“Tulisan yang ditulis dengan jari, akan dibaca oleh mata… tulisan yang ditulis oleh hati akan sampai ke hati…“
Bukan nak berfalsafah tapi macam ada kebenarannya juga…
Apabila kita menjual/ berniaga dengan niat beribadah kerana Allah dan nak membantu orang dengan produk kita, in shaa Allah pasti ada nikmatnya berbanding jika menjual hanya untuk duit semata(tidak salah)…
Sekadar berfikir dan mengingatkan diri sendiri…
“Menjual bukan kerana terpaksa, tapi menjual kerana suka…”
“Business is about helping other people with some profit…”
Misi asal penubuhan TudungSiComel adalah kita nak membudayakan budaya bertudung seawal usia(sejak 2013) dan kita juga nak membantu ibu-ibu untuk lebih mudah mendapatkan tudung kanak-kanak yang selesa dengan harga mampu milik.
Ini misi asal penubuhan kita dan along the way kita acapkali tersasar misi nya. In shaa Allah we will get back on track dan akan cuba hasilkan lebih banyak koleksi tudung kanak-kanak yang ringkas dan selesa dengan harga mampu milik. In shaa Allah.
Terima kasih Rakan-rakan Usahawan kerana masih bersama hingga ke hari ini… semoga Allah kurniakan kejayaan dan rahmati kita semua dunia akhirat, aamiin.
Terima kasih dan sayang semua…
Syahruddin
Rakan Usahawan Comel
#TudungSiComel
30 Mac 2021 / 7.45 pagi