Bagi memudahkan urusan rakan-rakan dan pelanggan membuat belian, kita lancarkan Wallet kita sendiri.
KELEBIHAN
1. Tak ada cas transaksi.
2. Proses bayaran lebih mudah, tak perlu login ke bank dan tidak perlu tunggu TAC.
3. Kita akan anjurkan promosi Cashback dari masa ke semasa khas hanya untuk bayaran melalui Wallet sahaja.
BAGAIMANA NAK BUAT BAYARAN?
1. Semasa buat belian, login dahulu ke akaun anda. Jika tak login, anda tak boleh buat bayaran guna wallet.
2. Semasa langkah checkout, akan tertera kaedah pembayaran melalui wallet dan baki semasa wallet anda.
3. Pilih Wallet Payment dan klik butang Tempah Sekarang. Siap! Mudah kan hehe.
Nota: Sekiranya kredit akaun di Wallet anda tidak mencukupi dengan jumlah yang perlu dibayar, Wallet Payment tidak akan tertera / muncul. Contohnya kredit anda berbaki RM1, dan anda ingin buat belian berharga RM6.90.
BAGAIMANA NAK TOPUP?
1. Login ke akaun anda.
2. Klik pada menu My Wallet.
3. Di sini anda boleh Topup, Transfer dan semak Transaksi anda.
TOPUP
1. Nak topup mudah sahaja, baca Akad Tambah Nilai dan masukan jumlah yang ingin ditopup.
2. Anda akan dibawa ke checkout page dan anda boleh buat belian seperti belian produk biasa. Masukan maklumat penting sahaja seperti nama, no telefon, poskod dan jangan lupa klik pada Akad Belian juga.
3. Lepas topup anda boleh semak akaun Wallet anda.
Itu sahaja, mudah kan.
TRANSFER
1. Anda boleh transfer atau jual kredit anda kepada rakan dropship lain. Hanya perlu masukan email yang mereka gunakan di web TudungSiComel sahaja.
*Sebelum transfer pukal, saya galakkan anda transfer dulu RM0.10 untuk test samaada mereka terima atau tak jumlah yang ditransfer, dikuatiri email yang mereka berikan tersalah ejaan.