PROGRAM SUBSIDI SHOPEE ADS TUDUNGSICOMEL 😊

PROGRAM SUBSIDI SHOPEE ADS TUDUNGSICOMEL 😊

HQ kita nak sponsor Shopee Ads pada puan. Sebab Shopee ads sangat penting. Kalau kita tak buat ads, listing produk kita akan berada jauh di page belakang-belakang listing shopee dan ini membuatkan susah pelanggan nak jumpa kita.

Biasanya orang akan search di page-page depan jer. So kita akan buat iklan sekurang2nya RM3 sehari bagi tudung rejek kita.

Kos iklan RM2.54 sahaja(rujuk gambarajah atas), dapat pulangan RM124.60… best kan hehe… sementara gambarajah di bawah pula spend ads RM6.33, pulangan hampir RM200… ok la kan untuk permulaan sementara nak dapatkan momentum.

Kita bermula dengan RM3 sehari dahulu(jangan gelojoh hehe) selama 2 minggu dan kalau prestasi baik, baru kita tambah ads budget, in shaa Allah 😊

Caranya untuk dapatkan subsidi shopee ads adalah:

  1. Buat shopee ads RM3 sehari untuk tudung sekolah rejek TSC selama 14 hari. Jika kurang jelas/tertinggal info boleh join group support shopee kita dan bertanya di sana ya.

    Kita buat ramai-ramai untuk dominasi page utama Shopee dan ini diharapkan dapat tingkatkan keyakinan prospek pada produk kita dan membeli dari anda.

    Dicadangkan guna gambar cover yang sama dan setting yang sama serendah RM6.90 (letak inner dalam listing).

    Boleh juga rujuk panduan kita sebelum ini Bagaimana nak set harga promosi di Shopee dan panduan Strategi setting harga di Shopee supaya kelihatan murah.

  2. Total ads spend 14 hari x 3 = RM42 sahaja.

  3. Print Screen bukti spending apabila dah cecah RM42(rujuk contoh gambar) dan whatsapp admin 011-56493906 untuk claim subsidi RM20 dari HQ.

    http://wasap.my/601156493906/nak_claim_subsidi_shopee_ads

  4. Kita akan berikan 4 kod kupon RM5(sekali penggunaan). Kupon RM5 x 4 yang boleh ditebus semasa membuat tempahan nanti untuk pelanggan.


Jika kurang faham bagaimana nak buat ads, boleh rujuk panduan shopee keywords ads di youtube dan google, banyak dikongsikan secara percuma dan berbayar.

In shaa Allah beramal dengan ilmu akan lebih berhasil… Iqra`

Salam kejayaan ^_^

Bagaimana Nak Set Harga Promosi di Shopee?

Sebagai contoh harga tudung rejek scuba kita set seperti harga retail biasa RM19.90. Kemudian kita nak jadikan harganya RM8.90(harga promosi).

1. Set harga seperti biasa RM19.90 semasa listing.

2. Kemudian setelah siap. Pergi pula ke menu Marketing Center dan cari Sub Menu Discount Promotion.


3. Create Promotion


4. Set harga promosi RM8.90 (buat secara manual, bukan gunakan Bulk % tue.


Siap, tunggu beberapa ketika, nanti Shopee akan tukarkan kepada harga promosi.

Strategi Setting Harga Shopee – Harga Kelihatan Murah

Untuk membuatkan listing kita kelihatan serendah RM6.90 untuk tudung sekolah. Sila ikut langkah di bawah:

1. Set 2 Variation. Variation 1 letakkan warna dan Variation 2 letakkan saiz dan kemudian letakkan Inner Rainbow di bawah variation 2 selepas size L.


2. Kemudian Inner Rainbow akan ada di bahagian bawah Variation List dan set harga kepada RM6.90 (harga biasa) dan letakkan kuantiti ikut cadangan semasa.

Itu sahaja dan kemudian save.

BAGAI MANA PROGRAM GROUP NELAYAN BERFUNGSI

BAGAI MANA PROGRAM GROUP NELAYAN BERFUNGSI

Apabila kita ber iklan dengan influencer dan apabila ada prospek yang berminat, kita akan minta mereka klik pada satu link untuk kita dapatkan butiran mereka.

Kemudian butiran Nama dan No Tel mereka akan secara automatik dihantar ke group Telegram di mana di situ ahli group(Nelayan) akan memancing ikan(prospek) hehe.

Bagaimana ianya berfungsi apabila pelanggan berminat untuk membeli?

