Panduan Membuat Bayaran Secara Pukal

Salam rakan-rakan, sekiranya rakan-rakan ada menerima tempahan yang banyak dalam satu hari atau satu-satu masa, tidak perlu buat bayaran satu persatu untuk setiap ID.

Untuk lebih mudah, boleh terus buat bayaran secara pukal untuk semua ID dan buat Pengesahan Bayaran juga secara pukal dengan senaraikan ID-ID yang termasuk dalam bayaran pukal tersebut.

Contohnya kita ada 3 ID:

ID 1 – RM10
ID 2 – RM10
ID 3 – RM20

Jadi hanya terus buat bayaran RM40 serentak untuk ketiga-tiga ID buat Pengesahan Bayaran dan senaraikan ID-ID apa yang termasuk dalam bayaran tersebut diselangi dengan koma(,) dan tulis ayat BULK di hadapannya (rujuk gambarajah di bawah).


Bahagian akaun kita kemudian akan semak adakah jumlahnya tepat dan sekiranya tepat, baru pihak pembungkusan kita akan membuat pembungkusan dan penghantaran.

Leave a Comment

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security