tudung kanak-kanak online

TudungSiComel.com merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan ibu-ibu bagi mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri MUDAH, LEMBUT & SELESA.

Misi kita adalah untuk membudayakan budaya bertudung seawal usia. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya

Testimono Pn Nadia Md Yusoof-1
.

.

Klik Butang di Bawah Untuk Melihat Koleksi Tekini Tudung Kanak-kanak:

Koleksi TudungSiComel

Panduan Pemilihan Tudung Sekolah Buat Si Comel?

Tahukah puan bahawa bukan semua tudung yang dijahit adalah sama?

Apa yang membezakan antara tudung adalah ‘potongan‘ dan ‘materiel‘ yang digunakan. Dua perkara ini adalah sangat penting untuk dilihat kerana ianya membawa kepada keSELESAan Si Comel puan.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

pn-nukki-2

POTONGAN

Potongan atau cutting (dalam bahasa orang putih hehe) adalah antara faktor yang membuatkan sesuatu tudung itu Istimewa.

Semua orang boleh jahit tudung, namun TAK SEMUA yang mampu menghasilkan Potongan yang Selesa.

Di TudungSiComel, kita ada potongan rahsia yang sentiasa dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pelanggan selama ini.

Apakah rahsianya? Biarlah ianya terus menjadi rahsia hehe…puan boleh cuba dahulu pada Si Comel puan, jika tidak selesa BOLEH DIPULANGKAN. Kami hanya ingin lihat Si Comel puan tersenyum sahaja apabila menggayakannya =D

Hampir 2000 testimoni positif diterima dan semoga puan juga bakal menjadi salah seorang daripadanya. Aamiin

pn-dewi-rahmaz

tsc-hernawaty

INGIN MENCUBA TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA TUDUNGSICOMEL?
.
1. MUDAH Dibasuh
2. Materile Lycra LEMBUT
3. SELESA dipakai
.
KLIK link mesra smartphone (loading sangat laju) di bawah:
.

Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa, KLIK SINI

Bagaimana Menjadikan Masa Dan Aktiviti Membaca Anak Sesuatu Yang Seronok?

Membaca merupakan satu aktiviti yang sering dielakkan oleh sesetengah kanak-kanak.

Ianya sangat membosankan, sukar dan tidak seronok sama sekali.

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang prihatin untuk menggalakkan mereka. Ia kita boleh lakukannya dengan berkesan melalui beberapa strategi.

Kita boleh membantu menjadikan aktiviti membaca menyeronokkan.

Kedengaran bagus?

Mari saya tunjukkan caranya:

Continue Reading

9 Strategi Terbaik Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun Kebawah

kaedah mendisiplinkan anak Memang sukar mendisiplinkan anak yang masih kecil.

Ini terutamanya anak yang masih berumur 5 tahun ke bawah, dimana dia semakin membesar dan sangat aktif meneroka dunia.

Pada umur 5 tahun, personaliti anak mula menyinar sebagaimana dia sedang berkembang memahami dirinya sendiri, orang-orang disekitar dan dunia disekelilingnya.

Kemahiran dan bakat biasanya mula berkembang pada waktu yang sangat indah ini.

Walaupun waktu ini adalah tahap perkembangan pesat bagi anak, tetapi ia juga akan menjadi waktu paling mencabar kepada ibu bapa dalam membentuk kelakuan anak-anak dan mendisiplinkan mereka.

Continue Reading

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Kisah ini dipetik dari perkongsian rakan-rakan dan tidaklah dikenalpasti penulis asalnya. Namun perkongsian ini mudah-mudahn bermanfaat dan semoga penulis asal dan kita yang menyebarkannya dikurniakan keredhaan Allah. Wallahu a`lam.

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negera kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya

*PEMUDA:*  Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

*PAK IMAM:*  Boleh! dengan izin Allah.

*PEMUDA:*  Tok imam yakin kaaa? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

*PAK IMAM:* Aku akan cuba jawab soalan hang!

*PEMUDA:* Saya ada 3 soalan;

1. Jika benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR ?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu?

*PANGGGGGGGGG !!!*

Continue Reading

Pemenang Pertandingan Si Comel Ceria Berhari Raya-Siri KeTiga

Salam ceria (^_^)

Kepada rakan-rakan yang telah menyertai Pertandingan Si Comel Ceria Berhari Raya yang kita anjurkan sebelum ini, kita ucapkan jutaan terima kasih (^_^)

Maaf kerana agak lewat mengumumkan pemenang kerana kita menghadapi sedikit kesulitan sebelum ini.

Berikut (di bawah) adalah gambar Si Comel yang terpilih untuk Siri KeTiga. Kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa kerana mungkin puan akan menang pada pengumuman siri seterusnya (^_^).

Kita terpaksa umumkan secara Bersiri kerana Hadiah yang ditawarkan oleh Rakan Penaja agak banyak dan ramai pemenang akan dipilih.

Pemilihan adalah dibuat secara rawak sahaja. Pada kami semua Si Comel adalah comel (^_^)

PEMENANG YANG TERPILIH SIRI KETIGA

Untuk Siri KeTiga, kita umumkan dahulu pemenang bagi beberapa Penaja dari keseluruhan 12 Rakan Penaja kita.

Untuk melihat pemenang bagi Siri Pertama sebelum ini, sila KLIK SINI.

Untuk melihat pemenang bagi Siri Kedua sebelum ini, sila KLIK SINI.

Logo-Rakan-Penaja

Kepada gambar Si Comel rakan-rakan yang tertera dan terpilih di bawah, sila hubungi terus pihak Penaja dengan nyatakan anda salah seorang pemenang bagi membuat penebusan hadiah (^_^).

Untuk Siri KeTiga Ini kita umumkan pemenang dari:

1. Voices of UMMI

2. SweetLittleMuslimah

3. Fathiyah`s Dreams

 

PEMENANGNYA ADALAH:

Continue Reading
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE