Siapa yang nak buat bisnes online mesti pernah dengar tentang dropship. Dropship ni sebenarnya adalah antara bisnes paling mudah untuk sesiapa sahaja mulakan. Rata-rata yang jadi dropship boleh dapat jualan yang selesa 4-5 angka sebulan jika buat betul-betul. Jadi sediakan pen dan kertas, sebab untuk artikel ni saya akan kongsikan secara lebih mendalam ilmu tentang dunia dropship.
Maksud Dropship
Jadi apa itu dropship?
Dropship ni sebenarnya adalah satu bentuk model perniagaan dimana anda menjadi ejen kepada sesebuah perniagaan tanpa memegang sebarang stok.
Dropship akan bertindak sebagai orang tengah dengan mempromosi dan melakukan jualan. Bila berlaku jualan, anda akan hantar maklumat pesanan tersebut kepada syarikat dan syarikat akan melakukan proses penghantaran produk terus kepada pelanggan.
Kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud dropship ni dalam Bahasa Melayu adalah ‘pesan hantar’. Bunyi agak janggal jugalah sebab tak biasa dengar.
Dalam bahasa inggeris, agent dropship dipanggil ‘dropshipper’. Namun istilah ini tidak terkenal di Malaysia dan kita biasanya sebut dropship atau agen dropship sahaja.
Margin keuntungan jadi dropship ni sekitar 10%-20% bagi produk fizikal dan boleh melebihi 70% bagi produk digital.
Maksud Agent
Sebenarnya dropship juga adalah agent. Tetapi di Malaysia ni, ada sikit beza agen dan dropship. Bila kita sebut perkataan “AGENT” biasanya merujuk kepada mereka yang beli dan pegang stok tapi tak sebanyak stokis. Postage agent yang kena buat. Margin biasa sekitar 30% dan agent dibenarkan cari dropship dibawah mereka.
Maksud Stokis
Jadi apa itu stokis? Stokis pula merupakan ejen syarikat yang membeli dan memegang stok dalam kuantiti besar. Modal besar biasanya ribu dan puluh ribu ringgit untuk jadi stokis. Margin keuntungan biasa sekitar 40% dan keatas. Stokis boleh rekrut agent dan dropship dibawah mereka.
Siapa Yang Boleh Jadi Dropship
Sesiapa sahaja boleh mendaftar diri sebagai agen dropship. Yang bekerja makan gaji atau pelajar pon boleh cuba. Sangat mudah untuk bermula kerana anda tidak perlu serabut uruskan stok. Dropship ni sesuai untuk mereka yang..
- Baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan
- Ingin mencari duit sampingan.
- Ingin test produk baru dulu dan ambil stok lepas yakin ada permintaan dari pembeli.
Untuk mereka yang mencari fleksibiliti dalam berniaga, bisnes dropship memang sangat-sangat saya galakkan. Sebabkan dropship tak pegang produk, jadi tak perlu risau pasal stok rosak dan stok tak terjual. Anda boleh fokus kepada aspek pemasaran dan biarkan aspek logistik diurus oleh HQ.
Banyak syarikat dekat Malaysia ni yang menawarkan sistem dropship antaranya TudungSiComel.com.
Bila anda daftar sebagai ejen dropship. Biasanya anda akan duduk samaada dibawah agent, stokis atau HQ. Yang terbaik duduk bawah HQ sebab banyak kelebihan. Tapi kalau nak duduk bawah agent atau stokis pon boleh, dengan syarat group mereka aktif. Jika tak aktif, inform HQ untuk minta tukar ke group lain.
Tugas Dropship
Tugas ejen dropship pada asasnya adalah menjual produk. Ini 3 langkah cara buat dropship.
- Marketing – Agen dropship akan membuat iklan pemasaran dan post di semua tempat untuk dapatkan jualan.
- Sales – Apabila ada yang berminat, bakal pembeli akan chat anda. Anda perlu melayan prospek tersebut hingga membuat pembelian dan menjadi customer anda.
- Customer service – Bila HQ dah pos barang, dapatkan tracking number dan hantar kepada pelanggan tadi.
Dekat Mana Nak Promosi Produk Dropship?
Marketing untuk droship ni ada dua jalan utama. Pilihan jalan ni bergantung kepada tebal poket anda.
Kalau bajet marketing kurang atau tiada. Guna pengiklanan organik percuma seperti Facebook, IG, Twitter, Tiktok, Youtube, Whatsapp. dan Telegram. Kena rajin post content dekat semua tempat. Nak income lebih usaha pon kena lebih la kan. Tapi lepas dah ada modal, cepat-cepat guna cara kedua!
