Misi Utama TudungSiComel

Selain dari ingin menjadi pembekal utama Tudung Sekolah di Malaysia, impian kita juga adalah ingin mewujudkan satu platform dimana dapat membantu ibu-ibu di Malaysia menjana pendapatan secara serius hanya dari rumah secara online.

pexels artem podrez 5125250 1
Photo by Artem Podrez: https://www.pexels.com/photo/a-person-in-pink-hijab-using-a-laptop-5125250/

BRAND IMAGE

Brand yang baik pastinya akan lebih memudahkan ibu-ibu untuk closing sale dan mendapat lebih banyak pelanggan dan jualan yang berterusan.

Pelanggan pastinya akan rasa lebih dekat dengan kita dan akan membuat belian berterusan, in shaa Allah.

Apabila kita menghargai pelanggan dengan menghasilkan produk yang baik untuk anak-anak mereka, pastinya mereka akan turut rasa gembira dan menghargai kewujudan kita.

testimoni tudungsicomel

Kita juga yakin, produk tudung sekolah dan tudung budak(sub product) merupakan produk keperluan dan memiliki permintaan yang tinggi. Justeru itu, brand yang baik pastinya sangat penting agar prospek dapat memilih produk kita untuk menjadi teman baik buat anak-anak mereka.

RESEARCH AND DEVELOPEMENT(R&D)

In shaa Allah, kita di TudungSiComel akan sentiasa berusaha untuk membuat Research & Development (R&D) dan mendapatkan feedback untuk menambahbaik produk kita dari segi pemilihan material yang baik, potongan tudung dan packaging agar pelanggan gembira membuat belian berterusan dan yang paling penting mereka selesa dengan tudung yang kita hasilkan.

Kita juga akan berusaha agar memperbaiki kualiti Bahagian Khidmat Pelanggan kita agar semua rakan usahawan dan pelanggan yang berurusan dengan kita akan rasa selesa dan gembira.

JANA PENDAPATAN SECARA SERIUS HANYA DARI RUMAH

Menjadi kegembiraan kita di TudungSiComel apabila melihat ramai ibu-ibu yang berjaya menjana pendapatan yang baik hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Tidak perlu bersusah payah menghasilkan produk dan menanggung sebarang kerugian yang besar, hanya perlu fokus kepada aktiviti sale sahaja.

sale RM80000.00 tudung sekolah dalam setahun
sale RM7500.00 tudung sekolah dalam sehari
sale 10000 tudung sekolah dalam setahun

Selain produk, kita juga sedang berusaha untuk hasilkan platform jualan dan pengurusan jualan yang mesra pengguna. Mudah-mudahan, ibu-ibu dapat berniaga dengan lancar.

KNOWLEDGE BANK

Kita juga sedang berusaha untuk mewujudkan Knowledge Bank dimana kita akan kumpulkan dan berkongsi ilmu-ilmu pemasaran semasa dan dengan ini kita sama-sama dapat berniaga dengan berilmu. Pastinya ada beza hasil antara berniaga dengan ilmu dan tidak.

MOHON DOA RAKAN-RAKAN

Kita sangat-sangat mengharap doa dari semua Rakan Usahawan TudungSiComel agar impian kita ini dapat menjadi kenyataan satu hari nanti. Aamiin

We may not yet perfect, but soon to be and keep improving… in shaa Allah

TudungSiComel adalah perniagaan kita bersama…

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment