Perhatian Kepada Rakan Affiliate, Mohon Semak Komisyen

⚠️ Semua Rakan Drosphip dan Affiliate wajib baca serta fahamkan ya. Pihak HQ tidak dapat bertangungjawap sekiranya ianya berlaku.

Untuk mendapatkan komisyen affiliate, rakan-rakan harus membuat belian melalui link affiliate peribadi anda.

Biasanya apabila anda klik pada link affiliate anda, dalam masa 180 hari anda tidak lagi perlu klik pada link affiliate selagi mana anda tidak clear cookies / delate history search engine di telefon / komputer anda.

Namun kadangkala ada telefon / komputer yang auto delate cookies / history, jadi untuk lebih selamat, setiap kali anda membuat tempahan, boleh terus buat semakan komisyen anda samaada ada sistem web generate komisyen ataupun tidak bagi tempahan yang baru dibuat tersebut.

Sekiranya semasa membuat tempahan, nama anda tertera sebagai penaja, in shaa Allah tiada masalah:

Pastikan paparan ‘shop ini ditaja oleh (nama anda)

Dan / atau sebelum anda tekan butang Proceed To Checkout juga ada tertera nama anda.

Semasa anda add to cart item yang pelanggan tempah dan masuk ke process check out, sila semak di bahagian bawah shipping dan pastikan tertera juga paparan nama anda.

Selepas tempahan berjaya di submit, anda akan menerima email jumlah komisyen berdasarkan tempahan yang dibuat.

Bermula 23 Dis 2021, kita tidak lagi dapat bantu semak dan manual approve komisyen sekiranya anda ada banyak ID lama yang tidak generate komisyen.

Sebagai contoh anda sudah banyak buat tempahan dari 1hb sehingga 15hb dan anda baru sedar yang tempahan anda tidak ada komisyen sejak 1hb lagi.

Dan sama juga sekiranya anda tersalah klik link affiliate pihak lain dan komisyen tersebut masuk ke akaun pihak tersebut.

Jika anda tidak semak komisyen anda setiap kali buat tempahan, dan anda baru sedar setelah banyak ID yang dibuat, kita minta maaf dan tidak dapat membantu untuk mendapatkan kembali komisyen tersebut dari pihak lain.

Kita tidak dapat bantu kerana ianya memberikan bebanan tambahan kepada staff akaun dimana sekiranya seorang rakan affiliate ada 50 ID untuk disemak satu persatu dan jika ada 30 orang, bermakna staff akaun perlu semak 30 x 50 ID = 1500 ID. Ianya agak kurang effective.

In shaa Allah, selagi anda menggunakan link affiliate anda dan ada tertera nama anda pada beberapa bahagian semasa proses tempahan(seperti gambarajah di atas), in shaa Allah komisyen akan generate seperti biasa.

Sekiranya ianya belaku selepas 23hb Disember 2021, anda tidak menerima komisyen dan anda tidak membuat semakan segera setiap kali anda membuat tempahan, ianya akan dianggap anda tidak layak menerima komisyen dan hanya mendapat untung runcit sahaja.

Terima kasih ^_^

Updated: 7 FEB 2022

⚠️Sekiranya setelah buat tempahan dan email komisyen tidak diterima dan tiada penambahan di dashboard account affiliate anda, segera hubungi Admin Mira 011-33015034 untuk semakan segera.

Leave a Comment

fifteen − eight =