DROPSHIP -WARISKAN PERNIAGAAN ANDA!

Alang-alang berniaga secara online(dropship), buatlah dengan serius dan jadikan ianya satu perniagaan yang DAPAT DIWARISI 😃

Macam mana nak mewariskan pernigaan online kita?

1. Setup perniagaan Dropship kita DENGAN ILMU dan susun dia seperti sebuah perniagaan yang serius seolah-olah kita membuka sebuah kedai fizikal.

Namun pastinya ia perlu sedikit modal untuk menuntut ilmu. Laburkan sikit duit untuk cari dan belajar.

Saya sehingga sekarang pun masih lagi belajar, saya sekarang banyak tonton video berbanding buku(buku pun baca juga hehe… tapi video macam lebih menusuk gituuu hehe).

2. SIMPAN DATABASE BANYAK-BANYAK, nanti bila sampai masa kita nak bertemu Allah. Kita boleh wariskan perniagaan kita kepada anak-anak kita.

Mak: “Nak.. ibu rasa dah hampir masa ibu nak bertemu Allah, nie ibu wariskan perniagaan(Online) ibu, mudah sahaja businessnya, hanya duduk depan komputer sahaja…”

“Nah ambillah 100,000 database yang mak dah simpan selama 20 tahun mak berniaga…”

==============

Nota: 100,000 / 20 tahun = 5000 setahun
5000/ 365 hari = 13 database sahaja sehari. Masakan berniaga serius 24 jam hanya dapat 13 sahaja sehari… itu perniagaan bermalas-malasan namanya hehe..

Sekali buat pertandingan/contest dah boleh dapat hampir/atau lebih 1000 database… 😊

==============

“Sambunglah perniagaan ini hingga menjadi empayar perniagaan yang besar nak… “

“100,000 nie, kalau ada produk TudungSiComel baru dan blast pada mereka semua, jika 10% berminat dah 10,000 customer. Jika sorang customer beli 3 helai tudung/kombo (satu helai untung RM10), kau dah untung RM30 x 10,000 = RM300,000.00 sekali blast nak. Sebulan sekali pun dah cukup”

“Sekali blast kau dah boleh beli rumah dan kereta cash nak… ambil lah semua database mak nie ya… jangan lupa banyakkan sedekah tau… doakan juga agar perniagaan TudungSiComel kita terus berkembang dan dapat hasilkan lebih banyak design menarik… kereta kereta juga” 😅

Anak: “Sayanggggggg mak” 😊

Kan sedap gitue… baru best rasa nak tinggalkan dunia ini kan hehe.. 😅

Atau jangan pula jadi begini:

Mak: “Nak kau ambillah perniagaan Online mak nie ya, dah 15 tahun mak berniaga online.. ambil lah dan teruskan lah…”

Anak: “Wah terima kasih mak… sayang mak…TAPI dah berapa orang database mak dah simpan?”

Mak: “Database?! Alaa mak tak simpan pun, kau cari la sendiri… em password facebook mak pun mak dah lupa nak huhuhu…”

Anak: “Takpa lah mak, mak bagilah perniagaan ini kat ayah jer” 😅

Hehehe… walaupun kita dropship… jadilah dropship yang terbaik 💪😃

Mana tau, bila dah banyak database nanti, berani nak keluarkan tudung design sendiri pula kan 😃💪

So start hari ini simpan database prospek… jika hari ini tak mula menyimpan, bila lagi?

Leave a Comment

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security