Database Pelanggan = LUBUK EMAS

Hanya yang tahu sahaja akan tahu… Ambil lah tahu kerana ilmu pengetahuan itu akan membuatkan kita tahu apa yang kita tidak tahu… 😅

Bayangkan setahun kita berniaga kita berjaya simpan 1000 no telefon prospek(database)… kalau 3 tahun dah 3000 database …

Prospek adalah orang yang belum pernah membeli namun ada menunjukan minat 😃

Kalau sekali ada launching produk baru kita blast pada 3000 database, kalau hanya 10% beli kita ada 300 pembeli dah 😃

Kalau untung sehelai tudung RM10, sekali beli purata 3 helai dan sorang customer kita dapat untung RM30.00

ANGGARAN KEUNTUNGAN, IN SHAA ALLAH.

So kalau 300 customer = RM30 x 300 = RM9000.00

So kalau sebulan ada 2x launching produk baru?

RM9000.00 x 2 = RM18,000.00

Tapi itu cuma berdasarkan 3000 database… Takkan 3 tahun baru dapat 3000, kira kategori berniaga sambil goyang kaki.

Ada antara Usahawan kita sebulan dua pun boleh dapat 1000 database, tak gitu puan Zarina 😚 😁🙊

Yang mengumpul bersungguh-sungguh pasti boleh dapat lebih… BANYAK CARA NAK KUMPUL DATABASE, nanti saya share dari masa ke semasa in shaa Allah 😃

Antaranya kita buat offer barang rejek… So possibility ramai akan bertanya… DAPATKAN DATABASE DULU… Lepas tue baru la layan… Ada stok ke takda ke… Itu hal no dua…

Kalau pandai boleh offer tudung corak lain yang sesuai dengan anak prospek .. beli tak beli lain cerita .. belum cuba belum tau kan 😃💪💰

Selamat berjaya 😃💰💰💰💰

BERNIAGALAH DENGAN ILMU – TUNTUTLAH ILMU 😃

Leave a Comment

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security