Cara kedua adalah guna pengiklanan berbayar. Kalau anda serius nak buat duit dengan jadi agent dropship, anda harus kuasai ilmu pengiklanan berbayar. Dibawah adalah langkah demi langkah bagaimana agent dropship yang pro guna, untuk buat 5, 6 dan 7 angka sebulan.
- Bina kedai online. Boleh jadi sama ada website e-commerce, landing page atau kedai shopee.
- Buat iklan berbayar dan bawa ke website. Saya cadangkan guna TikTok Ads. Uji semua sudut iklan dan landing page untuk dapatkan winning ads.
- Tutup iklan yang tak cemerlang dan naikkan bajet iklan yang cemerlang.
- Bayar zakat lepas dah jadi kaya. 😆
Step nombor 1 tu penting sebab realitinya sebagai manusia, anda ada had berapa banyak chat WhatsApp boleh layan setiap hari. Bila ada website, tengah tidur pon sales boleh masuk.
Modal Untuk Bermula
Kebiasaannya yuran daftar sebagai dropship adalah percuma sahaja tanpa modal. Tetapi ada juga HQ yang mengenakan caj. Tapi kalau ada pon harganya murah dan sangat mampu milik. Ada HQ yang tidak mengenakan caj tetapi membuat yuran komitmen. Duit akan dipulangkan semula selepas tempoh yang ditetapkan.
Bagaimana Keuntungan Dropship dikira
Sekarang kita nak faham pula, macam mana kira keuntungan bila join dropship ni. Keuntungan dropship ditentukan oleh HQ. Lain HQ lain keuntungan yang ditawarkan. Ada yang memberi dalam bentuk peratus, dan ada pula memberi untung tetap untuk satu sesuatu produk.
Sebagai contoh, HQ A jual barang harga RM100. HQ bagi 20% keuntungan. Maka untung anda sebagai dropship adalah RM20.
HQ B pula, memberi keuntungan dropship tetap pada RM20 tak kisah berapa harga jual produk tersebut.
Atas tu kaedah paling biasa HQ buat. Tapi sebilangan kecil guna kaedah markup. Maksudnya dekat sini, HQ bagi harga dropship RM50 sebagai contoh. Lepas tu terpulang dekat nak dropship nak markup jual pada harga berapa. Nak untung besar jual mahal sikit.
Bagaimana Pembayaran Dropship Dibuat
Jika berlaku pembelian, biasanya ada dua cara bagaimana customer akan bayar.
Cara pertama, pembeli membayar terus ke akaun bank atas nama anda. Kemudian anda akan membayar HQ pula pada harga dropship. Beza baki adalah keuntungan anda. Cara ni sesuai kalau anda ada akaun bank semasa. Jika guna akaun peribadi cara ini tidak digalakkan kerana akaun berisiko disekat oleh bank. Keyakinan pembeli juga akan rendah jika guna akaun persendirian.
Cara kedua, pembeli bayar terus ke akaun bank HQ. Lebih mudah yakinkan pelanggan tetapi untung dropship tu dapat lewat sikit. Tempoh menunggu bergantung kepada HQ. Ada yang buat bayaran seminggu sekali, ada yang 2 minggu sekali dan yang buat sebulan sekali pon ada. Pastikan anda rekod setiap order yang masuk supaya untung diterima tidak kurang dari sepatutnya. Yelah, kadang-kadang HQ pon boleh buat silap kan.
6 Tips Dropship Untuk Beginner 🔥
- Untuk memudahkan proses pemasaran, pastikan HQ yang anda sertai menyediakan bahan-bahan pemasaran yang lengkap seperti gambar dan video. Content marketing tu mestilah menarik dan buatkan orang rasa nak membeli. Kalau HQ jenis malas buat content, tinggalkan je HQ tu. Sebab kalau content tak ada, macam mana dropship nak promote?
- Cari HQ yang menyediakan kelas atau support group. Ada HQ saya tengok, dia lepas tangan biarkan dropship struggle menjual. HQ yang bagus akan sentiasa beri galakan untuk dropship menjual. Bahkan mereka akan menghantar dropship ke kelas-kelas pemasaran dan jualan supaya sales dropship akan terus meningkat.
- Cari HQ yang bagi bonus atas jualan. Misalnya lepas dropship berjaya buat jualan RM1,000 pertama, HQ akan belanja tiket wayang. Lepas buat jualan RM10,000 sebulan pula akan dapat emas 999. Tu sebagai contoh sahaja. Tapi realitinya dekat luar sana, HQ yang menawarkan tiket Umrah dan pelancongan pon ada. Ini sebagai galakan untuk dropship terus mengejar jualan.
- Kalau boleh cari produk yang untung minimum RM10 dan profit margin 10% keatas. Jika produk yang anda jual untung terlalu kecil, agak sukar nanti bila nak buat iklan berbayar seperti Facebook Ads dan Tik Tok Ads.
