Untuk makluman rakan-rakan yang synckan akaun Lazada anda dengan web sync, pihak Lazada telah membuat procedure baru di mana akaun Lazada yang disynckan perlu direauthorize dan akan dikenakan cas bayaran sebanyak RM0.10 untuk setahun bagi mengesahkan akaun tersebut bukan akaun scammer.
Anda boleh rujuk langkah dibawah untuk reauthorization akaun Lazada anda.
Langkah 1
Log in ke akaun web sync anda, dan apabila paparan keluar seperti gambar dibawah, anda hanya perlu klik pada button Re-Authorization tersebut.
Langkah 2
Setelah anda klik button Re-Authorization tersebut akan keluar seperti paparan dibawah dan masukkan email dan password lazada seller centre yang anda daftarkan kemudian klik submit.
Langkah 3
Seterusnya akan keluar seperti paparan gambar dibawah dan anda perlu klik pada bahagian :
1. Service amount – Authorization Only (Paid)
2. Period – One year
Kemudian klik buy it now untuk proses pembayaran dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM0.10 untuk setahun.
Langkah 4
Untuk pembayaran, anda boleh memilih sama ada bayaran melalui Credit/Debit Card atau Touch n’ Go Wallet.
Jika memilih bayaran melalui Credit/Debit Card isi details yang diperlukan untuk membuat pembayaran.
Kemudian klik pay now untuk proses bayaran.
Langkah 5
Seterusnya selepas bayaran berjaya dibuat, anda klik seperti paparan dibawah dan akaun Lazada anda akan disynckan semula dengan web sync
Jika keluar lagi paparan re-authorization selepas tamat tempoh, anda hanya perlu perbaharui semula seperti langkah ini.
*Nota – Untuk fungsi re-authorization ini anda digalakkan untuk menggunakan PC kerana interface nya lebih mudah di access.
Mudah sahaja kan & terima kasih 🥰