Kenapa Ada Drosphip yang Berjaya dan Ada yang Sebaliknya?

Saya bersembang dengan Alin tadi, saya tanya pandangan dia kenapa ada rakan dropship TudungSiComel yang berjaya buat sale ratus-ratus ribu dan ada juga yang kurang berjaya.

Ada yang boleh buat sale hingga RM5000.00 sehari dan ada yang nak dapatkan RM30 sehari pun susah.

RM5000 sehari

Apa bezanya? Sedangkan produk tudung sekolah yang sama, facebook, shopee, tiktok, lazada pun guna platform iklan yang sama…

Alin kata, kita start apa-apa business sekalipun.. semua pastinya akan mengambil masa… takda yang akan terus berjaya.

Dia kata cuba lihat mereka-mereka yang berjaya, hampir semua adalah mereka yang dah menjadi dropship TudungSiComel sekurang-kurangnya 2 tahun.

Mereka dah ada database bekas pelanggan dan juga prospek yang besar. Mereka simpan database pelanggan mereka dari hari pertama mereka mula berniaga.

Dan apa yang membezakan mereka juga adalah keyakinan dan ‘endurance’ untuk bertahan sehingga berjaya.

Bila Alin kata begini, saya teringat satu movie ‘Pursuit of Happyness’. Kena tonton movie nie baru faham. Bertapa kesungguhan boleh membawa kepada kejayaan walaupun kelihatan mustahil pada awalnya.

If you want something, go and get it. PERIOD…

Kalau nak cepat kaya, memang susah… kita akan cepat juga rasa lelah.

Apa-apa business pun pasti akan bermula dari langkah yang pertama.

Tak ada orang mula berniaga terus langkah ke 1000 dan berjaya.

Tudung Sekolah adalah produk keperluan dan potensinya sangat besar. Berjuta pelajar sekolah di Malaysia, dari Pra Sekolah hinggalah ke sekolah menengah.

Dan setiap tahun ada sahaja prospek baru kita dilahirkan 🤭

Yang penting kena ada ‘endurance’ yang kuat.. kena bersabar dan bertahan… dikit-dikit pastinya akan jadi bukit.

Apa-apa pun saya doakan semua rakan-rakan niaga TudungSiComel berkaya (berjaya + kaya) satu hari nanti… aamiinnn.

Terima kasih Alin 😊

PERIOD!… in shaa Allah.

Jika mereka boleh, in shaa Allah kita juga boleh 😊

image 24
image 27
KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment