Panduan ini ditulis khas buat Penulis Tamu TudungSiComel
FAQ Snippet sangat membantu memudahkan kita untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dicari melalui search engine seperti google.
Perasan tak, kadang-kadang apabila kita search sesuatu keyword di google, akan keluar hasil carian berformat(schema) di SERP seperti gambar di bawah.
Ini dipanggil FAQ Snippet di mana Google ingin memudahkan kita untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang sedang dicari.
Apa Kelebihan Faq Snippet Kepada Kita?
Ianya sangat bagus untuk membuatkan posting kita mendapat perhatian yang lebih berbanding hasil carian yang lain dan mampu membuatkan Click Thru Rate(CTR) web lebih tinggi.
Bagaimana Nak Setting Faq Snippet?
1. Semasa menulis artikel di blog TudungSiComel, klik pada icon seperti yang ditunjukan pada gambarajah di bawah:
2. Kemudian search perkataan FAQ dan pilih FAQ by Rank Math.
3. Kemudian masukan soalan dan jawapan pada ruangan yang disediakan.
Siap! Itu sahaja.
Faq Snippet ini boleh dimasukan atau diselitkan pada mana-mana bahagian artikel yang anda tulis.
Boleh diselitkan di tengah-tengah artikel atau di bahagian akhir artikel. Ikut kreativiti anda.
FAQ Keyword Research?
Namun sebelum anda masukan soalan dan jawapan, disarankan juga untuk anda membuat research terlebih dahulu tentang soalan yang banyak ditanya dan dicari di search engine terutamanya google.
Agak tidak bermanfaat jika kita buat soalan dan jawapan yang tidak ada carian di google.
Bagaimana cara nak buat FAQ research? In shaa Allah kita kongsikan di post yang akan datang.
Semoga bermanfaat.