TIPS MARKETING 5 – REACH

1. Lebih ramai yang nampak iklan kita, kebarangkalian yang akan membeli akan lebih tinggi.

2. Ini saya kongsikan antara marketing channels yang ada yang boleh kita manfaatkan.

3. Jika satu post iklan kita dilihat oleh 300 orang prospek(reach), bermakna jika kita post ke 20 marketing channels di atas, jumlah prospek yang akan nampak iklan kita adalah 300 x 20 = 6000 orang.

4. Jika sehari kita buat 3 post sahaja di setiap channel, bermakna sehari iklan kita dilihat oleh 3 x 6000 = 18,000 orang

Jika hanya 0.01% yang nampak iklan kita membeli, bermakna 0.01% x 18,000 = 180 pelanggan.

Jika satu tempahan untung RM10 sahaja pun, pendapatan sehari kita boleh cecah RM10 x 180 = RM1800.00

Jika sebulan? pikir lah sendiri.

Selamat mencuba 🙂

TIPS MARKETING 4 – CARA NAIKAN VIEWS WHATSAPP STATUS

1. Penting! Minta semua bekas pelanggan dan prospek untuk save no tel kita.

2. Kalau boleh, sebelum start conversation, minta mereka save dulu no kita, contohnya;

” Puan boleh save no saya sebagai Waty TudungSiComel.com ya puan, nanti mudah puan nak hubungi saya semula jika ada sebarang masalah atau pertanyaan 🥰 “

3. Jika mereka save no kita dan apabila kita buat posting di Whatsapp Status, in shaa Allah mereka akan nampak posting kita.

4. Jika mereka tidak save, mereka tidak akan nampak. Rugi la.

5. Bagus untuk mereka sentiasa nampak status kita supaya kebarangkalian untuk mereka ingat dan menjadi repeat buyer adalah tinggi.

6. Bayangkan selama 3 tahun kita berniaga ada 5000 prospek dan bekas pelanggan kita masih nampak status kita hehe.

7. Kalau setiap tahun 10% convert jadi repeat customer kita pun dah berbaloi sangat kan.

8. 5000 x 10% = 500 pelanggan dah convert.

Wallahu a`lam, semoga berjaya

*Gambar sekadar hiasan.

TIPS MARKETING 3 – KETEPATAN

1. Jika memancing jerung, jangan lah guna umpan cacing.

2. Siapa? Kenali ciri-ciri Customer Avatar / Buyer Persona yang sesuai dengan produk kita.

3. Di mana? Kenalpasti di mana mereka berada atau berkumpul, kemudian lontarkan umpan² kita di sana 😊

4. Lebih mudah, bina kolam sendiri dan kumpulkan prospek di sana.

Semoga bermanfaat 😃

“Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel”

TIPS MARKETING 2 – CAPAIAN & KEBARANGKALIAN

1. Dalam 1000 orang(capaian) yang nampak iklan kita, kebarangkalian 1-2 orang akan membeli produk kita.

“Closing rate” bergantung kepada beberapa faktor. Lebih tepat iklan kita pada sasaran, in shaa Allah lebih tinggi closing rate.

2. Makin ramai orang nampak iklan kita, maka akan lebih ramai pelanggan kita.

3. Laveragekan sebanyak mungkin laman social seperti FB, IG, Tweeter, Tiktok dan lain².

4. Tambah kekerapan posting iklan kita di Socmed.

Jika 1 posting dilihat oleh 300 orang, jika 10 posting sehari, kebarangkalian 3000 orang akan nampak iklan kita.

5. Manfaatkan sebanyak mungkin marketplace seperti Shopee, Lazada, Mudah.my, Carousel, 11st Street, Lelong, eBay dan lain².

Soalan:

Kalau 1000 orang nampak iklan kita 2 orang jadi pelanggan, berapa orang kah yang perlu nampak iklan kita jika kita nak 20 pelanggan? 😊

“Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel”

TIPS MARKETING 1 – KEKERAPAN

1. Prospek perlu melihat iklan tudung sekolah kita berkali kali kali kali sebelum mereka tergerak hati untuk mencuba produk kita.

2. The Rule of Seventh – Ada teori mengatakan prospek perlu melihat iklan kita sekurang²nya 7 kali sebelum terdetik di hati mereka untuk mencuba produk kita.

