Panduan Penetapan Nama kedai

Berikut adalah panduan dan cadangan untuk menetapkan nama shop Shopee / Lazada / Tiktok dan juga Social Media anda.

1. Dicadangkan untuk letak perkataan ‘tudung sekolah’ di hadapan nama kedai. Contohnya ‘Tudung Sekolah TudungSiComel Qila’ , ‘Tudung Sekolah Qila TudungSiComel’, Tudung Sekolah Qila by TudungSiComel’, ‘Tudung Sekolah Qila’ dll.

image 1

Ini kerana, apabila prospek mencari ‘tudung sekolah’, potensi shop kita akan berada di atas adalah tinggi. Ini ada kaitan dengan algorithm Search Engine Optimization (SEO).

Soalan: Salah ke saya nak letak nama lain?
Jawapan: Tidak salah, ini sekadar cadangan.

2. Anda juga digalakan untuk letakkan Profile Image sebagai Wakil Sah TudungSiComel di Shop anda untuk menambah keyakinan pelanggan membeli di shop anda. Berikut di bawah adalah dua sample yang anda boleh pilih:

Anda boleh download template di sini dan edit nama dan gambar anda ikut kesesuaian.

3. ⚠ Tidak dibenarkan letak perkataan yang mengelirukan pelanggan yang boleh membuatkan pelanggan salah tafsir itu adalah shop Official HQ atau Official Store. Contohnya:

Tudungsicomel official store
Tudungsicomel.os
HQ TudungSiComel
Tudungsicomel.hq
TudungSiComel.com
TudungSiComel.net
TudungSiComel.my
TudungSiComel.store

4. Jika anda dah menggunakan nama-nama tersebut atau yang berkaitan jangan risau, anda boleh tukar nama di sini:

a. Shopee – Seller Center > Shop Information > Basic Information

image 2

b. Tiktok – Seller Center > My Account > Shop Profile

tukar nama tiktok shop anda

c. Lazada – Seller Center > Setting > Seller Profile

tukar nama lazada shop anda

5. Pihak HQ sendiri tidak menggunakan nama-nama tersebut (Para 3) dan hanya menggunakan nama umum sahaja supaya pelanggan tak kenal yang mana satu shop HQ yang sebenar.

image 4
HQ turut menggunakan nama umum

Kita nak elakkan pelanggan membeli terus dari HQ dan tidak adil kepada rakan-rakan yang turut berniaga tudung sekolah kita.

wakil sah tudungsicomel

Semoga panduan ini bermanfaat 🥰