Online Business dan Saya

Perhatian: Cerita ringkas ini bukanlah berkaitan saya, ianya adalah berkaitan anda… kisah diri saya tak penting, tapi diri anda yang penting… baca hingga habis, anda akan faham maksud saya, in shaa Allah.

Saya mula Online Business semenjak tahun 2005(mungkin awal lagi tapi tak berapa ingat sangat). Masa tue Facebook dan Youtube pun belum ada lagi rasanya 😊

Business pertama, saya jual barang golf secara online. Zaman tue Blog adalah medium utama kami 😊

Saya dropship dari eBay. Ambil gambar di eBay(produk luar negara), promote di blog saya dan apabila ada orang tempah, saya tempah di eBay post terus pada pelanggan.

Masa tue seingat saya, saya masih di TUDM Kuantan. Saya dulu askar/ airforce hehe, berhenti awal/ muda sebab lebih suka berniaga terutama business online.

Best apa buat biz depan komputer dari rumah jer, saya pun dulu dropshipper juga seperti rakan-rakan. Duduk depan komputer jer berniaga hehe… sambil buaikan anak di sebelah… 😅

Ingat lagi, favorite song anak saya tido… saya pasang CD Lullaby(dapat free beli papers)… sambil melayan pelanggan hehe…

Walaupun saya seorang dropshipper, saya jadi dropship dengan bersungguh-sungguh, saya serius sampai saya sanggup berhenti kerja tetap… anda sanggup ke? hehe…

Saya belajar tentang online business, saya beli buku itu dan ini(zaman dulu masih belum ada orang buat kelas/ coaching), saya nak jadi SEORANG PERNIAGA ONLINE YANG SERIUS dan bukan sampingan sekadar ikut-ikutan… jadi saya belajar sungguh-sungguh tentang ilmu online marketing…

Masa tue saya pangkat Kapten dalam Airforce… ramai orang kata rugi sebab saya berhenti awal, tak tunggu sampai pencen… nasib baik saya ada seorang wife(rusuk kiri) saya yang memahami hehe, nama dia Norfaizah(kena sebut, kang dia merajuk hahaha)… gaji dah stabil.. hidup dah senang, rumah takyah sewa sebab ada kuaters, jika sakit ada hospital tentera percuma dan lain-lain elaun 😅🙊

Kadet life 2001
Zaman kurus hehe…

Naik pangkat sikit lagi boleh dapat kereta tentera dan driver peribadi, best kan hehehe…

Tapi jiwa saya lebih kepada berniaga secara online, berniaga offline saya kurang sikit sebab saya pemalu orangnya 😅🙊

Ini antara blog terawal saya, masih wujud lagi walaupun dah bertahun-tahun tak update dan dah tak digunakan tapi masih ada customer yang bertanya 😅

Jemput la melawat, kenangan saya nie hehe…

BOGS – BudakBoy Online Golf Stall

Salah satu tools rahsia saya sepanjang saya berkecimpung dalam dunia online business adalah saya banyak menggunakan Fiverr.

Dalam tue lah saya dapatkan service-service murah serendah $5 sahaja… design web, buat blog, design banner, upah buat video promosi, design logo dan lain-lain… logo TudungSiComel sekarang pun hasil dari Fiverr la hehe… murah-murah ja.

Kalau web ada masalah, situ la saya cari web developer murah hehe… rahsia tau ^_^

Antara lain business online(dropship) saya sebelum ini (2010) adalah menjual ApamPolkadot dan juga durian crepe. Ala apam colourfull comel-comel tue dan durian crepe yang trending masa tue.

Blog ApamPolkadot.com dah takda tapi FB dia masih ada… KLIK SINI jika nak tengok2 hehe… zaman awal 2010 dulu, kalau ada 2000 likes page kira dah gempak la, ramai yang nak bekerjasama…

Apam Polkadot

CrepeDurian.com siap masuk Wanita Hari Ini, KLIK SINI kalau nak tengok cheff lelaki botak masak crepe durian, tapi mohon jangan gelak hahaha… ^_^

Crepe Durian
Jangan ingat saya tak pandai memasak hehe…

APA TUJUAN SAYA KONGSI?

Tujuan saya berkongsi bukanlan nak cerita yang saya telah berjaya, tidak sama sekali namun masih jauh perjalanan saya. Kisah saya tak penting, yang penting adalah saya nak rakan-rakan berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Bukan sekadar dropship biasa, tapi dropshipper yang berjaya. Alang-alang menyeluk perkasam….

Tak semestinya jadi dropship TudungSiComel sahaja, carilah peluang-peluang dropship yang ada di luar sana dan join mereka… belajar dari mereka juga. Tambah ilmu.

Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah saya bermula dari dropship seperti rakan-rakan juga… bukan setahun dua… malah dari 2005 dan ini bermakna hampir 10 tahun juga saya jadi dropship sebelum saya tubuhkan TudungSiComel.com pada tahun 2013.

TudungSiComel Sejarah
Test Market di Pasar Pagi dalam Kem MINDEFF…sejarah awal TudungSiComel ^_^

Namun saya jadi dropship dengan bersungguh-sungguh… saya sentiasa belajar dan saya berimpian satu hari nanti saya nak berhenti kerja dan berniaga dari rumah sambil lihat anak membesar di hadapan mata.

Hampa(korang) ingat senang ke nak berhenti kerja setelah selesa dalam tentera?

Saya berhenti pun secara senyap-senyap, agar ayah dan mak saya tak tahu huhuhu… punya lah nekad nak berhenti. Tapi akhirnya kantoi juga hehe (jangan tiru aksi ini).

Ya lah, dah pangkat Kapten kan, boleh kata selesa juga la dari segi kehidupan dan pendapatan. Cuma apa yang membuatkan saya berhenti adakah saya takda feel … saya lebih suka berniaga secara online; kerja depan komputer sambil jaga anak hehe…. what a life ^_^

Jadi saya yakin, jika rakan-rakan bersungguh-sungguh berniaga online, apabila database dah banyak, in shaa Allah pasti akan faham apa yang saya maksudkan.

Walaupun dropship tapi dropshipper yang BERILMU… tahu apa itu MARKETING STRATEGY dan MARKETING TOOLS… email marketing, advertorial, blogging, affiliate, database, leads, google adwords, fb ads, bing/yahoo ads, lead harvesting, minisite dan lain-lain semua dalam kepala jer hehe…

MMU
Sedang beraksi bersama tuan Saiful Nang dan Puan Elliyin (Elle Zada). Semua kontroversi hehe… (sila abaikan perut).

Ya kita bermula dengan langkah pertama… jangan la pula nak dibandingkan dengan orang yang dah lama berniaga. Nanti takut rasa rendah diri dan kecewa apabila iklan kita tak mendapat sambutan.

Tapi kalau boleh biarlah bermula dengan ILMU… kalau tak, berniaga dah bertahun-tahun, database pun tak simpan-simpan lagi… rugi woo hehe…

Apa pentingnya database? KLIK SINI.

Jadi, kepada rakan-rakan yang baru atau dah lama, jangan malas nak belajar… ilmu online marketing sangat besar… belajar dan terus belajar. Hingga sekarang saya pun masih belajar juga. Macam-macam tools dan kaedah baru wujud. So keep on learning.

Jangan nampak orang tempek iklan di FB Profile, kita pun tempek iklan di FB Profile… orang punya iklan banyak engagement tapi kita punya krik krik krik, kemudian kita rasa putus asa…

Orang tempek iklan DENGAN ILMU… orang buat Kolam Ikan, banyak ikan berenang-renang di Profile dia sedangkan Profile kita penuh dengan rumpai laut dan obor-obor hehe… apa itu kolam ikan? KLIK SINI 

So rasanya itu sahaja la apa yang saya nak sampaikan… secara ringkas… panjang-panjang hampa bukan nak baca hehe…

Jangan malas tuntut ilmu dan walaupun seorang dropship tapi jadilah dropship yang TERBAIK.

Jangan jadi dropship ikut-ikutan. Tahu apa itu dropship yang sebenarnya. Apa itu Dropship? saya pernah kongsikan sebelum ini, KLIK SINI 

Ok dah dah hehe… itu sahaja… sekian dan semoga bermanfaat ^_^

coke