Soalan : Adakah kita just make sure amount dalam web sync mencukupi sahaja kan? Kemudian apabila tempahan diterima kredit akan auto deduct.
Jawapan : Betul ,Jika tak cukup, dia tak auto deduct, anda perlu topup berapa dan buat payment semula “Pay Now” untuk ID Tempahan yang puan nak bayar tersebut.
Seperti paparan gambar di atas, order tersebut akan masuk pada bahagian pending order apabila kredit pada wallet anda tidak di topup atau tidak mencukupi untuk sistem auto deduct tempahan yang masuk.
Oleh itu, rakan-rakan perlu topup dahulu wallet untuk tempahan tersebut diproses, kerana selagi tiada baki wallet yang mencukupi pada akaun anda, order tersebut tidak akan dapat diproses oleh kerana pending payment.
Jadi anda boleh rujuk pada video dibawah untuk topup wallet kredit anda.
Untuk topup wallet kredit anda, tiada pilihan topup jumlah amount tempahan diterima, jadi anda perlu topup jumlah yang mencukupi bagi tempahan tersebut diproses.
Selepas anda topup, klik pada bahagian pending order tersebut dan klik pay now pada tempahan yang diterima.
Mudah sahaja kan 😀