Pihak HQ berhasrat untuk membuat penambahbaikan kepada Skim Pembelian Secara Tangguh 1.0 sebelum ini. Skim ini khas untuk Rakan Usahawan TudungSiComel yang menjual di Shopee / TikTok / Lazada.
Kelayakkan permohonan dan syarat-syarat masih sama seperti sebelum ini cuma mekanisme pembayaran semula sahaja yang berbeza.
MEKANISMA PEMBAYARAN SKIM 2.0
Jangkamasa pembayaran dilanjutkan kepada 3 bulan agar anda ada masa untuk rolling modal.
Pembayaran akhir adalah pada atau sebelum 25hb pada bulan ketiga dan admin Mira akan buat penolakan dari baki kredit Wallet anda.
Contoh jadual pembayaran baru adalah seperti berikut:
Contoh Salbiah dan Amar memohon kemudahan skim ini sebanyak RM300 pada bulan 5 Januari 2024
1.Tempoh pembayaran perlu dibuat dalam jangkamasa 3 bulan dari bulan pinjaman dibuat. Jadi bagi kes di atas bayaran perlu dibuat adalah pada bulan Mac(25hb Mac) dan pihak admin akan membuat penolakkan kredit pada tarikh tersebut di wallet Salbiah dan Ammar.
2. Jika Ammar membuat permohonan tambahan skim ini pada bulan seterusnya, tempoh pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari bulan pinjaman dibuat dan ia tidak di gabungkan dengan pinjaman sebelumnya(rujuk gambar diatas).
3. Anda masih boleh guna pakai kemudahan skim ini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pinjaman bagi memudahkan anda untuk rolling semula modal bagi membuat tempahan yang diterima dalam tempoh masa yang panjang.
PERHATIAN
⚠ Ini bukanlah pinjaman untuk anda membeli stok untuk disimpan. Tetapi program ini khas untuk dimanfaatkan bagi melancarkan tempahan Shopee / Lazada dan Tiktok anda sahaja.
Pastikan setelah anda menerima pembayaran daripada shopee, anda topup semula kredit wallet anda dengan segera bagi memudahkan proses rolling semula modal untuk membuat tempahan.
Sekiranya anda rasa anda benar-benar memerlukan sahaja, boleh klik butang dibawah.
*Setelah anda isi borang, boleh hubungi admin Mira untuk semakan ya. Takut Mira terlepas pandang permohonan anda.
Nota: Borang permohonan ini akan sentiasa dibuka sepanjang tahun. Jika sales shopee / lazada / tiktok anda masih sedikit dan anda masih boleh mendahulukan modal anda sendiri, kita galakkan anda untuk menggunakan modal anda terlebih dahulu. Namun sekiranya satu hari nanti anda benar-benar memerlukan modal, anda boleh buat permohonan.
Semoga dengan adanya skim pembelian tudung secara tangguh ini dapat membantu anda sebagai Rakan Usahawan TudungSiComel 😃
FAQ
1.Boleh ke dalam tempoh 1 bulan, saya apply lebih dari sekali dan bagaimana dengan bayaran tersebut?
Boleh sahaja dan nanti admin akan semak semula bukti tempahan yang anda terima. Untuk bayaran pula tetap sama, perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari bulan pinjaman dimohon.
2.Jika saya membuat bayaran awal sebelum tempoh 3 bulan, boleh ke ?
Boleh sahaja dan boleh maklumkan pada admin untuk buat penolakkan.
3. Boleh saya nak apply skim ini awal sebelum ada tempahan yang masuk ?
Admin akan luluskan permohonan anda berdasarkan tempahan yang sudah diterima sahaja jika tiada modal yang dapat didahulukan dari anda
4.Jika saya tak dapat membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, adakah akan diambil apa-apa tindakan?
Nama anda akan disenarai hitam untuk pinjaman seterusnya.