Prosedur Tempahan Bermasalah – Ukuran Tak Sama

Jika ada pelanggan yang komplain tudung ketat atau longgar, kita tak perlu minta mereka ukur sebab tali tape mereka mungkin tak sama dengan kita. Nanti akan buatkan pelanggan lebih konfius.

image

Rujuk: https://www.keluarga.my/ilmu-jahitan-yang-kena-tahu-tali-tape-ikut-warna-dan-inci-baru-tak-salah-beli-saiz-baju/

Ini juga akan buatkan sesetengah pelanggan rasa annoyying dengan bermacam-macam soalan dari kita.

Apa Perlu Kita Buat?

Kita hanya perlu tanya dia tudung yang diterima besar atau kecil;

a. Kalau besar kita cadangkan untuk hantar baru size kecil sikit.

b. Kalau kecil kita cadangkan untuk hantar size besar sikit.

Contohnya dia beli size M, lepas tue dia kata besar dan longgar, kita cadangkan untuk pos semula size S sebagai gantian. Kalau dia kata kecil dan ketat, kita cadangkan untuk kita pos size L padanya.

Namun jika dia kata dia dah pernah beli sebelum ini contohnya size M, akan tetapi tudung size M yang baru diterima ketat atau longgar, kita offer untuk hantar tudung size yang sama juga namun sebelum kita post, kita di HQ akan ukur dahulu agar yang bakal diterima adalah tepat dengan ukur sebenar.

Kos Pemulangan dan Penghantaran

Kos postage hantar baru dan pemulangan, HQ akan tanggung.

Refund

Jika kali kedua hantar pun masih tak sesuai, then kita offer refund sahaja.

Kita try buat customer servis seemless as possible

Apa yang membezakan kita dengan pesaing niaga yang lain adalah we are giving The Best Customer Service, in shaa Allah.

Kita rugi dahulu tak mengapa, anggap ianya sebagai pelaburan marketing kita jangka panjang.

In shaa Allah pelanggan happy, mudah-mudahan dia akan ceritakan pula pada rakan-rakan dan saudara mara dia tentang kita. Word of Mouth Marketing(WOMM).

Terima kasih

Update: 3 Ogos 2022

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

2 thoughts on “Prosedur Tempahan Bermasalah – Ukuran Tak Sama”

    • Ya puan, Hq akan tanggung. Nanti bila beliau pos pemulangan, puan hanya minta bukti dan gambar resit bayaran kurier yang jelas dan maklumkan pada admin Mira untuk urusan pembayaran. Gambar resit yang jelas penting untuk kita rekodkan sebagai rekod perakaunan kita.

      Kecuali beliau tersilap beli, contohnya beliau nak beli tudung sekolah, tetapi ter ‘order tudung mose’. Jadi kos pemulangan itu terpaksa ditanggung oleh pelanggan. Namun kos penghantaran semula, HQ akan tanggung =D

      Reply

Leave a Comment