Cash on Delivery TudungSiComel

Memandangkan ramai yang minta servis COD, jadi kita adakan servis nie melalui khidmat Ninjavan.

Ini peringkat trial dan mudah-mudahan lancar 😃

Buat masa sekarang kita hanya cover bagi Semenanjung sahaja dan hanya maksimum 7 item sahaja dalam satu-satu tempahan. Kita terpaksa kawal risiko jika ada pelanggan yang tak ambil tempahan yang dihantar.

Kita cuba dulu sebelum kita perluaskan ke Sabah/Sarawak dan juga servis DHL, in shaa Allah.

Harganya sedikit berbeza dari tempahan biasa. RM11.50 untuk seluruh semenanjung bagi 7 items dan ke bawah.

Semoga sedikit sebanyak memudahkan urusan puan berniaga 💪😃

Langkah dan panduan tempahan menggunakan kaedah COD

  1. Tempah menggunakan link affiliate peribadi dan TIDAK PERLU login ke akaun anda(belian secara affiliate).
  2. Ini kerana anda hanya akan terima komisyen affiliate sahaja untuk tempahan secara COD.
  3. Apabila pelanggan terima barangan dan urusan selesai, anda akan terima komisyen. Jika pelanggan tidak ambil barang atau pihak Ninjavan tidak berjaya buat penghantaran, komisyen affiliate akan ditolak semula dari akaun affiliate puan.
  4. Pihak HQ tak dapat uruskan tempahan secara dropship kerana prosesnya agak sukar dan berisiko kepada HQ. Kita belum pasti samaada pelanggan berjaya terima barang atau tidak.
  5. Risiko COD adalah apabila pelanggan tempah secara ‘main-main’ atau tidak berjaya dihubungi oleh pihak Ninjavan untuk penghantaran dan bungkusan akan dipulangkan semula ke HQ.

Hq kurang menggalakan rakan-rakan untuk promosikan program COD ini. Namun ianya adalah kemudahan tambahan yang HQ cuba sediakan sekiranya ada betul-betul pelanggan yang berada di kampung-kampung dan luar kawasan yang sukar untuk akses sistem perbankan dan betul-betul ingin membuat tempahan.

Program Affiliate TudungSiComel

Apa itu affiliate? Apabila ada pelanggan yang beli di web TudungSiComel melalui link affiliate anda, secara automatik anda akan terima komisyen dari belian mereka.

Best kan ?

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Affiliate kita, boleh baca sini:

  1. Apa bestnya Program Affililate ini ? – KLIK SINI
  1. Panduan mendaftar Affiliate – KLIK SINI

PENGUMUMAN- STRUKTUR HARGA BARU

Memandangkan sekarang kita menggunakan system affiliate dan apabila Rakan Dropship(DS) membeli dari HQ, DS akan mendapat juga Komisyen Affiliate(KA) dari Harga Istimewa DS(20%) selain untung runcit.

Jadi kita terpaksa susun semula struktur harga agar jumlah total untung runcit + komisyen affiliate akan tetap sama dengan jumlah totak untung rakan usahawan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, tudung sek awning scuba dijual pada harga RM19.90, harga special DS adalah RM12.90, jadi untung runcit DS adalah sebanyak RM19.90 – RM12.90 = RM7.00 (untung runcit).

Jadi apabila DS membeli dari web affiliate kita, DS akan dapat lagi tambahan komisyen affiliate 20% dari harga DS 12.90 dan menjadikan keuntungan DS lebih dari yang sepatutnya dan ini menyebabkan HQ mengalami kerugian.

RM7(Untung Runcit) + (20%xRM12.90) (Komisyen Affiliate) = RM9.58

Jadi HQ terpaksa mengstruktur semula harga DS bagi membolehkan untung runcit + untung komisyen = masih tetap RM7 +/-

Ini bermakna mulai sekarang, DS akan dapat 2 jenis pendapatan iaitu dari untung runcit dan komisyen affiliate.

Untung runcit(UR) = dapat terus masa menjual dari perbezaan harga.
Komisyen Affiliate(KA) = akan kita bayar setiap hujung bulan/pertengahan bulan jika cecah RM100 (payout minima).

Boleh rujuk senarai harga baru di bawah ya untuk semakan.

Panduan menukar “SLUG” /URL Link Affiliate

Selepas anda berjaya mendaftar di Program Affiliate TudungSiComel, pastinya anda akan share link affiliate peribadi untuk ditampilkan dimana-mana posting social media bagi pelanggan klik link tersebut untuk membuat pembelian.

Namun jika anda rasa slug anda kurang menarik dan ingin menukarnya, anda boleh rujuk panduan di bawah.

Tapi apa itu SLUG ? Slug adalah bahagian dari URL/permalink website anda yang merujuk pada sebuah konten secara spesifik. Slug berada di bahagian belakang dari permalink, setelah nama domain anda. 

Inilah contohnya:

Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk pertukaran slug tersebut ya.

Langkah 1:

-Log in ke akaun Tudungsicomel.com

-Kemudian klik Affiliate Area —–> Settings

Langkah 2:

– Setelah klik settings, scroll dibahagian bawah dan akan keluar paparan Custom Slug Settings

– Isikan nama yang anda ingin tukarkan dan pastikan nama tersebut hanya satu patah perkataan sahaja dan tidak boleh ada jarak (space) kemudian save profile settings.


Contoh:

Humaira ✔️
Humaira Ahmad ❌

Langkah 3:

-Setelah pertukaran nama baru di save, klik Affiliate URLs untuk dapatkan link URL baru affiliate anda yang telah di edit. Link tersebut boleh digunakan untuk setiap posting anda di social media dan pelanggan boleh klik link tersebut.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂

*PERHATIAN – Slug utama semasa anda mendaftar tidak berubah dan langkah ini hanya untuk menghasilkan slug baharu tambahan sahaja. Kedua-duanya slug lama dan baharu masih berfungsi seperti biasa.

Panduan menukar “Display Name” pada akaun Affiliate

Ramai yang bertanya, “boleh kah saya ingin menukar display name yang dipaparkan di web apabila pelanggan klik link affiliate saya?”

Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk pertukaran display name tersebut ya.

Langkah 1:

  • Kemudian —–> Account Details

Langkah 2:

  • Isikan nama yang anda ingin tukar di ruangan display name, kemudian klik save changes dan paparan nama tersebut akan berubah berdasarkan pertukaran terkini.

Langkah 3:

  • Untuk semakan, klik bahagian/menu shop dan display name yang ditukar akan dipaparkan.

Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂

Menjual kerana suka…

Tulisan yang ditulis dengan jari, akan dibaca oleh mata… tulisan yang ditulis oleh hati akan sampai ke hati…

Bukan nak berfalsafah tapi macam ada kebenarannya juga… 😃

Apabila kita menjual/ berniaga dengan niat beribadah kerana Allah dan nak membantu orang dengan produk kita, in shaa Allah pasti ada nikmatnya berbanding jika menjual hanya untuk duit semata(tidak salah)…

Sekadar berfikir dan mengingatkan diri sendiri…

“Menjual bukan kerana terpaksa, tapi menjual kerana suka…” 🥰

“Business is about helping other people with some profit…”

Misi asal penubuhan TudungSiComel adalah kita nak membudayakan budaya bertudung seawal usia(sejak 2013) dan kita juga nak membantu ibu-ibu untuk lebih mudah mendapatkan tudung kanak-kanak yang selesa dengan harga mampu milik.

Ini misi asal penubuhan kita dan along the way kita acapkali tersasar misi nya. In shaa Allah we will get back on track dan akan cuba hasilkan lebih banyak koleksi tudung kanak-kanak yang ringkas dan selesa dengan harga mampu milik. In shaa Allah.

Terima kasih Rakan-rakan Usahawan kerana masih bersama hingga ke hari ini… semoga Allah kurniakan kejayaan dan rahmati kita semua dunia akhirat, aamiin.

Terima kasih dan sayang semua… 😊💪

Syahruddin
Rakan Usahawan Comel
#TudungSiComel
30 Mac 2021 / 7.45 pagi

Sebelum berniaga online, kena tahu ini… berniaga nie simple jer… tapi…

Sebenarnya berniaga nie simple jer… cuma kita kena tahu lah asas-asasnya terlebih dahulu. Bukan semberono sahaja.

Antaranya kita kena tahu dan mesti betul-betul kenal produk yang kita nak jual, kepada siapa kita nak jual, di mana mereka berada, bagaimana produk kita dapat bantu mereka dan bagaimana kita nak setting kan iklan agar prospek dapat lihat iklan kita berulang kali sampailah mereka membelinya.

Cuba jawap soalan ringkas ini:

1. Apakah produk kita dan siapakah prospek(potential customers) kita?
2. Bagaimana produk kita dapat membantu memberi manfaat pada prospek?
3. Di mana prospek kita berada?
4. Bagaimana kita nak buatkan iklan kita supaya mesej kita sampai kepada mereka berulang kali?

**Sila salin jawapan di atas kertas dan ulang lihat agar kita tidak hilang fokus. Tanpal di dinding tempat kita kerja (workstation). Jawapan ini nampak simple, tapi kalau kita terlupa dikutiri kita akan hilang arah.

If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles…” ~ Sun Tzu


Apabila kita dapat menjawap soalan-soalan di atas, pasti lah akan lebih mudah nak menjual nanti.

Proses menjual nie mudah sahaja…

1. Ada produk. Kalau boleh produk keperluan kerana ianya lebih mudah terjual.

2. Kenalpasti siapa prospek kita dan kaji di mana mereka berada supaya kita tak buat kerja sia-sia. Contoh kerja sia-sia adalah menjual ‘ais batu’ pada penduduk eskimo(kutub utara) hehe…

3. Setelah kita kenalpasti siapa mereka dan di mana mereka berada, buat iklan tujukan terus pada prospek dan tonjolkan bagaimana produk kita dapat bantu dan beri manfaat pada mereka.

Ada perbezaan antara iklan bagaimana produk kita dapat bantu mudahkan urusan harian prospek berbanding iklan yang memuji produk/diri sendiri. Cuba belajar bezakan dan in shaa Allah nanti saya akan cuba buat penerangan lebih lanjut berkaitan ini.

Itu sahaja… mudah kan hehe…

Buat la iklan sebanyak mungkin supaya prospek dapat lihat iklan kita berulang kali.

Ikut kajian prospek perlu lihat iklan kita sekurang-kurangnya 7 kali(The Rule of 7) sebelum mereka akan mula engage dengan iklan kita. Itu pun kalau iklan kita kena pada sasaran la.

Kalau kita jual ais batu dan iklankan pada penduduk eskimo, buat 1000 kali iklan pun tak berguna hehe…

Jadi simple kan… kenapa nak pening-pening… kalau produk kita tue memang dah provent ada pelanggan seperti Tudung Sekolah (produk keperluan), in shaa Allah tugas kita lebih mudah. Hanya perlu gandakan aktiviti pengiklanan sahaja.

Semoga bermanfaat… ^_^

Wallahu a`lam…

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security