Dah banyak kali ke iklan yang kita buat lalu di hadapan prospek kita? 😊

“Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel”

Kenapa Hq Tak Sediakan Stok Yang Cukup?

Bismillah…

Kita menerima pertanyaan dari rakan-rakan usahawan terutama yang baru join program Rakan Usahawan TudungSiComel;

Kenapa sejak beberapa minggu nie(Mac 2022) Hq TudungSiComel selalu terputus stok. Ini membuatkan kami sukar nak berniaga

Sebenarnya, kita ‘berperang’ dengan sale tudung sekolah sejak hujung Disember 2021 lagi.

Alhamdulillah, kita menerima tempahan tudung sekolah yang banyak semenjak Disember 2021(dengan izin Allah) semasa kerajaan umumkan tarikh sessi persekolahan penggal 2022.

Sejak itu, tempahan tudung sekolah alhamdulillah tidak putus-putus dan tempahan retail boleh mencecah lebih 2000 helai sehari.

Alhamdulillah, tempahan dari rakan-rakan usahawan juga tidak putus-putus. Tempahan kadangkala masuk hampir setiap minit.

Keadaan ini berlarutan sejak Disember dan apabila masuk Mac 2022, kita sudah terputus stok / tailor pun dah exhausted keletihan dan kita terpaksa buka tempahan pre-order(stok bayangan) memandangkan masih banyak tempahan yang masuk.

Kaedah stok bayangan adalah agar kita boleh fokus jahit tudung-tudung yang sudah ada tempahan sahaja ikut kuantiti yang diperlukan supaya lebih cepat siap.

Baca Selanjutnya >>

Dropship Jiwa Kental

Semangat orang berniaga, pantang undur. Dah nak masuk labor room pun masih sempat berniaga 😁💪

Sempena mengambil keberkatan Jumaat yang mulia ini, mari kita kawan-kawan sama-sama doakan semoga puan Ara selamat melahirkan.

Dimudah lancarkan segala urusannya. Aamiin 🥰

#degil

#usahanitakental

#pantangundur

#sayakagum

Template Ayat Broadcast

Database dah banyak, takkan nak simpan sahaja kan. Jom kita blast whatsapp pada dorang semula. Mana tau ada yang sangkut. Rezeki hehe

Di sini kita kumpulkan ayat-ayat lazim yang boleh kita gunakan. Rakan-rakan boleh copy paste dan edit sikit ikut kesesuaian.

Jika ada cadangan tambahan boleh share pada ruangan komen di bawah ya ^_^


Template 1

Salam puan, saya Zarina, puan ingat saya lagi? 🥰

Sebelum nie puan pernah beli baju kurung dari saya.

Selain baju kurung, saya juga ada berniaga tudung sekolah dari TudungSiComel.

Jika puan nak dapatkan tudung sekolah baru untuk anak, in shaa Allah saya boleh bantu. Sessi sekolah baru pun bakal nak dibuka tak lama lagi.

Jika puan nak tempah, puan klik sahaja pada link di bawah ya, saya akan bantu puan in shaa Allah.

KLIK SINI:
http://wasap.my/60123456789/nak_tudung_sekolah

Atau jika tak dapat klik pada link di atas, puan boleh reply NAK dan saya akan bantu puan dengan segera

Terima kasih

Zarina
Personal Shopper

*Jika puan taknak terima wasap dari saya lagi, puan jangan report atau block ya. Puan just reply STOP, in shaa Allah saya tak whatsapp puan lagi. Saya sekadar berniaga mencari rezeki. Terima kasih puan 🥰

Baca Selanjutnya >>

Whatsapp Blast Percuma

Memandangkan ada rakan-rakan yang tak ada komputer / laptop, jadi tak boleh nak guna system wasap blaster(hantar wasap promosi pada database).

Jadi HQ rancang membuka servis secara percuma untuk bantu rakan-rakan blast wasap kepada database pelanggan / prospek sediaada anda.

Tak kisah lah bekas pelanggan tudung sekolah atau database anda dari hasil berniaga produk-produk lain.

Apa yang bestnya?

❌ Tidak perlu beli system wasap blast.

❌ Tak perlu komputer / laptop.

❌ Tak perlu risau no tel kena block.

✅ Hanya perlu tunggu pelanggan wasap nak beli tudung sekolah sahaja

Baca Selanjutnya >>