Rahsia Tenik Edarkan 80,000 Flyers Secara Percuma

BUAT POSTING DI FACEBOOK DAN IG SEPERTI MENEBARKAN FLYERS SECARA PERCUMA…PERCUMA‼ 😊

(Tips no 3 ⬇ tak ramai yang buat… jangan bising2 ya… rahsia kita jer… baca la)

Zaman dulu, sebelum ada facebook/IG, jika kita nak promosikan produk kita, antara cara conventional (masih juga digunakan) untuk war-warkan produk kita adalah menerusi pengedaran flyers 😃

80000

Jika sehelai flyers harganya RM0.20 bayangkan jika nak edarkan sejumlah 4259 flyers(rujuk controh gambar posting di atas). RM0.20 x 4259 = RM851.00

RM851 untuk kos flyers sahaja, kos upah edar untuk 4000 keping mencecah RM500 juga(jika upah orang-jenuh nak edar sendiri 4000 keping).

Kos lebih RM1300.00 juga hanya nak edarkan 4000 flyers.

Dan bersyukurlah, kita berada di era marketing percuma(murah) sekarang 😊

KIRAAN KOS MARKETING
# Guna Flyers = RM1300.00
# Guna Facebook/IG Posting = FREE

Bayangkan pula jika sehari kita buat 10x post di Facebook(setiap 2-3 jam sekali disarankan), total flyers yang kita edarkan menerusi Facebook boleh mencecah 4000 views(satu posting) x 10 kali post = 40,000 viewers.

Itu baru di Facebook, belum lagi buat posting di IG dan shopee… kalau di IG pun 40,000 juga… so total Facebook + IG = 80,000 viewers(prospek) sehari.

Bayangkan kita boleh edarkan 80,000 flyers sehari secara PERCUMA… saya ulang… PERCUMA!

POTENSI KEUNTUNGAN

Kalau busuk busuk 0.1% sahaja menjadi pelanggan sehari = 0.1% x 80,000 = 80 pelanggan sehari.

Kalau sorang pelanggan beli 3 helai tudung sekolah dengan keuntungan RM6.40 sehelai(RM6.40 x 3 = RM19.20 untung satu pelanggan)

So jika 80 orang x RM19.20 = RM1,536.00 sehari

Ok la kan sehari untung RM1,536.00 sehari kan? 😃💰💰💰💰

Itu belum posting di shopee lagi 😅

NAK dan TAK NAK sahaja 😃

Alaaaa…. malas la nak buat posting setiap 2-3 jam sekali, leceh betul, en Syah ingat kami nie takda kerja lain ke nak buat?”

Schedule Post

Zaman sekarang dah modern… kan boleh set schedue post jer… tak perlu la nak pening2 buat ayat itu ini… jika nak lebih mudah boleh schedule post terus untuk Facebook dan IG serentak… lagi mudah… boleh RUJUK SINI

Ulang-ulang jer posting yang sama, biar melekat di minda prospek… ingat tak cerita saya pasal Yusooofff Tayoooopppp… 😅

Kalau malas sangat tempek gambar jer… set schedule post… yang penting setiap 2-3 jam, post kita keluar di FB/IG prospek kita dan terpampang depan mata mereka 😊

Zaman dulu orang susah-susah pergi edarkan flyers, zaman sekarang kita edar flyers depan komputer/telefon jer… itu pun ramai yang malas nak buat, lepas tue cakap… “ala susah la nak berniaga, customer takda laaa…” 😅

Selamat berjaya… lambat tinggal 😊💰💰💰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment