Ini adalah panduan dan langkah untuk anda buat Split Order jika berlaku percampuran tempahan antara produk yang anda sync kan dengan Web DropshipTudungSiComel.com dan juga produk yang anda upload secara manual / jual sendiri / seller lain.
1. PANDUAN SPLIT ORDER DI TIKTOK
Sebelum anda buka web sync DropshipTudungSiComel.com, anda perlu buat Split Order terlebih dahulu di Tiktok Seller Center. Antara langkah untuk Split Order di Tiktok:
a) Anda perlu buka Tiktok Shop Seller Center anda.
Klik Order > Manage Orders > Awaiting Shipment.
Anda boleh lihat di sini kita ada dua produk iaitu satu produk yang dah sync dengan Web DropshipTudungSiComel.com dan satu lagi yang kita upload produk secara manual.
b) Klik pada ‘Split Order’ pada bahagian butang 3 titik sebelah kanan.
c) Anda perlu asingkan produk yang tak di sync dengan Web DropshipTudungSiComel.com ke package 2. Klik sahaja ‘Move to new package’.
d) Seperti anda lihat gambar dibawah ini. Ini adalah contoh selepas anda klik ‘Move to a new package’. Dan klik button Arrange Shipment di bawah.
e) Selepas itu, akan keluar paparan ini. Anda perlu tanda pada package 2 untuk dapatkan AWB . Klik ‘Arrange Shipment’
*Untuk AWB package 2 ini , anda perlu submit di web TudungSiComel.com secara manual seperti biasa.
Dibawah ini adalah panduan dalam bentuk video . Anda boleh sahaja tonton video panduan di bawah :
2. PANDUAN SPLIT ORDER DI SHOPEE
Jika anda belum apply option split order di shop anda, sila apply dan isi form dahulu bagi option split order di SINI
Jika anda dah apply option tersebut, boleh rujuk panduan di bawah bagi penerimaan tempahan split order.
a) Anda perlu buka Shopee Seller Center.
My Shipment > To Ship > To Process
b) Cari produk yang perlu Split Order dan klik pada Order ID tersebut untuk kenal pasti sama ada produk yang anda sync bercampur atau tidak dengan produk anda yang lain.
c) Pastikan SKU produk tersebut bermula dengan huruf TC.
d) Klik button ‘Split Order’ di sebelah kanan.
e) Anda perlu split kan tempahan sama ada Package 1 atau Package 2
f) Pilih produk yang dah sync masukkan ke Package 1, manakala Package 2 anda masukkan produk yang anda upload sendiri. Lihat gambar di bawah :
g) Anda perlu ‘Arrange Shipment’ bagi produk yang anda upload di Seller Center secara manual
h) Selepas anda download AWB dari Shopee, anda perlu submit tempahan ini di web TudungSiComel.com secara manual.
Anda juga boleh rujuk terus panduan yang disediakan oleh pihak shopee. Klik SINI
3. BAGAIMANA NAK MEMBEZAKAN PRODUK SYNC DAN PRODUK ANDA YANG LAIN
Bagi memudahkan anda untuk bezakan , anda boleh lihat pada SKU. Untuk SKU yang bermula dengan (TC) bermakna itu adalah produk yang anda sudah sync kan.
Semoga Bermanfaat !
Rujuk:
Shopee – https://seller.shopee.com.my/edu/article/7282/Split-Order-Feature
Lazada – https://sellercenter.lazada.com.my/seller/helpcenter/manual-package-split-how-to-self-split-orders-at-item-level-9008.html
Tiktok – https://seller-my.tiktok.com/university/essay?knowledge_id=10012384&role=1&course_type=1&identity=1