  1. Pelanggan klik link pada iklan yang dibuat.
  2. Isi borang; nama dan no tel.
  3. Secara automatik sistem akan hantar maklumat pelanggan ke group Telegram seperti format dalam gambar di atas.
  4. Kita akan beri no giliran setiap ahli group dan akan membantu pelanggan ikut no giliran yang tertera.
  5. Apabila sampai giliran, rakan usahawan haruslah reply pada ikan tersebut bagi menandakan ikan itu dah dituntut.
  6. Jika sedang sibuk dan tidak menuntut ikan dalam masa 5 minit, ikan tersebut boleh direbut oleh rakan-rakan lain pada minit ke 6 dan ke atas. Ini bagi memastikan pelanggan dibantu dengan cepat dan tidak tertunggu lama.

Setiap group kita cuba hadkan kepada 10-15 orang sahaja agar rakan-rakan dapat manfaat darinya.

Mudah kan? 🥰

In shaa Allah kita akan umumkan maklumat lanjut menerusi group support whatsapp kita dari masa ke semasa.

**Setiap nelayan perlu install app Telegram sebab kita akan menggunakan group Telegram nanti.

4 langkah mudah untuk naik kan keyakinan prospek

Assalamualaikum Rakan Usahawan yang dihormati =D

Salah satu faktor yang mampu(in shaa Allah) membuatkan prospek membeli dari kita adalah YAKIN.

Apabila hadirnya perasaan yakin dalam diri mereka, lebih mudah untuk kita closing sale =D

Bagaimana nak hadirkan perasaan yakin tersebut?

Salah satu cara(dari banyak-banyak cara) adalah dengan ikuti 4 langkah mudah di bawah:

1. Pertama sekali kena wujudkan page di Facebook(jika belum ada).

2. Hasilkan album dengan tajuk Testimoni

3. Pin Postkan album tersebut di wall facebook kita supaya apabila prospek masuk ke page kita, perkara pertama yang mereka nampak adalah testimoni.

4. Sebilang masa/kalau boleh sekerap mungkin/setiap hari , tambah satu atau dua testimoni baru dalam album dan dengan ini biasanya Facebook akan sebarkan(viewers) juga album kita kepada umum.

Sebab setiap kali kita tambah gambar, facebook akan bagi tambahan view juga pada likers kita dan ini akan menyebabkan mereka kerap kali nampak testimoni kita selain pin post.


Sekian, mudahkan?(kalau dah tahu, tapi tak buat tak bermanfaat juga hehe) ^_^

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat =D

**Mana nak dapat testimoni banyak-banyak? Boleh ambil sahaja di page Facebook TudungSiComel, di Telegram Testimoni dan juga di blog kita.

Jika ada testimoni terbaru, kongsi la dengan HQ supaya kita dapat sama-sama kumpul untuk manfaat kita bersama.

Kaedah Promosi Tudung Sekolah

Assalamualaikum rakan sahabat sekalian 😃

Hari nie saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang. Mohon baca slow-slow dan fahamkan ya … mudah2an puan berjaya, Aamiin 😃

tudung sekolah

Sebenarnya, cara promosikan tudung sekolah dan tudung kasual(produk-produk perhiasan) adalah sedikit berbeza… 😃

Tudung Sekolah – kita kena faham bahawa orang membeli tudung sekolah bukanlah sebab cantik… bukan sebab “wah cantiknya tudung sekolah nie, nak beli lah…” . Oh tidak hehe… 😅

Sebab tudung sekolah sama sahaja design nya dan kita kena faham bahawa ianya adalah produk keperluan.

Jadi orang akan membeli setelah tudung yang dipakai oleh anaknya telah lusuh, koyak dan perlu ditukar. Jadi apabila sampai masanya, baru mereka akan mencari tudung sekolah untuk digantikan dengan yang baru 😃

So cara yang baik adalah kita sebagai penjual tudung sekolah, haruslah sentiasa buat posting di social media berkaitan tudung sekolah dan biar prospek ingat kita(melekat di minda mereka) sebagai penjual tudung sekolah… ingat tudung sekolah… ingat puan… ingat puan.. ingat tudung sekolah… sebut sahaja nama puan, mereka akan terbayang tudung sekolah… gitueee hehe… 😊

Tiada masalah jika kita nak jual produk selain tudung sekolah, cuma posting berkaitan tudung sekolah harus sentiasa keluar setiap masa dan sekerap mungkin 😃👌

Apabila sampai masanya , mereka ingat kita dengan posting-posting yang kita buat selama ini dan akan pastinya potentsi untuk mereka mencari kita adalah lebih tinggi.

