Road Map Rakan Usahawan TudungSiComel

Kita berniaga, pastinya kena ada target. Apa impian untuk perniagaan kita?

Apa halatuju perniagaan kita? Adakah terus menerus menjadi Dropship selamanya atau bagaimana?

Jadi saya di HQ TudungSiComel sentiasa memikirkan dan merancang untuk memastikan puan tidak selama-lamanya di satu tahap sahaja.

Saya juga ingin melihat perniagaan semua rakan – rakan usahawan TudungSiComel berjaya dan berkembang.

Saya impikan satu hari nanti, puan akan berjaya membina empayar perniagaan tudung sekolah / budak kita dengan lebih baik dan berjaya walau hanya berniaga dari rumah.

Apa planning saya?

1. Bermula dengan Dropship – Ini permulaan yang PALING PENTING. Belajar dahulu bagaimana mencari pelanggan. Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, mencari pelanggan adalah asas utama dan ianya sangat penting.

Banyak perkara yang perlu dipelajari di tahap ini. Antaranya bagaimana nak kenali pelanggan kita(customer avatar), di mana mereka berada, bagaimana nak pastikan mesej iklan kita sampai kepada mereka dan bagaimana nak buatkan mereka tertarik(psychology) untuk membeli dari kita.

Apabila sudah mahir menjual dan mencari pelanggan, barulah boleh ke tahap yang seterusnya.

Kadang-kadang kita ingin terus nak ada produk sendiri tanpa kita belajar bagaimana nak menjual. Ianya agak berisiko, dikuatiri stok akan terlambak di bawah katil.

Saya juga bermula dengan menjadi seorang dropship semenjak 2007 – 2013 sebelum saya menubuhkan TudungSiComel kita ini.

2. Menjadi Ibu kepada anak cucu Affiliate – Bukan sahaja puan belajar menjual, puan juga perlu belajar bagaimana untuk mencari(recruitment) dan mendidik anak cucu supaya mereka juga pandai menjual dan dapat jana pendapatan yang baik.

Di TudungSiComel kita ada sediakan peluang tersebut, mencari dan mendidik anak cucu dengan Program Affiliate kita.

Jika puan dapat belajar dan kuasai kedua-dua kemahiran ini iaitu menjual dan mencari serta mendidik anak cucu, ianya satu bonus dan barulah akan lebih yakin untuk ke tahap yang seterusnya.

3. Menjadi Pemborong / Mini Stokis – Apabila sudah mahir mencari pelanggan dan database pelanggan pun sudah banyak, barulah puan ambil keputusan untuk mula pegang stock dan menjadi Mini Stokis TudungSiComel.

Belajar bagaimana menguruskan stok, proses penghantaran dan pemulangan.

Namun jangan terus beli stok yang banyak, mulalah dengan jumlah minima. 20 – 30 helai dahulu sebagai permulaan.

Kemudian apabila sudah benar-benar yakin, barulah tambah stok dari masa ke semasa.

4. Mula mencari staff admin – Apabila tempahan sudah mulai banyak dan stabil, upah seorang staff untuk bantu membungkus dan mengambil tempahan. Dari sini, puan boleh terus fokus dengan aktiviti marketing.

5. Mula mencari staff marketing dan tambah staff membungkus – Apabila tempahan sudah semakin banyak, database juga sudah banyak dan puan sudah betul-betul yakin, mulalah dengan mencari staff marketing bagi membantu puan untuk aktiviti pemasaran harian.

Pada tahap ini, puan dah boleh mula berfikir bagaimana ingin kembangkan lagi perniagaan puan ke satu tahap yang lebih agressif.

Mungkin sudah boleh berfikir untuk mencari lot kedai kecil untuk aktiviti perniagaan puan. Mulakan dengan lot yang kecil.

TudungSiComel pada tahun 2013 dahulu, kita juga hanya bermula dengan sebuah lot kecil di sebuah stesyen bus di Damansara Damai dengan kadar sewa hanya RM300 sahaja sebulan.

6. Master Stokis – Pada tahap ini, puan sudah ada ramai pelanggan tetap, ramai anak-anak agen di bawah puan dan database pelanggan yang banyak, barulah lebih yakin untuk mendapatkan stok dalam kuantiti pukal untuk diedarkan kepada Mini Stokis di bawah puan pula.

Namun, buat masa sekarang, TudungSiComel belum membuka program Master Stokis lagi kerana kita baru sahaja wujudkan program Mini Stokis dan alhamdulillah, nampaknya program ini agak berjaya. In shaa Allah, apabila tiba masanya, kita akan buka program Master Stokis pula.

Apabila perniagaan puan sudah stabil, boleh lah puan wariskan perniagaan puan untuk anak-anak puan pula untuk meneruskannya. Masa nie puan dah boleh rehat. Best kan? ^_^

Bagitulah serba sedikit perancangan saya untuk puan. Saya nak puan berjaya satu hari nanti.

Namun pastinya ianya akan mengambil sedikit masa… ianya perlukan FOKUS, CONSISTENT dan TAK MUDAH MENYERAH KALAH!

Jika tidak dimulakan dengan langkah pertama, bila lagi kan? ^_^

Leave a Comment

twelve + ten =