Panduan Report – Penyalahgunaan gambar tudungsicomel

Kita sediakan panduan berkenaan langkah-langkah yang boleh Rakan Usahawan rujuk jika anda terjumpa di mana-mana platform atau pun merchant yang menyalahgunakan gambar produk TudungSiComel.

Mereka menjual tudung jenama lain tetapi menggunakan gambar TudungSiComel dan ini akan membuatkan prospek kita terkeliru dan ianya juga akan merosakan image perniagaan kita dalam jangkamasa panjang.

Berikut kita sediakan panduan untuk membolehkan kita sama-sama mengambil tindakan.

A. Membuat Teguran Kepada Seller #

Anda boleh copy & paste ayat di bawah untuk chat seller tersebut.

  • Teguran Pertama

    Salam, saya dari TudungSiComel (SBZ Prima Sdn Bhd). Kami dapati pihak anda menggunakan gambar tudung sekolah hak milik TudungSiComel tanpa sebarang kebenaran bertulis.

    Sebagai makluman, gambar ini adalah hak milik rasmi SBZ Prima Sdn Bhd dan penggunaannya adalah dilarang tanpa kebenaran.

    Ibu model juga tidak merestui gambar anak beliau digunakan sesuka hati oleh pihak luar.

    Kita yakin anda tersalah dan kita minta anda untuk mengeluarkan gambar tersebut dari shop dan produk anda dalam tempoh 24 jam.

  • Teguran Kedua

    Salam, kami dapati anda masih menggunakan gambar tudung sekolah TudungSiComel dan saya serta semua Wakil Jualan Sah TudungSiComel terpaksa buat report beramai-beramai kepada pihak shopee.

    Biasanya apabila kita report beramai-ramai, shop / produk anda akan di remove oleh pihak shopee.

    Sayang juga jika shop anda di remove oleh pihak shopee kerana rating produk anda telah banyak.

    Harap anda dapat keluarkan gambar dengan kadar segera.

  • Teguran Akhir

    Salam, saya dapati pihak tuan masih tidak mengeluarkan gambar tudung hak milih sah TudungSiComel dari shop / produk anda.

    Ini bermakna anda bersetuju dengan segala tindakan yang akan diambil termasuk tindakan undang-undang. Pihak SBZ Prima Sdn Bhd telah menghantar 2 notis secara bertulis dan anda mengabaikannya dan ianya boleh dijadikan sebagai bukti bahawa anda dengan relahati bersetuju untuk tindakan diambil terhadap anda.

    Pihak SBZ Prima Sdn Bhd berhak untuk menghantar saman kepada anda sebagai langkah untuk Tuntutan Sivil gantirugi seterusnya.

    Terima kasih

B. Panduan Report Merchant #

Apabila teguran telah dihantar melalui chat dan pihak seller masih tidak membuat apa-apa perubahan setelah teguran akhir, pilihan seterusnya adalah membuat report pada pada akaun shop tersebut. Anda boleh gunakan ayat dibawah ini untuk kegunaan report di setiap platform.

  • Ayat di ruangan report
    This seller using TudungSiComel(SBZ Prima Sdn Bhd) Copyright image(model) without legal permission. And he selling fake products. Please help us advice this seller.
    Thank you

Boleh rujuk pada setiap panduan report dibawah:

1. .Shopee

2. Lazada

3. TikTok
(untuk TikTok, anda perlu klik report dan pilih Possible counterfeit products)

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat jaga harga produk kita dan tidak berlaku misleading pricing.

Jika anda terjumpa mana-mana shop yang menggunakan gambar kita dan menjual tudung sekolah bukan dari TudungSiComel, anda copy link produk dan share di group support kita ya supaya boleh kita beramai-ramai ambil tindakan.

Kita perlu ambil tindakan beramai-ramai kerana ada sesetengah seller yang degil. Bersatu kita teguh 🦾

Terima kasih ya 🥰