Membina Kolam Ikan

Sebelum kita teruskan, saya nak tanya satu soalan.

Jika kita ingin memancing ikan, antara 2 kolam di bawah yang mana kita akan pilih?

Kolam A yang dipenuhi ikan dan Kolam B yang dipenuhi pelbagai hidupan air(campur-campur).

Kolam Ikan A
Kolam Ikan B

Saya yakin anda akan pilih kolam yang banyak ikan hehe…

Hari ini saya akan tunjukan pada anda, satu cara menjadikan Facebook Profile atau Page anda sebagai kolam ikan yang dipenuhi ikan(prospek).

Teknik ini dipanggil STRATEGI INTAN.

Ok, apa yang membezakan antara Pro Seller dan juga Newbee adalah ILMU.

Ramai dari kita apabila lihat orang promosikan produk di Facebook, kita pun turut promosikan juga produk di Facebook.

Tapi orang punya post banyak engagement dan customer, kita punya…krik krik krik jer… kenapa?

Sebab mereka buat dengan ILMU dan kita buat hanya sekadar ikut-ikutan dan tak tahu apa strategi sebenar mereka.

PROFILE & page KHAS(KOLAM)

Kembali pada persoalan kita tadi, kenapa orang lain promote kat FB, dia punya engagement banyak dan kita punya suam-suam suku?

Jawapannya adalah, dorang dah buat profile atau page khas untuk menjual tudung sekolah.

Dorang hasilkan profile/page asing(kolam) dan dorang hanya invite friend prospek berpotensi sahaja masuk ke kolam tersebut.

So sebagai contoh, kita jual tudung sekolah, jadi kita hanya perlu add friends dari kalangan ibu-ibu yang ada anak perempuan dan berpotensi menjadi pelanggan kita sahaja.

Persoalannya adalah…

DI MANA KITA NAK JUMPA PROSPEK-PROSPEK YANG BERKEMUNGKINAN BESAR NAK MEMBELI INI?

1074d13f 0496 4fe0 9afe b5617e25152c

Apa susah hehe…

Boleh melawat page-page orang yang menjual tudung / baju / telekung kanak-kanak, dan cari siapa yang berminat nak membeli produk mereka(yang komen PM).

Itu bermakna mereka adalah prospek berpotensi besar yang targeted untuk membeli juga tudung sekolah kita.

Add la dorang sebagai friend kita hehe. Facebook page pun kini dah boleh add friends juga tau.

Kita cuma nak add dorang jadi friend kita dan nanti kita boleh promosikan pada mereka di dalam kolam kita sendiri.

POTENSI KEUNTUNGAN

Bayangkan kita ada 5000 ikan(prospek) dalam kolam sendiri… kalau apabila kita buat iklan 10%(engagement tinggi sebab semua highly targeted prospek) membeli… menjadikan 500 pelanggan.

Kalau sorang pelanggan beli 3 helai… jadi 500 x 3 = 1500 helai. Bayangkan jika sehelai untung RM7.00

1500 x RM7.00 = ?? (Kira la sendiri) hehe…

Bayangkan juga jika kita rajin… kita add sampai 20,000 friends ke page kita.

Kalau ada 20,000, bayangkan sekali iklan, dapat 10% sahaja dah 2000 yang membeli… sorang beli 3 helai:

2000 x 3 helai = 6000 helai

Satu helai untung RM7.00

Jadi potensinya adalah

6000 x RM7.00 = RM42,000.00

Menarik bukan? hehe

RINGKASAN – LANGKAH MUDAH

  1. Hasilkan FB page baru khas untuk menjual tudung sekolah.
  2. Add lah prospek ke page atau profile anda.

Itu sahaja… dua langkah jer hehe… mudah kan?

Pastikan hanya add / invite prospek-prospek yang pernah PM / Komen berminat di wall FB Page penjual tudung / telekung budak sahaja ya.

AMARAN – Pastikan profile atau page tue letakkan NAMA PERIBADI dan BUKAN nama perniagaan. Sebab teknik menjual ini adalah menggunakan kaedah SOFT SELLING dan STORY TELLING.

Tapi kena la jaga etika dalam kolam tue, ramai orang memerhati. Kongsikan info-info bermanfaat. Jangan terlalu menjual sangat. Orang takut dengan penjual hehe.

Gunakan teknik SOFT SELLING dan STORY TELLING.

Strategi Pemasaran Intan

Inilah kenapa saya panggil strategi nie sebagai Strategi INTAN!

Kawan-kawan ingat ini adalah orang yang sama atau berbeza?

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment