Khas untuk semua rakan usahawan TudungSiComel yang berdaftar, kita lancarkan lagi subsidi shopee ads khas untuk anda sertai.
Program ini berlangsung 3 Mei sehingga 31 Mei 2024
Objektif
1. Tudung rejek permintaan tinggi, in shaa Allah akan mampu membantu naikan sale dan rating shop Shopee anda.
2. Rating shop yang baik sebagai persediaan menghadapi peperangan Back to School kelak.
Kenapa Perlu buat Ads?
Kalau kita tak buat ads, listing produk kita akan tenggelam jauh di page-page belakang listing product di shopee dan ini membuatkan pelanggan susah nak jumpa produk kita.
Kebiasaanya orang akan utamakan produk yang berada di page-page hadapan sahaja.
Kalau kita listing produk dan duduk menunggu sahaja, takut kita kecewa sebab tiada pembeli.
Cara untuk dapatkan subsidi shopee ads
1. Pilih salah satu produk rejek sahaja yang dirasakan mudah terjual serta ada permintaan tinggi kemudian buat ads sebanyak RM5 sehari selama 7 hari (RM35).
Kenapa 7 hari? Kerana biasanya ‘ads baru’ akan ambil masa selama 7 hari untuk ‘learning period’ sebelum mula menampakan hasil yang baik, in shaa Allah.
2. Isi borang permohonan di bawah dan terus buat ads. Sekiranya borang sudah tidak boleh diisi, ini bermakna permohonan telah ditutup.
3. Hanya rakan usahawan yang listing produk rejek menerusi web sync sahaja layak menerima subsidi.
4.Apabila ads expence telah mencecah RM35, print Screen bukti spending (dalam waktu program berlangsung) dan anda boleh claims subsidi ini dengan hubungi Admin Mira dengan disertakan sekali screen shot history ads yang telah dibuat. Kita akan masukan subsidi yang anda layak ke wallet anda.
FAQ
1.. Boleh ke saya buat ads RM35 sehari ?
Tidak boleh, syarat untuk claim adalah minumum RM5 sehari selama 7 hari.
2. Boleh ke saya buat ads untuk banyak produk ?
Boleh, tiada masalah namun program ini hanya untuk produk rejek sahaja.
3. Boleh ke saya jual tudung rejek listing sendiri tidak melalui web sync?
Boleh sahaja, cuma untuk kelayakan pemilihan penerima subsidi ads hanyalah kepada mereka yang sync produk rejek sahaja.
Kita nak galakkan rakan-rakan untuk sync produk rejek kerana stok rejek agak terhad, jadi kita kurang galakan anda menjual menerusi listing sendiri.
4.Boleh ke saya sync produk rejek sahaja dan produk lain saya guna listing manual?
Boleh sahaja, tiada masalah.
5.Boleh ke saya claim untuk ads yang saya buat di Tiktok / Lazada?
Tidak boleh. Program ini kita fokus untuk Shopee sahaja. Untuk Tiktok dan Lazada, tunggu makluman untuk Subsidi Lazada / Tiktok Ads yang kita akan umumkan kelak, in shaa Allah.
Permohonan
Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan.
Nota
1. Kita sangat sarankan anda untuk perkemaskan dahulu Shop anda sebelum join promosi nie. Boleh rujuk panduan di sini:
https://tudungsicomel.com/usahawan/kenapa-shopee-ads-tak-menjadi/
Sekian terima kasih.