Apabila anda recruite agen dropship di bawah tajaan anda, mereka secara automatik akan menjadi Lifetime Customer anda.
Lifetime Customer bermaksud selagi mana mereka membeli tudung sekolah di web TudungSiComel.com menggunakan email yang sama seperti mana pembelian pertama mereka, in shaa Allah anda masih akan terima komisyen affiliate.
Contohnya setiap tahun mereka membeli tudung sekolah anak mereka di web TudungSiComel.com, selagi sistem kita masih beroperasi(dengan Izin Allah) walaupun dah 10 tahun, selagi itu anda akan dapat komisyen, in shaa Allah.
Yang bestnya mereka tak perlu lagi klik link affiliate anda setiap kali nak buat belian.
Selagimana mereka menggunakan email yang sama semasa membuat tempahan, in shaa Allah anda akan mendapat komisyen.
Simpan Database Email #
Pihak HQ sangat mencadangkan untuk anda simpan database email lifetime customer anda pada Google Drive sebagai back up jika apa-apa terjadi pada sistem kita. Anda boleh ikuti 2 langkah mudah dibawah…
Langkah 1 #
Log in dahulu pada akaun anda kemudian klik pada menu Dashboard > Affiliate Area > Lifetime Customers seperti paparan dibawah
Langkah 2 #
Anda boleh copy setiap email yang tertera kemudian save pada akaun Google Drive anda.
Sekiranya ada masalah yang menyebabkan sistem gagal berfungsi atau kena hack, HQ tidak dapat nak bertangungjawap sekiranya semua email Lifetime Customer anda hilang.
HQ akan sentiasa berusaha untuk backup, namun dikuatiri juga jika ada hal-hal yang di luar kawalan kita.
Backup ya, terima kasih 😃