Untuk permulaan, kebanyakan dropship memang akan guna medium percuma dengan cara pengiklanan organik tetapi sampai satu tahap, untuk tingkatkan jualan, seseorang dropship harus menggunakan pengiklanan berbayar. - Bukan produk pre-order dan HQ post barang setiap hari atau 2 hari sekali. Tempoh penghantaran sangat penting ya semua. Kalau lama sangat customer akan marah. Silap-silap boleh kena maki sampai down seminggu. Kalau customer order, esok paling lewat sepatutnya anda dah dapat tracking number.
- Yang terakhir dan paling penting! Jual produk yang ada permintaan dan anda memang minat jual produk tersebut. Jangan sesekali jual produk syok sendiri. Bagi masa 3 bulan dekat diri anda. Jual sungguh-sungguh dan kejar jualan. Jika memang tak boleh jual, maka produk tersebut mungkin tiada permintaan atau tidak sesuai dengan minat anda.
Klik sini untuk join dropship Tudung Si Comel.
4 Tips Mencari Syarikat Dropship 🔥
Ini dia 4 cara yang anda boleh guna untuk mencari dropship atau produk yang best dan menguntungkan. Best akan ikut minat anda. Dan menguntungkan pula adalah jual produk yang ada permintaan. Saya tak listkan secara spesifik dropship suppliers yang ada. Tapi saya kongsikan cara untuk mencari mereka.
- Cari di media sosial. Ada banyak syarikat diluar sana yang mencari agen dropship. Kadang anda akan nampak ayat iklan seperti ‘Agent Dropship Diperlukan!’ bila scroll media sosial. Di group-group komuniti Facebook juga selalu akan ada iklan mencari agen dropship.
- Guna Google. Cara yang mudah hanya perlu buat carian Google dengan menaip dropship baju, dropship tudung, dropship kosmetik dan daftar mana yang berkenan dihati dan HQ nampak meyakinkan.
- Selain itu anda juga boleh dapatkan produk dropship di Shopee dan Lazada. Cara yang biasa orang buat adalah, cari produk yang murah misalnya spray hilang karat RM20 di Shopee. Kemudian buat iklan berbayar dan jual pada harga RM50. Bila ada order, inform dekat penjual Shopee untuk poskan.
Tapi kalau nak buat cara ni, pastikan anda beritahu seller Shopee tu siap-siap yang anda nak jadi dropship dia. Jangan buat diam-diam. Sebab antara syarat muamalat Islam adalah barang tersebut mesti dimiliki oleh anda atau anda merupakan wakil yang sah untuk menjual produk tersebut. - Menggunakan software dropship dengan third party integration. Cara ni agak advance sebenarnya. Sistem dropship mereka menggunakan software automation untuk syncronize kedai online dan membolehkan anda memuat naik beribu produk dengan hanya beberapa klik.
Kedai online tu pula boleh jadi kedai Shopee, kedai E-Commerce, kedai Ebay dan kedai Amazon. Ini cara dropship jerung-jerung besar. Kurang sesuai untuk beginner.
Kekurangan Bisnes Dropship
Dari awal artikel saya banyak kongsi tentang kelebihan sistem dropship ni. Tetapi apa pula kelemahan bisnes dropship ni?
- Margin yang rendah. Nak mula sebagai dropship memang sangat mudah.Tetapi malangnya margin keuntungan sebagai dropship biasanya tidak besar berbanding menjadi agent atau stokis.
Jika anda ingin serius dalam berniaga, margin minimum yang anda harus peroleh adalah 30% bagi produk fizikal. Lagi tinggi lagi bagus. Sebabnya dalam bisnes ada banyak kos yang anda perlu tanggung antaranya kos sewa kedai dan pekerja.
- Risiko produk tak berkualiti. Sebabkan dropship tak urus stok, susah untuk kita kawal kualiti produk yang pelanggan terima. Jadi buat background check HQ yang kita join dan kalau produk tu tak terlalu mahal, kita sendiri beli untuk cuba.
Usaha kenal dengan owner syarikat untuk lihat adakah individu tersebut boleh dipercayai untuk kita buat bisnes jangka panjang dengan dia.
Penutup
Bisnes dropship ni sangat bagus untuk baru yang nak bermula. Nak upgrade jadi agent atau stokis tu tak wajib. Ikut objektif anda. Jika sekadar nak buat duit tepi, kekal sebagai dropship pon ok sahaja. Dapat topup duit gaji untuk bayar komitmen bulanan pon dah ok sangat kan.
Tapi untuk yang nak serious, ini peluang anda untuk buat duit dengan modal yang rendah. Rata-rata dropship boleh dapat 4-5 angka sebulan jika buat betul-betul. Masa adalah aset perniagaan. Mulakan sekarang dan kejar impian anda!