Pendaftaran Dropship

✔ Anda seorang Dropship yang aktif?

✔ Anda ingin tambah produk untuk dijual?

✔ Anda ingin tambah pendapatan?

Kita ada produk yang best, permintaan tinggi dan mudah dijual. Tak perlu letih-letih terangkan dengan lanjut, semua prospek dah tahu apa itu ‘tudung sekolah’ hehe…

Tudung Sekolah merupakan produk keperluan yang akan sentiasa ada permintaan selagi mana wujudnya sekolah di Malaysia.

Mengikut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar sekolah hampir mencecah 5 juta orang.

dropship - statistik pelajar sekolah di Malaysia

Dan sebahagian besar adalah pelajar perempuan.

Biasanya, mengikut pengalaman kita berniaga tudung sekolah selama hampir 10 tahun, seorang pelajar memerlukan sekurang-kuranya 3-5 helai tudung (sekolah pagi dan petang) dan akan membeli tudung baru setiap 5-6 bulan sekali.

Ya lah kan, tiap hari pakai, pasti cepat lusuh dan kusam… jadi perlu beli lagi.

Potensi Pendapatan Dropship

Tudung sekolah adalah produk yang mudah dijual dan ianya berulang. Customer Lifetime Value (CLV) yang tinggi.

Sekiranya anda berjaya membuat reputasi yang baik, pelanggan pasti mencari anda untuk membuat tempahan yang seterusnya dan seterusnya.

Pelanggan memerlukan tudung sekolah seawal anak mereka masuk ke tadika / pra sekolah hinggalah sekolah menengah. Sekali anda berjaya closing sale, boleh dapatkan repeat sale bertahun-tahun, in shaa Allah.

Dan biasanya seorang ibu akan ada 2-3 orang anak perempuan ^_^

dropship
dropship rewards

Jemput sertai Program Dropship TudungSiComel dengan klik pada butang biru di bawah untuk sama-sama kita membantu ibu-ibu di Malaysia untuk dapatkan tudung sekolah yang selesa untuk anak-anak mereka.

x Logo: Shield Security
This Site Is Protected By
Shield Security