Untuk setiap tempahan yang wakil jualan TudungSiComel terima dan HQ yang process tempahankan tersebut, team akan selitkan sekali dengan flyers seperti paparan di atas (berdasarkan stock masih ada).
Objektif
Ini adalah inisiatif dari HQ untuk menjadikan pelanggan tersebut akan membuat tempahan berulang pada wakil jualan TudungSiComel kerana syarat tebus hadiah adalah pada belian seterusnya dan adanya repeat order.
Untuk hadiah tersebut, 100% adalah tanggungan dari pihak HQ tanpa kenakan sebarang cas pada wakil jualan TudungSiComel.
Cara Pelanggan Nak Tebuh Hadiah
Apabila pelanggan terima flyers ini dan scan qr code pada flyers tersebut, akan keluar panduan yang boleh pelanggan rujuk dan akan maklumkan pada wakil jualan.
1. Pembelian dari Shopee & TikTok Web Sync
Untuk pelanggan yang membuat pembelian dari platform merchant seperti diatas dan hendak tebus hadiah tersebut, anda perlu maklumkan pada pelanggan semasa membuat tempahan perlu maklumkan ayat ini pada bahagian order remark.
CLAIM INNER RAINBOW HITAM
Kemudian sebelum check out pada platform pembelian, masukkan ayat yang dinyatakan pada bahagian seperti paparan gambar dibawah.
Bahagian order remark pembelian di Shopee :
Bahagian order remark pembelian di TikTok :
Apabila tempahan masuk ke dalam sistem web sync, ia akan akan dipaparkan pada bahagian air way bill untuk team rujuk.
2. Pembelian Menerusi Wakil Jualan TudungSiComel
Untuk wakil jualan TudungSiComel, apabila pelanggan dah maklumkan berkenaan nak tebus hadiah melalui flyers yang diterima. Jadi anda nak submit tempahan pelanggan yang nak redeem free inner ini, mereka akan sharekan code kupon yang anda boleh gunakan redeem inner tersebut.
Jadi kod kupon tersebut perlu dimasukkan dalam tempahan pelanggan supaya pelanggan terima item free inner tersebut dan add to cart pilihan warna inner tersebut.
FAQ?
1.Bagaimana jika saya beli tudung untuk diri sendiri dan terima flyers ini, adakah layak untuk redeem hadiah tersebut?
J: Anda layak tebus walaupun untuk belian diri sendiri.
2. Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 flyers qr sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa flyers yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda.
3.Boleh ke saya atau pelanggan redeem flyers qr ini lebih dari sekali ?
J: Untuk setiap 1 flyers qr yang diterima, hanya layak tebus sekali sahaja. Kejujuran dan sifat amanah kami letakkan pada anda.
4. Belian menerusi web sync perlu masukkan apa2 kod kupon ke oleh pelanggan ?
J: Tidak perlu , anda boleh rujuk panduan di atas melalui tempahan shopee iaitu mereka perlu take noted remark yang perlu diisi sebelum membuat pembayaran.
Semoga inisiatif ini dapat membantu rakan2 membuat sale yang baik. Aamiin 🥰