Kumpul Database Pelanggan

Salam rakan2, saya ada ternampak rakan-rakan buat iklan tentang promosi tudung rejek TudungSiComel kita (Rujuk gambar di atas) 😃

Tapi saya lihat ada antara kita yang tidak cuba mendapatkan no telefon pelanggan (DATABASE) dan pada saya ianya agak rugi… Melepaskan ikan yang datang cuba menyerah diri… Kalau dapat kat geng seller MLM atau geng agen INSURAN, pasti peluang keemasan ini tak disia2kan 😅

Cadangan saya sekiranya pelanggan bertanya… Biar apa pun dia tanya, sebolehnya cuba minta/dapatkan no telefon prospek dahulu dan save. Lepas tue baru layan di wasap 😃

Rugi terus potong conversation tanpa dapatkan database terlebih dahulu 😅

Tak kisah dia tanya apa pun… YANG PENTING sebolehnya cuba dapatkan no telefon prospek dan simpan elok2 kerana masa kita memerlukannya akan tiba 🤣

Antara ayat yang boleh digunakan adalah:

Terima kasih puan sudi bertanya, boleh saya dapatkan no telefon puan, saya wasap puan ya, lebih mudah berkomunikasi 😃

ATAU

Boleh saya dapatkan no telefon puan, saya wasap detail ya puan, lebih cepat dan mudah 😃

Dan lain2 ayat yang boleh dapatkan no telefon mereka 😃

Kerana mereka yang bertanya adalah PROSPEK dan mereka SANGAT BERHARGA.

Nanti saya akan kongsikan bagaimana cara kita boleh manfaatkan database2 yang kita simpan ya, in shaa Allah 😃

Siapa yang ada database… Mereka ada LUBUK EMAS 😊

Ini pula cara Otai Kak Noor dapatkan no telefon prospek… Terima kasih Kak Noor sudi kongsi pada kita semua… Semoga Allah balas jasa dan kebaikan akak… Aamiin 😃

Leave a Comment

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security