Berikut adalah panduan apabila anda menerima tempahan dari pelanggan dan bagaimana cara anda boleh membuat tempahan bagi pihak pelanggan anda di web TudungSiComel.
Rujuk langkah di bawah cara untuk submit tempahan pelanggan anda.
Langkah 1 : LOG IN KE AKAUN ANDA
a. Log in dahulu ke account TudungSiComel anda untuk mendapatkan harga istimewa dropship.
b. Klik pada menu PRODUK > SHOP untuk pilihan item.
Langkah 2 : PILIH PRODUK DAN CHECK OUT
a. Setelah klik pada pilihan item yang ditempah (add to cart), klik view cart untuk semak semula item tempahan pelanggan sebelum proceed to checkout
Langkah 3 : ISI BUTIRAN PELANGGAN
a. Setelah anda klik pada proceed to checkout, isi butiran pelanggan untuk proses pengeposan dan rate postage akan dipaparkan berdasarkan negeri, poskod dan berat item
b. Bagi maklumat No. Telefon sila masukkan No. Telefon pelanggan kerana tracking number akan diterima terus kepada pelanggan tersebut
c. Bagi maklumat email, sila masukkan email dropship kerana invoice tersebut adalah paparan harga dropship
d. Jika pelanggan perlukan invoice/receipt boleh hubungi admin Mira untuk bantuan receipt secara manual
e. Seterusnya, klik pada pilihan kurier yang dikehendaki dan untuk pembayaran boleh klik tempah sekarang
Langkah 4 : Pembayaran
a. Selepas anda klik tempah sekarang, dan paparan yang akan keluar ialah pilihan pembayaran yang perlu di buat secara online banking.
b. Klik sahaja pada paparan bank anda dan klik proceed.
Langkah 5 : Tempahan Berjaya dan ID Tempahan
a. Setelah pembayaran berjaya dibuat, akan keluar seperti paparan di bawah berserta no id tempahan pelanggan sebagai rujukan anda.
Proses Pembungkusan dan Penghantaran
1. Proses pembungkusan biasanya mengambil masa:
a) 1-2 hari bekerja pada bukan musim puncak tempahan tudung sekolah.
b) 3-5 hari bekerja pada musim puncak tempahan tudung sekolah.
2. Proses penghantaran bergantung kepada pihak syarikat penghantaran dan kebiasaannya mengambil masa 3 ke 5 hari bekerja.
Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂
Update: 23 November 2022