Jadi apa boleh kita buat adalah:

  1. Selalu buat posting di IG dan FB berkaitan tudung sekolah. Boleh set schedule post terus(lebih mudah), boleh set pagi, tengah hari, petang dan malam setiap hari.
    Rujuk: https://tudungsicomel.com/usahawan/rahsia-tenik-edarkan-80000-flyers-secara-percuma/
  2. Letakkan Profile Image/Header Facebook atau IG kita kepada gambar2 berkaitan tudung sekolah supaya mereka tahu kita masih menjual tudung sekolah.
  3. Perbanyakkan artikel berkaitan keyword ‘tudung sekolah’ agar apabila mereka search di FB/IG/Google nanti, posting kita akan keluar dan mudah untuk mereka mencari kita.
    Rujuk: https://tudungsicomel.com/usahawan/apa-pentingnya-keyword-atau-katakunci/
  4. Tonjolkan keistimewaan tudung sekolah kita supaya mudah prospek ingin buat keputusan; Lycra Korea, Jaminan 180 Hari, dan lain-lain yang dirasakan sesuai 🥰

Ingat , menjual tudung sekolah memerlukan masa sebelum prospek mula kenal kita dan mula engage dengan kita… period . 😃

Jadi jika kita buat posting dan tiada orang engage/membeli, jangan putus asa sebab prospek kita mungkin belum sampai masanya nak menukar tudung anak mereka lagi… in shaa Allah apabila sampai masanya, mereka akan cari kita jika kita tonjolkan diri kita sebagai penjual tudung sekolah yang jujur dan mesra 😃👍💪

Salam kejayaan.

Kita Semua Ibarat Nelayan

Kita semua ibarat nelayan… Cuma kita nie nelayan di darat hehe… Mencari rezeki dengan menangkap ikan(pelanggan) 😊

Jadi, sebagai nelayan, kita perlu tahu apa jenis ikan yang kita nak tangkap(prospek) dan umpan apa kita nak pakai(produk) 😃

Kalau kita nak tangkap ikan jerung, takkan nak guna umpan cacing pulak kan?

Jika nak tangkap jerung, takkan kita nak guna mata kail ikan keli? Senyum jer jerung tue nanti 😅

Kita kena tahu mata kail besar mana nak pakai…. ikan kita suka makan apa… Siapakah mereka dan di manakah mereka berada?

Lagi banyak data kita(iqra’), lagi senang kita nak tangkap mereka.

Kita boleh pilih nak jadi nelayan hebat atau nelayan tangkap muat.. ia terpulang pada diri kita sendiri.

Mari kita renung-renungkan dan selamat beramal 😊

Syahruddin
Rakan Usahawan Comel 😁
TudungSiComel

KENAPA SAYA BUAT IKLAN, TAPI KURANG BERKESAN…OH KENAPA!?

Buat iklan nie sebenarnya sama seperti zaman kita muda remaja dulu(pada yang dah tua macam saya laa hehe), zaman mengorat makwe/pakwe, zaman cintan cintun hehe… 🤭

Kalau kita meminati seseorang, apa kita buat? Adakah kita terus pergi dekat beliau dan cakap:

Saya cantik, saya rajin, saya baik hati, boleh saya jadi makwe/pakwe awak?” 🤭

Semestinya tidak kan? … then apa kita buat?

Pastinya kita akan berpakaian cantik2, makeup tebal2, pakai minyak wangi satu tempayan bagi si dia perasan yang kita cantik, kita menarik( branding/brand image/attraction/unconscious mind manipulation ).

Dan kita akan selalu buat-buat terserempak( awareness/mind maping ) dengan si dia kan… siap buat jadual jam berapa si dia akan lalu jalan nie, jam berapa si dia akan keluar makan di kantin.. dan kita pun mulalah ada sahaja di sana hehe… 🤭😅

Adakah pertama kali si dia jumpa kita terus ajak dating(membeli)?

Semetinya tidak… si dia kena la terserempak dengan kita banyak kali dulu, baru la lama kelamaannya akan timbul rasa minat( the rule of sevent ). Mungkin akan ambil masa yang agak lama… tapi jika kita cepat berputus asa, harapan kita untuk memiliki si dia pastinya tipis.. lepas tue mula la terfikir… apa pasal makwe tue tak cun pun tapi pakwe dia hensem giler?!! sebab yang tak cun tue la keSABARannya TINGGI hehe… 🤭

So nampak tak apa yang saya cuba nak sampaikan?

