Untuk melatih seseorang host, ianya mengambil masa.
Dari proses merekruit, penghantaran sample, berkenalan dengan produk dan trainning live secara berfasa.
Setelah mereka terima sample yang kita pos(ambil masa), mereka akan didedahkan dahulu dengan produk-produk kita. Mereka perlukan masa untuk menghafal semua kelebihan produk kita.
Kemudian mereka akan masuk ke fasa training selama 1 jam setiap sessi untuk kita kenalpasti kekurangan mereka untuk kita perbaiki. Fasa ini, kita tidak mengharapkan sebarang sale. HQ akan tanggung risiko kos ini.
Kemudian mereka akan masuk satu lagi fasa iaitu cara untuk ‘meracun’ supaya pelanggan yakin membeli semasa sesi live.
Sekiranya mereka lepasi fasa meracun selama 1 jam setiap sessi, barulah mereka akan dibenarkan masuk ke fasa seterusnya iaitu live selama 2 jam(endurance test).
Live selama 2 jam baru kita akan nampak sale yang baik, in shaa Allah. Ini kerana dari pemerhatian, live sekurang-kurangnya 2 jam baru akan mendapat potensi sale yang baik.
Flow Training:
Recruit > Penghantaran Sample > Pengenalan Produk > Live 1 jam (biasakan) > Live 1 jam (meracun) > Live 2 Jam (Meracun dan Endurance) > Ready untuk berkhidmat untuk rakan-rakan.
Ini apa yang kita di HQ plan, kita ingin sediakan Live Host yang terbaik kepada rakan-rakan. Bukan hanya tangkap muat sahaja 🥰