WE HIGHLY SUPPORT SHOPEE SELLER

Assalammualaikum semua 😊

Memandangkan ramai juga rakan-rakan usahawan TudungSiComel yang aktif membuat jualan menerusi shopee, oleh itu kita nak cari inisiatif untuk galakkan pelanggan-pelanggan kita membuat belian menerusi akaun shopee rakan-rakan.

Seperti kita sedia maklum, banyak kelebihan berniaga menerusi shopee antaranya adalah:

  1. Percuma pos/kos postage rendah berbanding pengeposan manual kita dari HQ 😊
  2. Prosess Tempahan pelanggan lebih mudah, mereka hanya klik klik klik dan terus bayar secara online.
  3. Rakan Usahawan boleh lihat performance jualan dan database pelanggan tersimpan secara lebih kemas.
  4. Trust – dengan system star rating dan security yang agak ketat – customer lebih yakin untuk berbelanja.
  5. Dan banyak lagi lah… 😅

Siapa tak suka percuma pos kan? hehe… shopee masih cover shipping/ freeship, so kenapa kita tak gunakan kelebihan tersebut kan hehe

Insyaa Allah jika kita galakkan selling menerusi Shopee, pelanggan akan lebih mudah untuk membuat tempahan dan Repeat Order akan bertambah in syaa Allah.

Kita juga akan kongsikan panduan shopee dari masa ke semasa untuk membantu Rakan Usahawan(RU) yang nak berjinak-jinak dengan shopee😊

SUBSIDI SHOPEE ADS – Selain itu, in shaa Allah dari masa ke semasa kita akan berikan subsidi (RM) Shopee Ads kepada Shopee Seller yang aktif 😊

Kepada Rakan Usahawan TSC yang belum ada akaun shopee, saya cadangkan buka cepat sebab banyak kelebihan berniaga menerusi shopee sekarang… zaman PM PM PM dijangkakan mungkin akan berlalu pergi tak lama lagi. Walaupun masih ada lagi orang PM, tapi kita kena bersedia… baik buat persiapan awal 😊

In shaa Allah, kita sedang merancang untuk adakan kelas bagi seller shopee tak lama lagi, kita cuba cari otai shopee untuk berkongsi in shaa Allah hehe… stay tune.

Rakan sebelah butik kita jual guna shopee juga, dia kata jualan sebulan peribadi dia boleh cecah RM17,000.00 walaupun hanya jual tudung murah-murah sahaja. Dulu dia jual guna Facebook Ads, sekarang dia memang fokus Shopee sahaja katanya, dia buat shopee ads. Tapi FB dan google ads jangan dilupakan, boleh gunakan keduanya 😃

Jadi untuk itu, Saya minta Rakan Jualan yang sudah ada akaun shopee untuk berikan LINK akaun shopee shop puan pada Borang Shopee Power Seller TudungSiComel di bawah ya.. nanti kita bantu promosikan juga 😊

BORANG DAFTAR SHOPPE POWER SELLER

https://forms.gle/F1UEATsfgXi8f8Pt7

Terima kasih dan welcome to the Shopee Club ^_^

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment