan.

Wasap mungkin ambil masa nak jawap sebab banyak wasap yang diterima. Namun kita akan cuba membantu secepat mungkin πŸ˜ƒ

Waktu Operasi 9pg-5ptg / Isnin-Jumaat – Jika ada masalah mohon maklum awal sebelum jam 4.45 ptg. Jika lepas tue semua dah pakai kasut ready nak balik, kita tak dapat bantu dah πŸ˜…

Jika diluar waktu operasi, boleh maklumkan pada pelanggan yang puan akan semak dengan HQ apabila tiba waktu operasi kelak.

1. Jika penukaran barang(size tak sesuai), kita akan Pos Lajukan terus produk yang ingin ditukar kepada pelanggan tanpa tunggu pelanggan pos pemulangan. Bila pelanggan ada masa kelapangan, pelanggan boleh pos pemulangan semula (pelanggan tanggung kos pemulangan sahaja).

2. Jika pemulangan wang, sila nyatakan masalah dan berikan no akaun puan (Jika boleh Maybank) untuk kita refund semula kepada puan. Kemudian, puan(DS) akan refund pada pelanggan.

3. PENUKARAN – Kos Postage penghantaran baru kepada pelanggan KAMI TANGGUNG, Kos postage pemulangan Pelanggan Tanggung.

4. PEMULANGAN (Masalah kita, tersilap pos dll) – Kos postage pemulangan KAMI TANGGUNG, sila dapatkan kos penghantaran semula dari pelanggan beserta resit bayaran pos untuk tujuan pemulangan wang dan rujukan rekod akaun.

5. PEMULANGAN (KOMPLAIN PRODUK ROSAK/MASALAH) – Jika harga barangan RM40 ke bawah, kita hadiahkan sahaja kepada pelanggan, tak perlu pulangkan. Kita refund terus πŸ˜ƒπŸ‘Œ

6. TUDUNG REJEK – Untuk semua tudung rejek, boleh ditukar/ dipulangkan. Namun kos postage pemulangan(untuk dapatkan refund) dan penghantaran semula pelanggan tanggung sebab ini tudung rejek, jadi memang ada masalah itu sebab kita jual rejek hehe… πŸ˜…

Alamat untuk penghantaran item pertukaran ke HQ TudungSiComel :

TudungSiComel.com
SBZ Prima Sdn. Bhd (1212800H)
G-080 & 081 (ground floor),
Season Square,
Jalan PJU10/3, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor

Apa-apa keputusan sekalipun, PASTIKAN PELANGGAN GEMBIRA πŸ˜ƒ. Biar TSC rugi dahulu, yang penting kita untung kemudian πŸ˜„πŸ’ͺπŸ‘Œ

DS sila ambil maklum ya πŸ˜ƒ

DIREKTORI KREW KHIDMAT PELANGGAN TUDUNGSICOMEL

Assalamualaikum Rakan Usahawan πŸ˜ƒ

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan tempahan atau masalah dengan tempahan, mohon Rakan Usahawan untuk wasap pada no yang telah disediakan agar urusan berjalan lebih lancar πŸ˜ƒ

1. PERTANYAAN AM / MASALAH TEMPAHAN

www.wasap.my/601156493906 (Alin)

2. REFUND

www.wasap.my/60122469703 (Marina)

3. MARKETING MATERIAL / RAKAN USAHAWAN

www.wasap.my/601133015034 (Mira)

4. TEMPAHAN BORONG

www.wasap.my/60182440316 (Bella)

5. TEMPAHAN CUSTOM MADE / TADIKA

www.wasap.my/601133015034 (Mira)

Mohon semua pihak tidak menghubungi nombor selain dari yang di atas agar lebih cepat urusannya πŸ˜ƒ

Terima kasih atas kerjasama Rakan Usahawan ☺

PROMOSI SEMASA TUDUNGSICOMEL

Salam rakan-rakan Usahawan, berikut adalah senarai Promosi Semasa kita yang masih aktif. Semoga ianya mudah untuk rakan-rakan membuat rujukan πŸ˜ƒ

Kod Promosi yang masih berjalan:

1. INSTANT HANA – BELI 2 PERCUMA/SUBSIDI PENGHANTARAN

βœ… 2FREESHIP
βœ… subsidi rm6.90 ke sabah / sarawak
Tarikh Tamat Promosi: Akan Dimaklumkan

2. TELEKUNG RUFFLE – PERCUMA/SUBSIDI PENGHANTARAN + 1 ASUH JIKA ADA STOK. JANGAN INFO PELANGGAN TENTANG ASUH, BIAR DIA TERKEJUT ADA EXTRA GIFT HEHE.

βœ… 2FREE1ASUH
βœ… subsidi rm6.90 ke sabah / sarawak
βœ… Majalah ASUH tertakluk kpd stok di HQ
Tarikh Tamat Promosi: Akan Dimaklumkan

3. BACK2SCHOOL PROMO – 2 HELAI DAN KE ATAS PERCUMA 1

βœ… TS2FREE1 Tudung Sekolah Awning Lembut
βœ… TS2FREE1S Tudung Sekolah Awning Scuba
Tarikh Tamat Promosi: 30.07.2019

4. TUDUNG KASUAL – SEMUA EDISI MARSHMALLOW – 2 PERCUMA 1

βœ… TK2FREE1
Tarikh Tamat Promosi: 30.07.2019

Update : 25/6/2019 – In shaa Allah kita akan update dari masa ke semasa

So far Alhamdulillah, Promosi 2 percuma 1 kita mendapat sambutan yang sangat baik walaupun selepas hari raya sebab mungkin ianya nampak REASONABLE, hanya perlu beli 2 helai sahaja untuk layak dapat promosinya. Tidak membebankan πŸ˜ƒ

Saya harap, rakan-rakan dapat manfaat dari promosi-promosi ini 😊

Selamat meπŸš€πŸš€πŸš€πŸ€­

Mengurus Semua Page Jualan Hanya Dari Satu Tempat

Jika kita ada banyak page jualan facebook, instagram, tweets dan lain-lain, kita tak perlu lagi post satu persatu ke semua tempat, leceh kan hehe…

Cuba lihat gambar di bawah… bagaimana saya buat posting ke semua page jualan hanya dari satu tempat sahaja… mudah dan mudah hehe…

Ada banyak software app yang boleh digunakan. Antaranya saya guna Hootsuite.com

Bagusnya Hootsuite nie sebab dia ada app, so kalau guna smartphone pun boleh untuk buat posting ke semua tempat ^_^

Boleh layari Hootsuite.com dan daftar dengan dorang. Alaa mudah dan boleh guna free jer… saya pun guna yang free sahaja hehe…

Selamat mencuba ^_^