Proses iklan pun sama… bukan boleh terus puji produk kita… puji diri sendiri… sesetengah orang akan rasa meluat… poyolah… 🤣

“Belilah tudung saya, tudung yang saya jual nie paling cantik di dunia, tudung saya hebat, tudung saya blaa blaa blaa… belilah!” 😅

Tapi gunakanlah teknik penyampaian secara halus/unconscious mind maping … gambar yang cantik, penampilan produk yang kemas, nampakkan faedah kepada mereka(bukan dengan teknik puji diri sendiri) then baru orang akan lihat dan fikir sendiri… “menarik la produk tue”

Dan bila sekali buat posting iklan, jangan la harap orang akan terus jatuh hati… pastinya akan ambil masa… mula-mula bertentang mata, lepas tue bermain mata, jeling menjeling, bertegur sapa, berjumpa-jumpa, lepas tue baru la jumpa mak ayah… pastinya ambil masa… kena IKLAN DENGAN SABAR… it`s a process 😊

Banyak dari kita(termasuk saya sendiri 🤭😅) post iklan terus harap orang nampak dan beli, lepas tue bila orang tak beli rasa kecewa dan cakap produk nie tak laku… relaks dulu… proses mengorat pasti ambil masa… jangan gelojoh hehehe…

Kalau kita asyik puji diri sendiri pun, pakwe/makwe nanti lari pula… POYO‼ 🤭

So secara ringkas apa saya nak cakap adalah:

  1. Jangan Poyo – puji produk sendiri(kena bagi orang rasa produk kita bagus secara tak sedar ).
  2. Jangan Gelojoh – sabarrrr… kalau orang boleh, kita pun pasti boleh in shaa Allah.

Sekian tazkirah 😅

Yang comel(tapi tak lembut hehe) 🥰🤭

Syahruddin
Tukang Jahit
TudungSiComel

Bagaimana nak bina Kolam Ikan Paus?

“Nak memancing ikan paus, jangan la pancing kat sungai belakang rumah kita, sampai kiamat pun in shaa Allah tak dapat” 😅

Jika kita menjual produk yang pada pandangan kita harganya agak tinggi, janganlah jual pada mereka yang kurang berkemampuan, kita jual lah pada mereka yang ada kemampuan… mudah sahaja kan? 😂

**Penafian: Semua golongan, waima berpendapatan rendah atau tinggi, semua ada fungsi masing-masing di muka bumi ini. Artikel ini tidak bertujuan memandang rendah pada sesiapa, ini hanyalah subjek Target Market / Market Segmentation.

Jika kita terus memancing ikan paus di sungai belakang rumah kita, sampai bila-bila pun tak dapat ikannya…

Jadi hari ini saya sediakan panduan ringkas bagaimana nak promosikan produk yang pada pandangan kita agak mahal harganya itu.

❗ Harga mahal atau murah sesuatu itu adalah sangat subjektif sebenarnya. Bagi orang berduit, mungkin pada mereka nilainya murah.

Bagi orang biasa, Kereta BMW mungkin mahal, tapi bagi orang ada duit, BMW macam Kancil jer, berderet di halaman rumah 😁

Ada 2 cara:

1. Cari di mana mereka berada dan promote pada mereka.
2. Bina Kolam Ikan Orang Ada Duit sendiri.

So hari ni kita kongsi panduan membina kolam ikan orang yang ada duit:

1. Pergi ke page-page Facebook/IG yang menjual produk-produk muslimah(ibu-ibu) yang kita rasa ianya agak mahal/harga tinggi seperti page-page menjual tudung-tudung/jubah-jubah mahal. Bukan yang harga RM100 ke bawah.

2. Kemudian lihat pada bahagian komen…lihat siapa yang komen berminat/PM/Nak beli dll..

3. Add la mereka semua sebagai friends sebab majoriti mereka pastinya ada duit hehe…

Kumpul lah banyak-banyak mereka dalam satu profile baru atau page baru… kolam ikan-ikan Paus hehehe… carilah yang minat tudung dan jubah muslimah, so kebarangkalian dorang nak beli tudung untuk anak mereka pun tinggi juga..


Siapa kata produk mahal nie susah nak jual? Sebenarnya kalau kita jumpa kolam atau hasilkan kolam yang betul, in shaa Allah mudah.

Kita nak jual pada orang yang ada duit, kita kena put ourself on their shoes. Kita kena faham cara dorang berfikir dan membeli.

Mungkin kita suka yang murah, janji boleh pakai. Tapi ada orang suka produk yang berkualiti dan sanggup spend duit. Bagi mereka, RM100.00 mungkin macam RM10 sahaja pada kita.

Kita kena pecahkan tembok kepercayaan kita sendiri. Yakin BOLEH!

So, kat mana kita nak cari page-page yang jual produk-produk mahal nie? Saya tak dapat nak reveal semua sebab nanti semua sama hehe… apa saya boleh bagi hint adalah:

Hehe selamat berjaya 😊

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security