Live yang menarik mampu membuatkan audience stay lama dan engage dengan kita 🥰
Berikut adalah 11 perkara yang boleh kita usahakan sebelum kita buat live. Kita akan cuba tambah info dari masa ke semasa berdasarkan pemerhatian untuk manfaat kita bersama.
1. BERINTERAKSI Dengan Audience
a. Ucap terima kasih apabila ada yang berikan gift / hadiah.
b. Ucap terima kasih kepada yang buat belian.
c. Jika boleh, sebut nama mereka yang join live “Selamat datang Mira..”
e. Banyakkan senyum biar audience rasa selesa. Jangan terlalu serius hehe.
2. Jarak Screen Bersesuaian
Untuk tudung sekolah, kebanyakan audience nak tengok kelabuhan tudung berbanding ketinggian kita. Jadi jarak screen yang sesuai penting supaya pelanggan mudah buat keputusan.
3. Kenalpasti warna tudung & KATEGORI
Koleksi Warna – Secara umumnya kita ada 24 jenis warna tudung sekolah dan ada juga beberapa warna yang berdekatan. Contohnya Kuning, Kuning 2.0(gelap sedikit) dan Kuning Royal(terang).
Jika tak pasti, boleh pastikan dahulu warna dengan HQ sebelum live supaya tidak tersalah sebut.
Namun begitu ada juga jenis tudung sekolah yang kita jahit kurang dari 24 warna. Anda boleh rujuk maklumat lengkap setiap tudung sekolah supaya lebih jelas dan mudah untuk diterangkan kepada pelanggan.
Kategori Warna – Penting juga untuk anda tahu fungsi setiap warna juga, contohnya Kelabu untuk Pengakap, Biru Muda untuk Pengawas, Pink untuk Putri Islam dan sebagainya. Boleh dapatkan carta warna dan kegunaan dari Intan(nanti kita masukan juga di sini).
4. Kenalpasti saiz dan ukuran TUDUNG
Persoalan yang biasa ditanya adalah:
“Anak saya umur 8 tahun, tudung awning scuba saiz apa sesuai ya?”
“Anak saya tinggi 154cm, tudung dua lapis saiz apa yang sesuai?”
Anda boleh rujuk dan hafal/print carta ukuran saiz supaya mudah untuk menjawap pertanyaan mereka.
4. Pencahayaan yang mencukupi
Ini penting agar pelanggan mudah untuk bezakan warna setiap tudung dan melihat dengan jelas warna tudung-tudung sekolah kita.
5. Microfon dan suara yang jelas
Ini juga satu faktor yang penting. Suara yang jelas membuatkan pelanggan lebih tertarik untuk stay dalam live kita berbanding suara yang kabur dan sayup-sayup.
6. Kenali Produk Dengan Lebih Rapat
Selain itu, kita juga ada sediakan panduan ringkas untuk anda kenali produk tudung sekolah kita dengan lebih rapat.
7. Perbezaan Awning Lembut dan Awning Scuba
Perbezaan tudung sekolah awning lembut dan awning scuba hanya pada awningnya sahaja. Boleh rujuk panduan di bawah:
8. Tudung Sekolah reject item
Kalau ada jumpa tagging saiz di luar ni BUKAN reject ye 😅
Tagging saiz kita yang hitam ada saiz SS, S, M, L.
Jadi untuk yang tagging saiz di luar biasanya saiz XL, XXL
Cara terangkan tudung reject :
1. Sedikit kekotoran
** boleh dibasuh
2. Jahitan tepi tak kemas
** Jahitan bertindih
** Jahitan berkaripap
3. Salah tagging saiz
** Tersalah jahit label saiz
Contoh : Tudung saiz M > tapi tailor jahit label saiz L
4. Awning ada sedikit kembung bahagian dalam
** kembung tak kemas sedikit
Explain ikut point ni kalau boleh
9. Jaminan 180 Hari
Situasi 1 :
“Kalau anak dah pakai tudung pergi sekolah boleh tukar jugak ke saiz”
“Kalau dah jahit lencana boleh tukar jugak ke?”
Jawapan :
Boleh , namun tudung yang telah dipakai tak perlu pulangkan kepada HQ. HQ hantar tudung baru 😃
Situasi 2:
Tudung Aminah baru sampai. Aminah pakai tapi saiz tudung saiz M tak muat. Aminah nak tukar tudung saiz L.
Jawapan:
Boleh , Aminah perlu hantar tudung tersebut pada HQ. Dan HQ akan hantar pertukaran tudung tersebut
10. PASTIKAN TUDUNG YANG DIPAKAI KEMAS
Apabila kita pakai dan buat demontrasi tudung semasa sesi live, cuba sebolehnya pakai sekemas yang mungkin agar kelihatan menarik.
11. ULANG TAG LINE TUDUNGSICOMEL
Semasa sesi live, sebolehnya sentiasa ulang taqline TudungSiComel supaya audience sentiasa ingat tentang kita.
Taqline kita adalah:
“Kita membekalkan tudung sekolah yang Kemas dan Selesa… Ingat tudung sekolah… Ingat TudungSiComel….“
12. ULANG DAN CERITAKAN KELEBIHAN PRODUK
Kita sarankan livehost untuk print / hafal kelebihan tudung sekolah kita dan apa kelebihan membeli dari TudungSiComel.
Terangkan setiap point satu persatu dan ulang semasa sessi live. Ini penting supaya kita dapat menyampaikan maklumat tentang produk kita kepada prospek yang menonton live kita.
Anda boleh dapatkan di sini:
Inner Rainbow:
https://t.me/c/1578135998/106
Tudung Sekolah Awning Scuba:
https://t.me/c/1578135998/110
Tudung Sekolah Awning Lembut:
https://t.me/c/1578135998/111
Tudung Sekolah Dua Lapis:
https://t.me/c/1578135998/112
Tudung Sekolah Reject Item
https://tudungsicomel.com/usahawan/docs/tudung-factory-reject-sale/
13. ELAKKAN OVERCLAIM
Bagi memastikan kita terselamat dari hukum “bersumpah untuk melariskan jualan” dalam Islam, elak overclaim produk.
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Contohnya: “Tudung ini tak perlu iron langsung!”, sebaliknya gunakan “Tudung ini jika dibasuh dan disidai dengan baik akan kurang kedutannya dan boleh terus dipakai. Namun untuk lebih kemas, kita sarankan juga untuk iron sedikit”
Elakkan perkataan “Tudung ini sangat selesa!!!” sebaliknya “In shaa Allah tudung ini jenis meregang dan selesa dipakai. Namun jika tak selesa, boleh dipulangkan, kita ada Jaminan 180 hari”
Perbanyakan gunakan perkataan ‘In shaa Allah’ ya 😀
Jujur dan promosi seadanya. In shaa Allah, apabila kita menerangkan dengan sederhana dan tidak overclaim, jika ianya sudah tertakdir rezeki kita, pasti akan sampai juga kepada kita 😊
PENUTUP
Sekian semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan engagement yang baik semasa sessi live 🥰
Jemput juga untuk baca Keperluan Yang Perlu Ada Sebelum Buat Live dan jika anda baru nak bermula, boleh juga baca 5 Fasa Untuk Mula Buat Live. Semoga bermanfaat.