Jawap 7 Soalan Ini?

Kita sebagai peniaga mesti tahu menjawap soalan asas ini, jika tak tahu tolong jangan berniaga kerana kita hanya akan membuang masa!

1. Kepada siapa kita nak promosikan produk kita?
2. Siapa yang memerlukan produk kita?
3. Siapa yang berpotensi membeli produk kita?
4. Produk kita dapat menyelesaikan masalah apa(faedah)?
5. Produk kita dapat membantu menyelesaikan masalah siapa?
6. Di manakah mereka-mereka ini berada?
7. Bagaimana kita nak buat agar mereka tahu kita ada produk yang dapat menyelesaikan masalah mereka?

Ini 7 soalan asas kita perlu tanya diri kita berdasarkan produk yang kita jual.

Jika kita jual tudung kanak-kanak, siapakah yang berpotensi membeli produk kita? Ianya dikenali sebagai Customer Avatar.

Saya taknak jawap, saya nak rakan-rakan sendiri yang fikir dan jawap hehe… mari kita asah daya imaginasi kita ^_^

Membina kolam ikan
Kenali umpan(produk) kita, baru kita akan tahu apakah ikan yang sesuai untuk makan umpan kita ^_^

Gambar sumber: http://umpanjitumancingikan.blogspot.com/2016/08/umpan-hidup-terbaik-untuk-mancing-ikan.html


Saya tanya satu soalan, jika kita berniaga mesin jahit(umpan), adakah sesuai kita pergi ke stadium bola sepak yang dipenuhi penonton(ikan) dan promote Mesin Jahit kita di sana?

Biar saya jawap… Kita hanya akan membuang masa dan tenaga!

Kita haruslah tahu, umpan kita sesuai dengan ikan yang mana. Jika umpan kita udang, jangan kita pergi memancing ikan paus pula hehe…

Setelah kita tahu siapa mereka(ikan) yang berpotensi makan umpan(produk) kita, baru kita tahu di mana mereka berada/berkumpul dan mudah untuk memancing mereka untuk membeli produk kita. Kita tahu umpan ini sesuai untuk siapa.

Faham ke? ^_^

MEMBINA KOLAM

Setelah kita tahu siapa yang memerlukan produk kita dan di mana mereka berada, baru kita boleh mula memancing.

Ada dua kaedah:
1. Pergi ke sungai untuk memancing.
2. Bina kolam ikan kita sendiri.

Kita boleh ke sungai untuk memancing, namun sungai sangat luas. Dalam sungai, kita tak tahu ikan-ikan kita berkumpul di mana. Kita kena try and error. Kena test. Buang masa juga kan ^_^

Jadi saya lebih suka kaedah yang kedua, Bina kolam ikan sendiri.

Apakah kolam ikan? KLIK SINI untuk baca seterusnya ^_^

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment