Saya dan Dropship

Sedar tak sedar dah hampir 9 tahun saya menamatkan perkhidmatan saya sebagai seorang tentera.

Sebelum nie saya berkhidmat sebagai seorang anggota TUDM (Kapten Bersara), berhenti awal sebab nak ‘bekerja dari rumah’ 😅

Impian saya adalah saya nak bekerja dari rumah dan dengan harapan ada lebih masa bersama keluarga.

Sebenarnya sejak dari 2007 lagi saya dah menceburkan diri dengan perniagaan secara online nie, hampir semuanya secara dropship sahaja, tak perlu pegang stok, tak perlu post barang. Layan customer sahaja.

Bermula dengan menjual peralatan golf secara online, apam polkadot, crepe durian dan beberapa lagi perniagaan online hinggalah sekarang perniagaan tudung budak / tudung sekolah menerusi TudungSiComel.com

Saya suka berniaga secara online sebab lebih bebas dan lebih masa bersama keluarga.

Dan yang bestnya berniaga online nie kita boleh automasikan separuh kerja kita (ataupun sepenuhnya), lepak-lepak tiba-tiba duit masuk jer, kecing kecing kecing… bestkan? hehe… 😁

Antara lain jika rasa nak balik kampung atau bercuti, kita boleh terus packing barang dan jalan jer… tak perlu minta cuti, tak perlu minta kawan-kawan tolong cover kan kerja kita… bestkan?

Bayangkan, sambil duduk di rumah, lihat anak membesar depan mata, kita boleh jana pendapatan secara online / automasi.

Cumanya nak berniaga apa pun, online ke offline ke… semua perlukan ilmu la.

Kadang-kadang kita nampak orang buat itu dan ini, tapi kita tak nampak strategy sebenar dia. Semuanya kena ada ilmu.

Saya pun masih menuntut lagi hingga sekarang, ianya tak akan habis… lagi kita belajar, lagi banyak kita tak tahu.

So saya sangat sarankan rakan-rakan yang nak serius berniaga secara online, tuntutlah ilmu.

Banyak sahaja ilmu ‘marketing online’ yang dikongsikan secara percuma di google dan youtube, cuma tinggal nak cari jer hehe….

Tak pun, jemput lah ke blog perkongsian marketing yang saya baru buat nie, mudah-mudahan bermanfaat buat rakan-rakan semua.

https://tudungsicomel.com/usahawan/

Salam kejayaan dan jika nak jadi Dropship dan berniaga secara online, cubalah tuntut llmu dan bersungguh-sungguh.

Saya kenal ramai orang yang hanya berniaga secara dropship tapi boleh jana pendapatan dengan baik. Kenapa? Kerana mereka berniaga dengan ILMU dan pastinya yang paling penting jangan lupa Allah, Pemilik Khazanah Langit dan Bumi… minta lah pada Nya.

Pagi – pagi nie best juga pekena teh tarikh ngan nasi lemak sambil – sambil baca paper kat kedai mamak nie kan… maklumlah kita nie kerja dari rumah jer… jom 😁

Jika anda berminat menjadi seorang Dropshipper Tegar, boleh KLIK SINI hehe

Syahruddin Zainul
Work From Home Dad (WFHD)

Leave a Comment

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security