Apa itu Sub-Account ?
Sub-Account adalah satu platform khas untuk satukan banyak akaun shopee
Sebagai contoh , ada kedai shopee A , kedai Shopee B , kedai Shopee C.
Anda sebagai majikan, boleh memantau akaun shopee di ketiga-tiga kedai Shopee dalam Sub-Account
1. Create Sub-Account
a) Buka Seller Center Shopee

Pastikan anda buka Seller Center Shopee anda
> Klik Seller Center Shopee
b) Klik Button Sub-Acc Binding

c) Apply Main ACCount Binding terlebih Dahulu

d) Masukkan no. telefon anda dan daftar kan main account

Masukkan no. telefon anda
Kemudian username > masukkan nama account Shopee anda
Password > boleh masukkan password ikut acount Shopee anda pun tiada masalah.
Nama username untuk sub account akan jadi seperti ini > tudungsicomel:main
e) Login semula

Pastikan anda ingat username dan password untuk sub-account shopee.
2. Create Members di Sub-Account Shopee
Jika anda nak berikan acc sub ini kepada Host Live anda, pastikan anda create dahulu members dan tugasan khas untuk Host Live log in sahaja.
a) Selepas log in Sub-Account main, Klik pada ‘Bind a Shop’

Klik Bind a Shop > search nama Shopee anda dan ‘bind shop’ dan ‘authorize‘

‘Authorize‘ shop anda.

Masuk semula akaun Shopee anda dan ‘Authorize‘

b) Klik my Teams > Create members


Klik ‘Create a Member’
c) Masukkan butiran khas Untuk Host Live Login

Boleh rujuk panduan di bawah ini untuk masukkan butiran
Member’s Name : Hostlive
Phone Number : +60 _______
(boleh masukkan no kedua anda , tak kesah no husband, anak or orang terdekat)
**Nombor ni nanti HL akan minta code jadi anda perlu guna no orang terdekat anda
Login ID : masukkan ‘hostlive’
Login Password : masukkan password yang mudah untuk HL login
Email : Tidak perlu
Klik ‘Next : Permissions‘
d) kLIK ‘Add New Role’ > Tulis Host Live

Anda perlu tambah role baru dan create new role iaitu Host Live
Kemudian pastikan anda edit Permission dan tanda ikut gambar di bawah ini.

Itu sahaja langkah-langkah nya.
Namun anda perlu tunggu beberapa jam sebelum anda berikan username & password sub acc kepada Host Live.
Terima Kasih.