Assalamualaikum Rakan Usahawan TudungSiComel ^_^
Siapa ada problem setiap kali post di FB dan IG krikk krikk je, tak ramai yang like dan komen??
Sebenarnya, bukan tak ada orang nak like atau komen tapi setiap kali buka fb, post orang lain yang naik bukannya post kita, post dah tak nampak, macam mana nak respond? apalagi membeli kan huhu.
Posting yang tiada engagement atau respond dari friends/follower akan semakin tenggelam dan susah untuk prospek nampak. Senang kata, posting tu tak naik di newsfeed orang lain.
Berkemungkinan ini adalah effect dari algorithm FB dan IG. FB/IG hanya viralkan post yang banyak engagement sahaja.
Kita nak share activity SWAP LIKE & KOMEN di FB/IG personal/page. Tujuannya untuk saling support kawan-kawan.
Komen yang murni sahaja bukan berlebihan up produk sendiri sebab kita perlu pastikan keberkatan perniagaan kita.
Tujuan kita BUKAN nak bagi orang lain anggap kita nie pembeli atau memberi testimoni palsu(dilarang), sebab nanti jatuh berdosa dan takut perniagaan kita hilang keberkatan
Kita buat program ini cuma untuk Defeat the FB Algorithm sahaja agar pos kita capai reach organic yang baik. Tiada sebarang unsur penipuan melibatkan wang ringgit di sini.
Caranya:
1. Kita akan set 1 masa untuk up posting di FB/IG masing-masing.
2. Peserta group akan share link di group.
3. Rakan-rakan peserta akan like dan komen.
In shaa Allah tidak akan ambil masa terlalu lama. Siapa nak join boleh, siapa tak join pun boleh.
TAPI
Ada 1 jer syarat, peserta kenelah jujur , nanti tak nak lah kawan dah like & komen dia namun tiada balasan darimu🤭
Jika ada yang sudi join boleh klik link ni ya:
https://chat.whatsapp.com/8Wh35G5Oiox7UG6d4zPnzN