5 Cara Atasi Anak Susah Makan, Jangan Dibiarkan

Anak susah makan pasti berlaku dikalangan ibu-ibu muda. Apatah lagi, ibu muda ini tidak mempunyai langsung pengalaman menjaga anak sebelumnya. Mana tak rungsing bila anak tak mahu makan. Pening kepala pikir kan? Lagi tension, bila kita dah masak-masak tapi anak tak nak makan. Bila makan, dimuntahnya semula. Stress rasanya tau.

Baca ini juga: 4 Doa Untuk Anak Yang Ibu Ayah Boleh Amalkan

Jadi, sebagai ibu bapa yang bijak, anda mestilah berusaha sedaya upaya untuk memastikan anak anda makan dengan baik. Bukan apa, kalau si manja tidak makan, kita sendiri pun risau jika mereka lapar. Itu kadang si manja lebih banyak menyusu daripada makan. Jadi, hari ini saya akan bantu ibu bapa di luar sana untuk mengatasi masalah anak susah makan.

anak susah makan

Terdapat beberapa cara untuk atasi anak susah makan. Di bawah ini saya senaraikannya, jom kita lihat apakah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah si manja susah makan.

#1 Jangan paksa anak makan

Cara untuk atasi anak susah makan yang pertama ialah jangan paksa anak makan. Kalau anak nak makan dalam kuantiti sedikit, biarkan sahaja mereka makan. Jangan sesekali paksa mereka untuk makan lebih dari apa yang mereka makan. Jika dipaksa, mereka ini lagi mudah untuk memuntahkan makanan itu semula dan langsung tidak mahu makan.

#2 Katakan tidak pada makanan ringan

Seterusnya, jika anda mahukan si manja makan makanan berkhasiat, jangan dedahkan kepada mereka makanan ringan. Apatah lagi beri jajan sebelum mereka makan. Ini kerana, jajan akan membuatkan perut si manja kenyang sebelum zat makanan masuk ke dalam tubuh mereka. Jadi, latihlah mereka ini untuk makan makanan berkhasiat sahaja.

#3 Pelbagaikan menu makanan anak

Zaman sekarang ni, menu menu makanan anak memang mudah untuk ditiru melalui media sosial. Malahan, kelab makanan bayi pun sudah ditubuhkan dan kelab ini mengfokuskan untuk anak anak makan makanan berkhasiat. Jadi, lebih mudah untuk kita mempelbagaikan menu makanan anak. Pilih menu yang berlainan setiap hari agar mereka ini tidak bosan ketika makan.

#4 Sediakan jadual makan untuk anak

Saya rasa cara yang ini, agak susah untuk ibu bapa melakukannya di rumah. Jika tidak bekerja, apa salahnya fokus dan sediakan jadual makan untuk anak. Jadi, anak ini lebih displin untuk makan. Contohnya, 7-8 pagi ini waktu sarapan. Antara jam 12-1 petang ini untuk waktu makan tengahari dan jam 6-7 petang adalah untuk makan malam. Dengan adanya jadul makan, mereka ini akan lebih faham waktu makan. Jadi, anda sendiri perlu didik mereka sejak usia 6 bulan lagi.

#5 Makan bersama anak-anak

Luangkan sedikit masa untuk makan bersama anak-anak. Sebenarnya, anak anak suka melihat apa sahaja yang ibu bapa mereka lakukan. Contohnya, kalau ibu ayah makan sayur, mereka ini akan makan sayur. Selain itu, anda wajib ikut rutin jadual makan anak yang telah ditetapkan. Ini sekaligus dapat membantu anak anda mudah untuk makan makanan berkhasiat.

Kesimpulan

Jangan sesekali biarkan anak anda berlapar. Inilah punca kenapa makanan ringan sering diberikan kepada mereka. Anda patut berusaha untuk memastikan anak anak makan makanan berkhasiat dalam kehidupan seharian. Saya harap dengan adanya perkongsian ini dapat meringankan masalah yang dihadapi oleh anda. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa