Macam Mana Nak Create Promotion untuk Pelanggan Di Tiktok

Anda pasti nak kembangkan bisnes di Tiktok bukan?

Seperti yang anda tahu setiap kali anda tonton live menjual di Tiktok , anda akan perasan Harga Asal mereka dipotong menjadi harga promosi. Boleh lihat contoh di bawah :

RM39.90 = RM25.90

Jadi, Intan akan ajar macam mana nak hasilkan promosi di Tiktok untuk pelanggan anda. Insya Allah lebih ramai yang akan membeli dengan kita

1. Buka Tiktok Seller Center

✅ Buka Seller Center dan Klik pada ‘Promotion Tools’ di sebelah kiri.

create voucher

Anda akan lihat ada banyak jenis promotion kita boleh pilih.

Antaranya adalah:

⏩ Product Discount – Diskaun bagi produk tertentu

image 8

⏩ Flash Deals – Kita boleh offer waktu terhad sahaja

image 9

⏩ Buy More Save More – Untuk promotion ni, jika pelanggan beli banyak kita boleh bagi diskaun banyak untuk pelanggan.

image 10

⏩ Voucher – Jika pelanggan beli minimum RM _ dapat diskaun __

image 12

Dan banyak lagi , anda boleh pilih mana satu promosi yang anda nak berikan kepada pelanggan anda.

2. Pilih satu Promosi untuk Kita Create

image 13

Contoh disini saya pilih Voucher sebab kita boleh bagi voucher ni ketika dalam Live.

Jadi jika dalam LIVE sahaja , pelanggan boleh claim voucher tersebut.

3. Setting Tempoh Voucher tersebut

Anda boleh setting tempoh Voucher tersebut mengikut citarasa anda. Boleh set kan berapa lama anda nak berikan voucher kepada pelanggan anda.

image 14

Sebelum itu, anda perlu pilih jenis vouchher sama ada anda nak berikan sewaktu Live, untuk pelanggan baru, dan untuk berikan kepada content creator.

Untuk langkah ini, Intan akan pilih jenis LIVE Voucher.

image 15

Voucher Name : Letak nama voucher anda (Contoh : Limited Deal 8.8)

Claim Period : Tempoh untuk pelanggan claim voucher tersebut (Contoh : Masukkan tempoh live anda bermula dan berakhir)

Voucher Validity : Selepas pelanggan claim , masukkan tempoh penggunaan voucher (Contoh : Kalau nak pelanggan guna ketika live masuk jer tempoh anda live)

4. Pilih berapa diskaun yang nak diberikan kepada pelanggan anda

image 17

Cadangan Intan, boleh guna Percentage Off ( 5% )

Maksimum diskaun – yang kita nak bagi adalah RM5

image 18

Minimum Spend – Boleh letak RM20.00 . Jadi pelanggan mesti akan beli 2 item

Claimable Quantity – Berapa voucher yang anda nak berikan kepada pelanggan.

Number of claims per Customer – Letak 1 sahaja . Maksudnya satu pelanggan boleh claim satu kali sahaja

5. Voucher khas untuk produk apa jer?

Anda boleh apply voucher tersebut sama ada ‘Entire Shop’ atau ‘Specific Products’

image 19

Entire Shop – Semua produk yang ada dalam showcase Tiktok
Specific Products – Untuk produk tertentu sahaja. Boleh pilih mana satu.

image 20
⏩ Klik ‘Agree & Publish’

Jadi anda boleh mula buat LIVE lebih awal dari waktu yang anda set penggunaan voucher tersebut.

Ketika anda LIVE, anda perlu Klik Distribute untuk voucher tersebut muncul dalam live nanti.

voucher tiktok 1 edited
Pilih ‘Voucher Management’
distribute voucher edited
Klik ‘Distribute’ untuk display ketika dalam LIVE

Itu sahaja langkah untuk anda create promotion di Tiktok.

Semoga Bermanfaat & Selamat Meroket !

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment