Panduan Tempahan Borong

Langkah Tempahan #

Sebelum anda mula buat tempahan, berikut adalah proses tempahan mudah sebagai panduan.

PROSES ORDER PUKAL 2022

Terma Syarat & MOQ #

Sebelum membuat tempahan juga, diminta untuk membaca terma & syarat  supaya memudahkan urusan tempahan anda.

image 5

Nota Tambahan (PENTING) #

1. Kos postage yang tertera semasa anda membuat tempahan(checkout) adalah anggaran sahaja kerana bungkusan tempahan mungkin terpaksa dipecah-pecahkan kepada beberapa pack sekiranya kuantiti borong banyak. Jadi bungkusan akan ditimbang semula untuk mendapatkan kos yang tepat sebelum penghantaran dilakukan.

Namun kebiasaannya tidak banyak perbezaan dari kos yang tertera. Mungkin kurang dari sepatutnya atau lebih sedikit. Admin Borong akan maklumkan sekiranya perlu sedikit penambahan kos dan beliau akan cuba cadangkan kurier yang paling berbaloi berdasarkan tempahan anda.

2. Sekiranya anda ada menempah banting dan tudung, kita perlu asingkan bungkusan dan dihantar secara berasingan atas beberapa sebab. Anda boleh buat tempahan dalam satu order, cuma penghantaran akan dilakukan berasingan dan mungkin akan ada sedikit penambahan kos postage.

Tempahan #

Untuk membuat tempahan sebagai Pemborong / Mini Stokis TudungSiComel, boleh terus layari https://tudungsicomel.com/product-category/borong-mini-stokis/

Persoalan #

Jika ada sebarang persoalan boleh hubungi admin Qila untuk dibantu:

*Waktu Operasi Isnin – Jumaat / 9pg -6ptg

Semoga perniagaan Rakan Pemborong dan Mini Stokis lancar hendaknya. Aamiin