Hi, hari ni kita nak kongsikan tips yang anda boleh guna pakai sebelum membuat live di platform seperti Facebook, TikTok, Livestream Shopee & Lazada.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu sediakan sebelum sesi live bermula.
Langkah 1: Set Jadual
- Set jadual atau aturan masa bagi sesi live yang akan dibuat serta bajet masa anggaran sesi live tersebut diadakan. Ini bagi memudahkan anda bersedia sebelum sesi live diadakan dan dapat berinteraksi dengan audience dalam tempoh masa yang dah ditetapkan
Langkah 2: Tempat yang specific
- Sebelum memulakan live, pastikan anda dah set up tempat live yang selesa untuk anda berkomunikasi.
- Tidak kisah jika ruang kecil, janji ia kemas dan teratur
- Sediakan ruang yang mempunyai cahaya pencahayaan yang sesuai, serta sediakan lighting yang sesuai supaya sesi live tersebut dalam keadaan yang jelas semasa ia berlangsung.
Langkah 3: Membuat persediaan
- Sebelum live juga, selain prepare product anda perlu prepare apa yang nak cakap, just point-point, tapi jangan hafal, bercakap secara spontan. Jika nak buat tutorial, practice beberapa kali sebelum start buat tutorial. Tapi tak perlu tunggu perfect untuk mulakan sesuatu, last-last tak buat apa-apa langsung
- Point-point tersebut anda boleh tampalkan dihadapan anda supaya memudahkan untuk anda rujuk tanpa hilang arah tujuan. Boleh rujuk point seperti dibawah
Langkah 4: Tunjukkan Ekspresi Yang Ceria
- Ketika start live, senyap selama beberapa saat, lepas tu senyum kepada penonton ibarat anda dikaca TV. Selepas itu, bagi salam, ucap selamat pagi atau selamat petang, dan ucapkan hai. Ibarat anda sedang berinteraksi dengan penonton face to face. Bila adanya interaksi seperti ini, penonton tidak akan rasa bosan sebaliknya akan terus mengikuti video live anda dengan memberikan respon-respon yang terbaik.
Langkah 5: Berinteraksi Bersama Penonton
- Selepas itu, konon-konon buat tanya, “line clear tak?”, “jelas tak?”, “dengar tak suara saya?” beritahu penonton, “cuba komen sikit, line clear tak”, dan cakap lagi sekali, “hi semua”, bila penonton start komen hi kat ruangan komen, sebut nama sorang-sorang, contoh “hi Amin, hi Minah, hi Devi, hi Raju” dan tanya lagi “semua sihat ke”.
- Interaksi sebegini mampu membuatkan video live anda bertambah menarik. Jangan mula-mula video terus buat segmen tutorial. Kasi warmup dulu kepada penonton dengan bertanyakan soalan santai seperti ini untuk menarik lebih ramai view video live anda
Langkah 6: Teknikal (Phone dan Mikrofon)
- Secara asasnya, disarankan kita buat live guna telefon masing-masing. Tapi kalau setting tak kena, video jadi gelap dan suara tak berapa dengar. So kena la test / rehearsal dulu lighting dan sound cantik tak sebelum tekan butang Go Live.
Semoga dengan adanya perkongsian tips ini dapat membantu anda sebagai Rakan Usahawan TudungSiComel yang baru bermula nak buat live.