Bismillah…
Kita menerima pertanyaan dari rakan-rakan usahawan terutama yang baru join program Rakan Usahawan TudungSiComel;
“Kenapa sejak beberapa minggu nie(Mac 2022) Hq TudungSiComel selalu terputus stok. Ini membuatkan kami sukar nak berniaga“
Sebenarnya, kita ‘berperang’ dengan sale tudung sekolah sejak hujung Disember 2021 lagi.
Alhamdulillah, kita menerima tempahan tudung sekolah yang banyak semenjak Disember 2021(dengan izin Allah) semasa kerajaan umumkan tarikh sessi persekolahan penggal 2022.
Sejak itu, tempahan tudung sekolah alhamdulillah tidak putus-putus dan tempahan retail boleh mencecah lebih 2000 helai sehari.
Alhamdulillah, tempahan dari rakan-rakan usahawan juga tidak putus-putus. Tempahan kadangkala masuk hampir setiap minit.
Keadaan ini berlarutan sejak Disember dan apabila masuk Mac 2022, kita sudah terputus stok / tailor pun dah exhausted keletihan dan kita terpaksa buka tempahan pre-order(stok bayangan) memandangkan masih banyak tempahan yang masuk.
Kaedah stok bayangan adalah agar kita boleh fokus jahit tudung-tudung yang sudah ada tempahan sahaja ikut kuantiti yang diperlukan supaya lebih cepat siap.
Alhamdulillah ramai pelanggan-pelanggan sanggup tunggu Tudung Sekolah TudungSiComel kita walaupun telah diberi tahu bahawa tudung belum ada ready stok, sedang dijahit dan akan dapat lewat.
In shaa Allah, lepas nie kita susun strategi baru dengan siapkan lebih banyak stok sebelum musim peak dan beri peluang juga kepada Rakan Pemborong dan Mini Stokis untuk berborong lebih awal dari biasa.
Apabila sudah masuk peak time, agak sukar HQ nak membantu sediakan stok untuk Rakan Pemborong/ Mini Stokis kerana terpaksa utamakan tempahan retail dari Rakan Dropshipper kita.
Berbaloi ke borong awal? Mari kita renungkan hehe
“Ingat Tudung Sekolah, ingat TudungSiComel”