KESALAHAN DROPSHIPPER YANG TAK DISEDARI!

Saya banyak kali juga cuba terangkan dan saya tak pasti tuan/puan jelas atau tidak 😊

Kesalahan Drosphip Yang Tak Disedari.19.04

Cara promosi DROPSHIPPER dan PEMBEKAL (BRAND OWNER) adalah berbeza…

DROPSHIPPER saya galakkan guna strategy PERSONAL SHOPPER. Maksudnya tonjolkan yang tuan/puan sebagai orang yang akan memBANTU meMUDAHkan urusan tempahan mereka(pelanggan).

PERCAYALAH… tak ramai yang suka membuat belian dari website yang rumit… mereka lebih gemar membeli terus dari whatsapp, Facebook, IG dan bersembang-sembang. Saya yakin, Tuan/puan sendiri pun tak suka kan? 🤭

Biasa kita sebagai dropshipper SALAH FAHAM… nak tonjolkan diri seperti Brand tersebut dengan mewujudkan page atas nama brand tersebut. Pada saya ianya kurang tepat.

Pernah dengar perkataan ‘Personal Shopper‘?

Tonjolkan yang puan adalah orang yang akan MEMBANTU MEMUDAHKAN URUSAN TEMPAHAN mereka…. wujudkan page khas yang seolah-olah menonjolkan tuan/puan sebagai orang perseorangan yang BOLEH DIPERCAYAI dan SANGAT MESRA dan SANGAT MEMBANTU

Hasilkan/kongsikan artikel-artikel yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Tonjokan diri tuan puan sebagai orang yang ‘sangat membantu’. In shaa Allah prospek akan terbuka hati untuk mendapatkan khidmat puan…

Jangan hanya tonjolkan diri sebagai PENJUAL… nanti takut di cop “Jurujual Dilarang Masuk” hehe… be professional 😊

Itulah ‘business’… helping people for some profit 😊💪

Syarikat AliBaba, ZALORA, LAZADA, GoSHOP…dorang pun takder jual jenama sendiri… dorang pun DROPSHIPPER juga… dorang takder simpan stok atau gudang…

Inilah yang saya cuba maksudkan sebelum ini… faham tak? 😃

Apabila orang nak beli barang dari LAZADA… orang tempah dari LAZADA dan lazada tempah dari supplier dan supplier terus hantar ke customer…

Tugas Dropshipper adalah MEMUDAHKAN pelanggan untuk membuat belian.

Tapi kita janganlah nak jadi macam LAZADA… dorang ada big funder… budget marketing besar… so boleh promote banyak barang dalam tue… kita modal kecil… main niche product kecil cukup la…

Apa yang saya nak terangkan adalah… kita sebagai Dropshipper… kita adalah LAZADA dalam skala kecil….

Apa boleh buat… kita buka satu page di FB/IG dan dalam tue masukan NICHE produk tudung/jubah dan telekung kanak-kanak sahaja…

Lepas tue kongsi la testimoni-testimoni pelanggal lepas agar pelanggan tertarik nak membeli. Di TudungSiComel kita ada beribu gambar testimoni yang tuan/puan sebagai Dropshipper boleh share… jangan asyik share gambar produk sahaja… orang bosan… 😅🤭

Kita tonjolkan yang kita nie adalah sebuah entiti/penasihat yang MEMBANTU MEMUDAHKAN prospek untuk buat belian dari syarikat seperti TudungSiComel.com (ehem ehem) dan lain-lain juga… 😁

Tak perlu nak buat produk jenama sendiri pun….

Kita ambil contoh lagi… walaupun TESCO ada hasilkan ubat gigi jenama TESCO… kita mesti tetap beli ubat gigi jenama COLGATE juga kan. Kenapa???

Cuba la fikir 😊

So tak perlu nak pening-pening fikir nak hasilkan jenama sendiri lagi… fikir dulu macam mana the ‘best’est strategy yang sesuai dengan konsep dropship… lihat kompani-kompani dropship besar seperti LAZADA, ZALORA, 11`s STREAT dan lain-lain… dorang sampai sekarang hasilkan bilion of dollars hanya sebagai company DROPSHIP SAHAJA…

Maaf membebel pagi-pagi nie hehe… jangan ambil hati ya… saya nak sangat tuan/puan belajar… sebab sebelum saya mula dengan TudungSiComel.com… 7 tahun saya jadi dropshipper sahaja juga…. 😃

Mula sebagai seorang Dropship, belajar menjual dahulu… dah yakin nanti, database dah banyak… baru boleh pertimbangkan untuk hasilkan brand sendiri. Cuba belajar seni menjual dulu ya, macam mana nak attract customer, macam mana nak handle customer bermasalah dll… anggap ini adalah proses pembelajaran.

Ini sekadar pengalaman saya, semoga bermanfaat… 😊

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

1 thought on “KESALAHAN DROPSHIPPER YANG TAK DISEDARI!”

  1. [* Shield plugin marked this comment as “Trash”. Reason: Failed Bot Test (checkbox) *]
    Info yang sangat bermanfaat. Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment